Saturday, October 8, 2011

Asal-Usul Peribahasa Yang Tidak Diketahui (Bahagian 1)


AMARAN!
Entri ni dikeluarkan hanyalah sekadar untuk hiburan sahaja.Tak ade kaitan antare yang hidup atau yang mati.Jangan lepas ni nak tuduh aku sebagai pengkhianat atau perosak bangsa,atau penyebab anak2 melayu masa kini semakin rosak akhlak atau penyebab budak2 fail Bahasa Malaysia.Kalau tak suke tutup je ok!Kepada kanak2 yang baca ni pastikan mendapat perhatian dan bimbingan orang dewasa kerana aku tak bertanggungjawab jika sekiranya mereka tersalah guna peribahsa2 ini dalam karangan kelak.

Ada udang disebalik batu
Kemungkinan penemu peribahasa ini adalah seorang kaki pancing dan ternampak akan seekor udang yang sedang berlindung disebalik batu kerana ingin mengelakkan dirinya daripada ditangkap dan dimasak pemancing itu.

Alang-alang menyeluk pekasam,biar sampai ke pangkal lengan
Besar kemungkinan penemu peribahasa ini menemukan suatu penemuan yang membolehkan pekasam menyembuhkan penyakit kudis yang terdapat pade lengannye itu.

Api tatkala kecil jadi kawan,apabila besar jadi lawan
Kemungkinan penemu peribahasa ini berasa sunyi sehingga menyebabkan beliau berkawan dengan api.Tetapi apabila api itu semakin besar,api itu mungkin telah menyambarnye dan kemudiannye beliau mungkin menganggap 'kawan'nye itu telah menjadi musuhnye.

Bidan Terjun
Berkemungkinan penemu peribahasa ini sedang pergi mencari bidan untuk menyambut kelahiran bayi pertamanye tetapi ternampak seorang bidan yang sedang terjun daripada rumahnya(rumah kampung)kerana takut akan seekor lipas yang berada dibawah peralatan untuk menyambut bayi miliknye.

Buta huruf
Kemungkinan mata penemu peribahasa ini terbuta akibat tercucuk mata pensel 2b sewaktu ingin menulis huruf yang dipelajarinye.

Bagai bulan dipagar bintang
Kemungkinan penemu peribahasa ini ternampak akan buruj tetapi tidak tahu akan namenye kerana ianya mungkin berlaku sekali dalam beribu tahun.Dan pada mase yang same,seorang perempuan yang cantik lalu dihadapannye.

Bagai murai dicabut ekor. 
Kemungkinan penemu peribahasa ini sedang asyik mengulangkaji pelajarannye.Tetapi akibat terdengar suara bising leteran ibunya yang memarahi adiknye yang juga membuat bising,akhirnye beliau nekad untuk mencabut ekor murai belaan bapanye untuk menghilangkan rasa stress

Berat tulang
Besar kemungkinan penemu peribahasa ini adalah seorang ahli arkeologi dan menjumpai suatu tulang yang amat berat.Tetapi setelah diamati rupa-rupanya tulang tersebut merupakan tulang seekor dinasour yang sedang tidur

Cakap besar
Kemungkinan penemu peribahasa ini merupakan seorang yang kuat pegagngan agama dan mempunyai seorang kawan yang berlagak sebab badannye yang besar,mempunyai rumah dan kereta yang besar sedangkan beliau sedar kawannye itu sebenarnye sedang mendapat dosa besar.

Cahaya mata
Kemungkinan penemu peribahasa ini terlalu teruja mendapat anak sehingga masuk ke dalam dewan pembedahan di hospital.Akibatnye,mata beliau telah terkena cahaya lampu yang digunakan pakar bedah untuk membedah isterinye.

Kecil hati
Besar kemungkinan penemu peribahasa ini kecewa dengan masyarakat sekeliling yang mengatakan beliau seorang yang kecil dan tanpa pengetahuan orang lain,beliau adalah seorang penghidap kanser hati tahap 2.

Membaca jambatan ilmu
Berkemungkinan penemu bahasa ini mempunyai kenalan dari luar negara yang merupakan seorang jurutera awam yang ingin membina jambatan ke bandar yang penuh dengan ilmu.Oleh sebab masing-masing saling tidak memahami bahasa,jurutera ini tadi menanyakan apa perkataan jambatan dalam bahasanya.Si penemu peribahasa ini yang sedang khusyuk menelaah kamus akhirnya menjawab "saya sedang membaca".Oleh sebab jurutera tadi hanya dapat menangkap perkataan yang terakhir itu tadi,maka dia menganggap membaca itu jambatan ilmu.

Naik darah
Besar kemungkinan penemu peribahasa ini merupakan seorang yang kedekut dan takut akan jarum.Akibat pengsan akibat ternampak akan jarum,darah beliau telah diambil untuk didermakan.Setelah sedar daripada pengsan,beliau berasa marah disebabkan darah yang telah didermakan secara tidak sengaja itu tadi telah dinaikkan ke tingkat atas sekali di hospital itu

Otak cair
Berkemungkinan penemu peribahasa ini merasakan dirinya pandai setelah meleburkan otak-otak Gombak yang dibelinya pada bulan Ramadhan dan berasa beliau telah menemukan suatu resepi baru.

Ukur baju dibadan sendiri
Kemungkinan penemu peribahasa ini merupakan seorang tukang jahit dan mendapat seorang pelanggan yang agak berisi badannye ditambah tiada potongan badan tetapi ingin menempah kebaya yang pernah dipakai oleh Saloma untuk dirinya

Setakat ini sajela peribahasa ini.Tetapi ingat,entri ini ade sambungannye!

2 comments:

Unknown said...

bahasa melayu tu unik..huhu

Ridzwan Mohamed said...

bahasa menunjukkan bangsa!