Thursday, March 10, 2016

Bukan Indomie, Tapi Indochina (Part 2)



Macam biasa, kejadian yang telah basi berlaku, baru la aku update. Sebab ape? Sebab aku malas dan sebab yang paling penting adalah suka hati aku la. Aku punya blog kan.


Entri ni adalah rentetan daripada bahagian pertama dulu iaitu mengisahkan aku pergi ke Cambodia sorang2. Aku mendarat di Siem Reap dan meneruskan perjalanan ke Phnom Penh setelah jalan2 sekitar Angkor Wat, Angkor Thom dan Masjid India  Boleh baca dengan klik sini.

Entri ni dimulakan dengan pagi hari kedua aku di Phnom Penh, Cambodia. Lepas Subuh hari tu, aku bantai sambung balik tido disebabkan keletihan semalam dan juga sambil menunggu phone dan power bank aku ni full charge. Dalam pukul 10 (waktu Cambodia) macam tu baru la aku pergi hirup udara Phnom Penh. Bagi aku, takde la segar sangat sebab mungkin aku tersedut asap tuk tuk juga barangkali.

Mengikut aplikasi Google Maps dalam phone aku tu, jarak antara lokasi tempat aku berdiri pada waktu tu dengan Royal Palace tak begitu jauh. Dalam 10-15 minit berjalan kaki. Dengan tenaga belia yang ada, memang berjalan kaki la aku. Malas aku nak naik tuk tuk bagai semua tu.


Bila berjalan dekat kawasan tu, korang boleh diiabaratkan artis yang sedang berjalan di atas karpet biru/merah/kuning/mak kau hijau dalam apa jua anugerah berprestij di muka bumi ini seperti Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Meletop, mahupun Anugerah Kecemerlangan di sekolah masing2. Ini disebabkan anda akan disapa oleh driver2 tuk tuk tu ibarat mereka ni adalah peminat anda yang mahukan autograf anda. Disebabkan aku tidak mahu dilabel sebagai diva, aku hanya mengangkat tangan dan senyum sahaja kepada mereka semua. Senyum tu kan sedekah. Kira sedekah dah dekat diorang.


Dalam 10-15 minit lepas tu, tiba la di destinasi aku iaitu Royal Palace dengan selamatnya setelah mengharungi perjalanan yang agak mencabar bagi aku. Mencabar sebab melayan karenah 'peminat' macam dalam perenggan sebelumnya dan juga masih belum biasa dengan keadaan jalannya sebab Cambodia ni dia punya driver dia sebelah kiri. Maksudnya di sini ia adalah berlawanan dengan budaya di Malaysia. Jadi, sedikit awkward la especially masa nak melintas sebab pasti akan terpandang masa depan ke arah yang berlawanan.

Kan aku dah sampai dah depan Royal Palace ni.

Bila sampai je dekat depan Royal Palace tu, serta merta teringatkan Moji dalam rancangan dia Kembara Backpacker bersama Moji yang tayang dekat TVi channel 180 tu. Dulu ade tayang dekat TV1 kalau tak silap. Ada satu episod tu dia memang pegi ke tempat yang sama aku pegi iaitu depan Royal Palace tu. Siap main yoyo lagi depan tu. Aku? Jalan2 je la.

Moji main yoyo. Aku tak tau nak main ape.

Kan depan Royal Palace tu

Lepas dah jalan2 sekitar situ dan memancing duduk di tebing Sungai Mekong tu, aku pun balik la ke guesthouse aku tu. Sekadar fakta sahih; pada waktu itu, aku memang belum mandi lagi disebabkan aku pikir pasti badan ini akan berlecak waktu perjalanan pergi dan balik itu. On the way balik tu, aku try jugak tengok2 travel agency yang ada jual tiket untuk ke Ho Chi Minh. Akhirnya dapat la jugak tiket untuk ke Ho Chi Minh. Tak ingat pulak berapa harga dia. Kalau tak salah aku dalam USD10 ke USD13. Macam tu la.

Tiketnya...

Jadi, seperti mana perjalanan pergi tu, macam tu jugak la perjalanan balik; disapa 'peminat' yang memang minat akan duit anda. Siap offer nak bawak pegi Killing Field, round2 sekitar Phnom Penh kan. Aku masih berpegang teguh dengan prinsip aku iaitu tidak melayan mereka dan konsep aku yang tidak menetap di satu2 tempat itu untuk jangka masa yang lama. Lepas dah balik ni, rasa terkilan jugak tak pergi tempat2 macam Killing Field tu. Kurang2 pun selfie depan Independence Monument. Hajat asal memang nak ke situ. Tapi, macam malas pulak sebab agak jauh kalau nak jalan kaki. Nak naik tuk tuk, kedekut!


Independece Monument dan Killing Field...tak sempat nak selfie dekat depan dia. Takpe, inshaa Allah sampai lagi akan datang - gambar Google je


Lebih kurang lagi satu blok nak sampai ke guesthouse aku tu, tiba2 aku terpandangkan satu kedai ni. Kedai halal dan menggunakan bahasa Melayu. Ada la dalam 15-20 saat aku melangut depan kedai tu dan akhirnya aku dijemput tuan punya kedai untuk duduk dalam tu. Dan ternyata orang kedai tu boleh berbahasa Melayu.

Inilah dia sarapan aku. Rindu nasi siot. Asyik bantai kurma je kan. Tapi betul kurma tu memberi tenaga. Makanan sunnah kan.


Antara sebab aku dok melangut sebelum masuk ke kedai tu adelah perasaan was was mula menguasai diri aku. Tapi setelah tauke tu explain aku dalam bahasa Melayu, rasa yakin terus menguasai diri. Kebetulan memang ada polis yang turut sama makan dekat kedai masa tu. Tauke tu cakap yang polis tu pun seorang muslim dan tak berapa lama lepas tu ade segerombolan kumpulan muslimah pun makan dekat situ. Lagi la bertambah yakin.

Lepas makan, aku pun balik bilik dan kemas apa yang patut untuk meneruskan perjalanan aku ke Ho Chi Minh dan yang paling penting sekali, mandi! Lepas check out, terpaksa la aku meredah lagi sekali 'karpet biru' tu. Senyum je la yang aku mampu. Lagi pun dekat je pun antara guesthouse tu dengan travel agency nak tunggu bas tu.

Setelah menunggu dekat travel agency tu, akhirnya naik jugak aku tuk tuk dekat Phnom Penh tu. Bezanya, naik free la. Kalau kena charge pun mungkin dah termasuk dengan harga tiket bas tu kot. Kiranya dia pick up aku dari travel agency tu untuk ke tempat bas. Pada masa yang sama, dia pick up ada tiga orang lagi bagi memenuhkan kapasiti tuk tuk tu. Dan nak diceritakan di sini, lagi 3 orang tu adalah gadis2 dari Korea. Apa yang aku peratikan, mereka ni masih belum membuat plastic surgery. Mungkin ye. Adelah aku berbual sikit dengan diorang. Aku takde la segan sangat nak berbual dengan diorang sebab aku rasa level English kitorang lebih kurang sama je. Takdelah sefasih adik Neelofa tu aku rasa.

Mereka yang kumasksudkan

Bila masuk bas tu, diorang akan check nationality dulu. Disebabkan muka aku macam Cambodian (based on their 1st impression), aku lepas je walaupun lepas tu aku mengaku yang aku ni Malaysian. Sebabnya aku tak memerlukan visa untuk masuk ke Vietnam atas sebab....tak tau. Yang aku tau memang kita sebagai Malaysian bebas masuk ke semua negara ASEAN tanpa visa kecuali Myanmar. Yang jadi masalahnya adalah kepada gadis2 Korea itu tadi apabila mereka tidak dibenarkan naik bas tu atas sebab visa mereka yang sudah melebihi masa. Berkeras jugak la antara orang yang uruskan tu. Sudahnya memang diorang tak lepas untuk ke Vietnam sebab diorang kena pegi ke Kedutaan Vietnam untuk mohon visa baru.

Mak kau hijau. Eh. Bas ni hijau

Atas kertas Atas cakap2 orang, tempoh perjalanan antara Phnom Penh dengan Ho Chi Minh adalah lebih kurang dalam 6 jam dengan jarak 200++ km. Ye la, dekat sana mana ada jalan macam highway PLUS kan. Jadi, memang slow la. Entah berapa kali berhenti dah. Sampaikan brader sebelah ni ade offer aku satu telur ni. Serius geli tengok telur tu. Tapi, aku tolak dengan baik la pelawaan brader tu. Syukur Alhamdulillah aku tak duduk sebelah pak cik psiko lagi seperti hari sebelumnya iaitu ketika dalam perjalanan dari Siem Reap ke Phnom Penh.

Sampai ke sudah aku tak tau ape function wet tissue tu

Neak Loeung Bridge
Untuk pengetahuan, tiap kali bas tu berhenti, tiap kali tu jugak la aku akan bukak Google Maps ni bagi mengetahui kedudukan aku. Dan di suatu kedai yang aku berhenti tu, baru la aku sedar yang aku dah tak jauh dari sempadan Cambodia-Vietnam. Kira tu bandar terakhir la sebelum aku melintasi sempadan. Kira kalau dekat Malaysia, bandar tu boleh diibaratkan sebagai Bukit Kayu Hitam la sebelum masuk ke Danok, Thailand.
Ni bukan la Jambatan Kedua Muar atau Jambatan Pulau Pinang. Ni jambatan yang merentasi Sungai Mekong. Zaman Moji lalu sini dulu, jambatan ni tak siap lagi. Kira masa tu kena naik feri.

Masa dekat situ, tiba2 rasa terkilan ni menguasai diri apabila aku langsung takde beli apa2 souvenir dari Cambodia macam key chain ke, fridge magnet ke, baju "I love Cambodia" ke kan. Langsung takde. Mujur la dekat kedai tu ada la jual sikit2 barang tu walaupun tak berapa banyak dan harganya sedikit mahal. Tapi, aku pejamkan la mata ni masa nak bayar sebab memikirkan mahal nilainya dari sudut memori bukannya dari sudut harganya.

Bila dah sampai dekat border tu, ada lagi satu masalah; passport aku diorang tak bagi balik. Sebabnya diorang pegang sejak mula2 nak naik bas dulu. Aku berani bagi diorang pegang passport aku sebab aku buat benda yang sama masa nak ke Thailand dulu. Maksudnya, diorang akan setelkan semua benda la. Sebelum nak masuk border tu, diorang akan pulangkan balik. Malangnya, ia tak berlaku dekat gate Bavet, Cambodia tu.

Ni sempadan belah Cambodia. Ni je la gambar yang sempat aku snap sebab risau punya pasal. Padahal ada lagi view yang lagi cantik kalau nak diikutkan. Batu sempadan yang betul2 memisahkan antara Cambodia dengan Vietnam.

Nak lagi best, driver bas tu suruh semua orang dalam bas tu kecuali dia berjalan kaki masuk ke border tu. Lagi la berderau darah aku. Aku dah standby keluarkan passport photostat aku dengan nombor kedutaan Malaysia la kalau sesuatu yang tidak diingini tu berlaku. Mujur bukan aku sorang foreigner dalam bas tu. Kira aku berjalan je dengan geng omputih dari Germany. Dengan menggunakan sedikit ilmu Bahasa Jerman yang dipelajari masa di sekolah dulu, maka boleh la aku attract diorang untuk berbual bagi menghilangkan rasa cuak. Kira sama2 la kami geng tak berpassport berjalan kaki menuju ke Vietnam.

Depan tu Vietnam

Masuk je sempadan Vietnam iaitu di Moc Bai, rupanya pembantu driver bas tu dah standby dengan passport kitorang semua. Kira dah siap cop keluar dari Cambodia dan cop masuk ke Vietnam dekat passport masing2. Cuma harus senyum saje dekat pegawai Vietnam tu bagi mengesahkan bahawa kita adalah pemilik mutlak passport tersebut walaupun masing2 muka diorang ketat habis. Komunis betul. Fuh, baru la lega bila dapat balik passport tu.

Kedudukan dalam peta

Masuk je Vietnam, dapat la SMS dekat phone kau tu bagitau yang line Cambodia dah tak dapat dah dekat sini. Aku ignore je SMS tu sebabnya wifi dalam bas tu still boleh guna. Maksudnya di sini, wifi tu power la sebabnya dua2 negara boleh pakai. Kira takde hal la aku nak jawab whatsapp member2 kan. Punya leka main whatsapp sampaikan tak sempat nak snap gambar khinzir meragut padi yang menjadi antara pemandangan pertamaku di Vietnam.

Welcome SMS to Vietnam

Masuk je Vietnam, aku dah mula rasa lain dia punya budaya daripada Cambodia. Yang paling terasa sekali adalah dia punya tulisan. Tulisan Vietnam ni guna alphabet biasa je dengan ditambah sikit tanda2 dekat atas tu. Sama la macam dalam bahasa Perancis manakala tulisan Cambodia bersimpul-simpul lebih kurang tulisan Thailand, Laos dan Myanmar. Lagi satu, berduyun duyun motor bila dah masuk Vietnam ni.

