Sunday, January 4, 2015

Lampu, Lampu Dan Lampu

Baru2 ni, sebaik sahaja aku menamatkan first paper aku, aku dan beberapa member aku yang terdiri daripada Senah, Bedah dan Samad  bebudak kelas aku ni pegi la Chicken Chop Hutan Bandar. Usah nak bedaah kalau orang JB tak tau dekat mane Hutan Bandar ni.


Ape yang istimewanye pasal Hutan Bandar ni la bagi aku adelah hargenye. Mane nak dapat chicken chop dengan harge 5 hengget selain dalam kawasan IPTA dekat kawasan metropolitan macam JB ni? Hehehehe.
Ni la contoh chicken chop hutan bandar tu- Gambar Google je

Tapi, hakikatnye dalam entri kali ni bukan la pasal chicken chop yang aku nak ceritakan. Tapi saje nak sharekan aktiviti kitorang lepas membaham menikmati chicken chop malam tu.

Lepas daripada makan tu, kitorang pegi la ke Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) sebab nak dapatkan tender angkat sampah daripadanye. Eh tak la, sebenarnye tujuan kiotorang ke sane adelah untuk menikmati keindahan lampu2nye yang ala2 macam dekat ikan celup tepung ICT dekat Shah Alam sane tu ha.

Dengan rase malas nak menaip lagi, korang tengok je la gambar2 dekat bawah ni.










Btw, maaf la pasal terlebih pulak gambar selfie. Aku tidak la bertanggungjawab sekiranye ade yang berase kurang senang atau berase mual atau terus muntah2 atas sebab melihat gambar2 selpie aku tersebut. Wakaka.









Lepas daripada pegi sane, kitorang pegi pulak Istana Bukit Serene pasal nak tengok pulak crown seperti gambar di bawah. Malangnye, bile sampai kat sane, bateri Go Pro member aku ni habis, bateri phone tinggal 5% yang mane camera dah takde function bile dah sampai tahap ni. Bateri phone member2 aku yang lain pun dah tinggal sikit gara2 asyik nak buat time lapse je. Last2 kitorang berbual je dengan brader Askar Timbalan Setia Negeri Johor atau JMF yang kebetulan ade kat sane. Dapat la jugak input serba sedikit pasal bende semua ni.





Nah la, aku belanja sikit gambar member2 aku ni. Berminat? PM saya ok.



0 comments: