Tuesday, January 6, 2015

Kentut Yang Sedap Ku Rasekan

Sape dalam dunia ni yang tak pernah kentut? Aku rase tidak layak digelar sebagai seorang orang atau seorang manusia jika tidak pernah melakukan tabiat ini. Cuma bergantung kepada persepsi memasing sama ada merasakan kentut tersebut mendatangkan kebahagiaan atau kesengsaraan kepada diri memasing.
Cinta dan kentut....ala kan glamour dekat wasep tu - Gambar Google

Untuk kentut entri kali ni, bukan la kentut yang terhasil daripada diri sendiri yang hendak aku bincangkan. Tapi, sekadar nak berkongsi pasal kentut lagi satu ni. Payah sangat, tengok je la gambar dekat bawah ni.




Secara jujur dan rendah hatinye, tidaklah aku ketahui akan asal usul nama Wak Kentut ni. Tapi, aku cakap betul la, nasi lemak die memang terbaik.

Die ade lagi satu cawangan. Dekat stesen keretapi Kulai tu haa...


Member aku yang bawak ke sini memula aritu. Tapi hampa, tutup. Kire bole la kot buat pantun;
Pergi Wak Kentut nak makan nasi lemak,
Kedai tutup!

Hehehe...Jangan marah ha



Konsep die same la lebih kurang macam dekat Mali's dekat KL sane tu; kene beratur. Kire kalau pergi ramai cun la sebab sorang boleh pegi beratur order, selebihnye boleh cari meja. Kirenye semalam, aku la yang tukang jage mejanye. Tengah2 beranti-sosialnye, member aku ni pun wasep la aku menanyekan nak order air ape. Aku pun ape lagi, google la pasal Wak Kentut ni. Last2 ade terjumpe dekat satu page FB ni, die suggeestkan milo tabur. Aku pun suruh la die orderkan milo tabur tu. Sudahnye member aku tu nyesal pasal die tak order air tu jugak. Lagi satu, yang bestnye pasal Wak Kentut ni, ayam die boleh pilih sendiri. Tu bak kate member aku yang pegi orderkan tu la. Nak tau fakta ke auta, pegi la sendiri. 

Yang milo tabur tu soheh la aku yang punye

Sunday, January 4, 2015

Lampu, Lampu Dan Lampu

Baru2 ni, sebaik sahaja aku menamatkan first paper aku, aku dan beberapa member aku yang terdiri daripada Senah, Bedah dan Samad  bebudak kelas aku ni pegi la Chicken Chop Hutan Bandar. Usah nak bedaah kalau orang JB tak tau dekat mane Hutan Bandar ni.


Ape yang istimewanye pasal Hutan Bandar ni la bagi aku adelah hargenye. Mane nak dapat chicken chop dengan harge 5 hengget selain dalam kawasan IPTA dekat kawasan metropolitan macam JB ni? Hehehehe.
Ni la contoh chicken chop hutan bandar tu- Gambar Google je

Tapi, hakikatnye dalam entri kali ni bukan la pasal chicken chop yang aku nak ceritakan. Tapi saje nak sharekan aktiviti kitorang lepas membaham menikmati chicken chop malam tu.

Lepas daripada makan tu, kitorang pegi la ke Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) sebab nak dapatkan tender angkat sampah daripadanye. Eh tak la, sebenarnye tujuan kiotorang ke sane adelah untuk menikmati keindahan lampu2nye yang ala2 macam dekat ikan celup tepung ICT dekat Shah Alam sane tu ha.

Dengan rase malas nak menaip lagi, korang tengok je la gambar2 dekat bawah ni.










Btw, maaf la pasal terlebih pulak gambar selfie. Aku tidak la bertanggungjawab sekiranye ade yang berase kurang senang atau berase mual atau terus muntah2 atas sebab melihat gambar2 selpie aku tersebut. Wakaka.









Lepas daripada pegi sane, kitorang pegi pulak Istana Bukit Serene pasal nak tengok pulak crown seperti gambar di bawah. Malangnye, bile sampai kat sane, bateri Go Pro member aku ni habis, bateri phone tinggal 5% yang mane camera dah takde function bile dah sampai tahap ni. Bateri phone member2 aku yang lain pun dah tinggal sikit gara2 asyik nak buat time lapse je. Last2 kitorang berbual je dengan brader Askar Timbalan Setia Negeri Johor atau JMF yang kebetulan ade kat sane. Dapat la jugak input serba sedikit pasal bende semua ni.





Nah la, aku belanja sikit gambar member2 aku ni. Berminat? PM saya ok.