Ni rahsia antara kita2 je eh; tak jauh dari tempat ni, aku nampak ade sorang lelaki dengan rilek je kencing dekat divider jalan tu.

Tengok2 jam, betul jugak la 6 jam tempoh perjalanan tu. Mulanya macam tak pasti jugak yang dah masuk ke belum Bandar Ho Chi Minh ni sebab kesibukan dia lebih kurang sama je dari luar bandar lagi. Walaupun dah pukul 6, tapi dah gelap dah sebab dia macam Sabah la. Memang jam tunjuk lewat sejam dari Malaysia. Tapi, waktu dia sebenarnya awal. Kira pukul 6 macam tu dah masuk Maghrib.

Berdasarkan 'research' yang telah aku tuliskan dalam 'jurnal' tu, tempat nak menginap kalau dekat Ho Chi Minh tu adelah dekat Pham Ngu Lao. Dan alhamdulillah, bas yang aku naik tu betul turunkan aku dekat situ.

'Kitab' aku. Jenuh kalau hilang tu.

Disebabkan dia turunkan aku dekat hujung dan malas menapak jauh2 dengan pikul beg besarnya, maka aku decide masuk je la hotel/hostel/guesthouse yang terdekat. Akhirnya, dapat la walaupun terkena jugak malam tu. Tapi takpe. Puas hati. Bilik besar, air cond, kipas, katil queen, view lawa dan paling penting semua kenikmatan duniawi tu dinikmati aku sorang.

Lepas dah masuk bilik, rehat dan lurus2 kan kaki kejap, lepas tu aku pun memulakan ekspedisi aku untuk mencari sim card. Ini la dia generasi zaman sekarang. Nak internet je keje. Tapi, tu betullah!

On the way cari tu, baru aku terperasan yang banyak kot hostel dengan guesthouse lagi. Tapi, takpe la. Aku dah dapat bilik best kan. Akhirnya dapat la jugak aku beli sim card. Tak ingat berapa harga dia. Yang pasti agak mahal berbanding dekat Cambodia dulu. Dah la 3G je. Dekat Cambodia dulu 4G.

All hail Soviet. Ni dekat Pham Ngu Lao

Puas jugak aku pusing2 sekitar tu kot terjumpa la jodoh Malaysian ke dekat situ kan. Haram takde.Semua omputih je. Tak pun Korea/China/Taiwan dan sama waktu dengannya. Aku ingat kalau la ade plan nak bom Ho Chi Minh, situ la kawasan dia kot sebab memang tu kawasan tumpuan pelancong. Dah la baru lepas kejadian bom dekat Jakarta masa tu.

Bagi aku, nak melintas jalan dekat Vietnam lagi mencabar berbanding dekat Cambodia. Salah satu cara aku nak melintas adelah aku akan menyelinap sesama local/foreigner dekat situ. Tiba je aku muncul. Hehehe.

Dekat Vietnam takde 7E macam dekat Thailand. Kira kalau mengidam nak slurpee tu, boleh tahankan je la. Tapi, dia ada kedai yang lebih kurang atau nak sama dengan 7E tapi nama dia K Circle. Apa yang K tu aku x pasti la. Kacak mungkin? Aku pegi sana sebab nak cari maggi je. Tapi memang tak la nak dapat maggi jenama maggi. Entah apa nama dia entah. Tapi pastikan ambik perisa yang betul sebab aku nyaris terambik perisa pork. Sudahnya aku amek perisa ikan je. Bab air jangan risau. Yeo's kan hado.

Yeo's. Eh jap. Ni dekat Angkor Wat

Lepas dah beli semua tu, aku balik la bilik. Sebelum tu, pegi la ambik air panas dekat lobi hotel tu. Dah satu hal lagi berlaku sebab aku tak reti nak guna benda alah yang keluarkan air panas tu. Sudahnya amoi yang dekat situ yang tolong aku. Kalau awak terbaca entri ni, saya nak ucapkan terima kasih bebanyak dekat awak sebab awak dah selamatkan perut saya malam tu.

Kan lawa tu.

Lepas tu, makan atas katil la kan. Heaven gila rasa. Katil queen aku sorang yang conquer sambil mengadap view malam Bandar Ho Chi Minh kan. Tau2 aku terlelap lepas tu.
Kebetulan malam tu bulan hampir penuh. Kbai.

0 comments: