Wednesday, May 29, 2013

Dalang Di Sebalik Kejadian

Dalam entri aku sebelum ni, aku dah post pasal kejadian yang terjadik dekat Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi.

Setelah diselidiki, memanglah terdapat satu konspirasi yang memang mahu mensabotaj perlawanan  antara Johor DT dengan Pahang malam tadi.




Kalau tak percaye, tengok dan hayatilah gambar di bawah.


Percaya atau tidak, itu hak masing2. Aku tak boleh tak paksa

Kucing, kucing jugak. Bola, bola jugak.
Twitter, twitter jugak....follow la @RidzwanMohamed

Tragedi Kucing

Malam tadi, sepatutnye berlaku perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Johor DT dengan Pahang. Malangnye, atas beberape sebab, perlawanan tersebut terpaksa ditangguhkan....

Adekah sebab di bawah ni merupakan salah satu punca utama perlawanan tersebut ditangguhkan?



vs


di


Friday, May 24, 2013

Dah Tinggi Dah Kawan Aku Ni

Baru2 ni, nama negara kite telah diharumkan lagi dengan kejayaan beberapa pemuda yang berjaya menawan punacak Everest. Aku rase masih belum terlambat nak ucap tahniah walaupon peristiwa ni dah berlaku berape hari lepas. Camne pon, aku dah tweet dah dulu.

Untuk pengetahuan(bagi yang nak tahu la, tak nak, tak kisah) salah sorang daripada pendaki tu, Mohd Nasuha adelah member aku mase sekolah dulu.

inilah beliau! comel tak? Kak Ton?


Disebabkan aku dengan beliau sebaya, jadi memang nak tak nak kena la masuk persatuan batch yang same kan. Name persatuan tersebut adelah Ittifak OVOIX. Ittifak adelah berasal daripade perkataan ittifaq yang bermaksud muafakat. Kalau tak salah name ni diilhamkan sendiri oleh arwah cikgu batch kitorang pade mase tu; Allahyarhamah Puan Latifah. Yang OVOIX tu pulak adelah daripade nombor 0509 dalam huruf roman. 0509 tu bermaksud tahun 2005 kitorang masuk dan tahun 2009 kitorang keluar. Warna ungu boleh dikatekan warna rasmi batch kitorang.

beliau bersama lambang batch kitorang!

Aku dulu sekolah asrama kan. Jadi boleh kate nak dekat 24jam la jumpe orang yang same. Name pon sekolah kan. Jadi takde la besar sangat kawasan die. Pusing2 jumpe balik kan. Die ni, ape yang aku boleh katekan adelah seorang yang memang aktif. Stamina die memang superb!

Ape yang aku nak cakapkan ni adelah serba sedikit pasal beliau ni. Name beliau Mohd Nasuha Shamsuddin.(sori kalau salah eja). Yang lain korang boleh la google tak pon selongkar la paper berape hari lepas.

Untuk pengetahuan korang, umur yang dipaparkan dalam media; 21 tu memang betul. Tapi, hakikatnye beliau baru lebih kurang 5 kali sambut birthday sebabnye beliau lahir pade 29 Februari 1992. Aku ingat sebab memang ganjil la kan tarikh2 camni.

Dulu, mase sekolah, beliau pernah menggunting rambut aku. Bukan sebab buli atau ragging, tapi ianya adelah atas kehendak aku sebab rambut aku agak panjang ketika itu disebabkan lame tak outing. Puas jugak aku cari mane2 indivdu yang boleh menggunting rambut aku ni. Ramai yang mengrecommendkan beliau yang boleh gunting rambut aku ni. Jadi, pegi la aku ke tandas dekat hujung blok asrama tu bagi nak memendekkan rambut ni.

Lagi satu, die ni jugak adelah Naib Presiden bagi BADAIS yang bermaskud Badan Dakwah Islamiah SEMESTA iaitu sebuah badan dakwah dekat sekolah. Mane2 yang sekolah asrama, tau la korang. Mesti ade punye la badan2 camni. Cuma name je yang berbeza ikut sekolah memasing. Aku jugak salah sorang daripade ahli badan ni. Entah camne boleh dapat. Yang bestnye, dekat sijil aku tu, tertera jawatan yang aku pegang adelah Naib Presiden sedangkan aku hanyalah sekadar Ketua Biro 3K(Kacak, Kaya, Kuat, Kebersihan, Keceriaaan dan Keselamatan). Mungkin aku sangat kamceng dengan Presidennye kot.
name sekolah pon dah diharumkannye

Cakap pasal kamceng ni, aku dengan beliau ni tak la terlalu kamceng. Tapi, boleh buat bergurau la jugak. Contohnye, beliau memang panggil aku Semang(asal daripade semangat) dan aku balas balik dengan S***n atau pon h****g. Terlau public untuk kunyatakan.

Habis SPM, masing2 bawak haluan. Jadi, nak berhubung pon guna media sosial la kan. Aku ade facebook dengan twitter die. Nak add? Cari sendiri. Nak jadikan aku orang tengah? Boleh. Tapi nyatakan 3 sebab kenape nak add die. Tapi kalau2 korang direject, jangan nak salahkan aku pulak.

Bangga, bangga jugak....
Jom bertwitter... @RidzwanMohamed

Thursday, May 16, 2013

Menang Jugak Akhirnye

Malam tadi inagt nak jugak stay tengok bola kan. Maklum la Chelsea... Tapi apekan daya, godaan bantal lebih hebat daripade itu


Justeru(skema pulak), bagi nak tau je resultnye, lepas Subuh je tadi terus bukak tv dan hasilnye;2-1. Alhamdulillah


Dulu ingat boleh la menang FA Cup kan. Tapi apekan daya....

Laptop pon jadi fans


Menang, menang jugak
Jom bertwitter... @RidzwanMohamed

Tuesday, May 14, 2013

Blog Diserang!


Kebelakangan ni, memang la frekuensi kekerapan aku update blog kurang. Sebab tu la aku rase traffic blog aku ni pon kurang same.

Tapi dalam serba kekurangan ni, aku terperasan la satu lagi kekurangan yang aku detect. Memang kaw2 traffic aku kurang. Padahal aku ade je join segmen2 yang berunsur2kan cari geng blogger ni kan. Tapi tak naik2 jugak. Pelik jugak la.

Dalam kepelikan yang melanda tu, aku pon try la pegi bukak blog aku ni. Bukak2 je, tau ape yang keluar? Tengok la bawah....

ni gambar aku pinjam dari google je. yang aku punye tak sempat nak print screen sebab dah kalut punye pasal...

Jahanam aku kate. Memang berakhir la karier aku sebagai part time blogger ni aku kire. Tapi, alhamdulillah. Allah swt telah memberi aku ilham supaya menggoogle macam mane nak selesaikan masalah ni.

maceh!

Google punye google, akhirnye dapat la blog aku ni balik.

Aku ingat aku punye blog ni dah habis dah gara2 politik ke kan.

Dah lepas kene serang, ape lagi
Jom la ke twitter @RidzwanMohamed

Sunday, May 5, 2013

Selamat Mengundi!

Hari ni adelah merupakan hari yang amat bermakna la kukirakan bagi hampir seluruh rakyat Malaysia. Bagi sesape yang tak tau peristiwa hari ni, aku rase wajarlah mereka dihanyutkan ke perairan Sulu bukan sahaja MyKad yang tidak layak mereka pegang, malah kemudahan2 seperti tandas awam juga tidak layak mereka gunakan jika diikutkan.

Walaupun tak mengundi seperti belum layak, dah layak tapi malas nak mengundi atau takut nak pegi mengundi, tapi AT LEAST tahu la hari ni hari mengundi kan.

Bagi aku yang merupakan golongan yang belum layak mengundi, aku hanya menjalankan rutin harian aku macam biasa. Tiada yang luar biasa dari yang biasa. Aku hanya mampu ambik tau je la. Dalam 4-5 tahun dari sekarang baru la aku layak mengundi disebabkan aku masih belum genap 21 tahun memandangkan birthday aku pade 10/12 nanti. In Shaa Allah

Lagi satu, pade mereka yang layak tapi tak mengundi adelah mereka yang mengada-ngada. Lebih2 lagi mereka yang boleh mengundi untuk program2 realiti TV tapi tidak untuk negara. Nak mengundi bende2 tu berbayar, aku rase nak mengundi pilihan raya ni free je.

google pon ambik tau pasal PRU ni

Akhir kate, undi la calon/parti yang anda rase betul2 boleh menjadi imam mentadbir negara/negeri dengan baik. Jangan disebabkan calon tersebut pernah belanja anda aiskrim Malaysia, anda pun mempertaruhkan Malaysia ni kepadanye.

Dah mengundi tapi tak nak buat ape,
follow Twitter: @RidzwanMohamed

Friday, May 3, 2013

Setelah Sebulan Menanti...

Bile jumpe dengan member2, diorang cakap "serious aku cakap, GI Joe memang terbaik".

Bile jumpe dengan akak, diorang cakap "dah tengok GI Joe? orang dah tengok dah...best"

Ape yang aku tuliskan di atas adelah antara ayat2 yang membuatkan aku sentap baru2 ni. Tak keterlaluan kalau aku katekan ni adelah 'The Most Sentap Sentence of The Year'. Mujur aku kurang ramah dengan pak cik2 yang selalu lepak kedai mamak depan rumah aku tu. Kalau tak, aku rase GI Joe juga menjadi topik perbualan diorang.

Cara diorang cakap tu macam teruja sangat. Seolah-olah merekalah antara golongan yang beruntung. Buat macam aku kehilangan kenikmatan dunia ni je.

Mane tak sentap, tarikh release 28 Mac, sampai parlimen dah bubar pon aku belum tengok lagi. Aku tak tau pon yang member2 aku dah pegi tengok mase baru habis final hari tu. Aku pon ade hal pulak hari tu kan. So, tak dapat la nak join diorang. Bile dah cuti, masing2 bawak haluan sendiri la kan. Nak ajak member2 sekolah dulu, diorang tak cuti pulak. Nak ajak yang tersayang, mane ade kan...Maklum la forever alone kan.


Jadi, aku hanya melayan GI Joe yang 1st dekat tv tu la berulang kali. Astro kan...memang sah2 la banyak kali ulang.
ni dah banyak kali ulang pulak dah

Jadi, pade 30 April yang lalu, yang juga merupakan tarikh mengundi awal, aku dengan member sekolah aku yang kebetulan cuti mase tu, pegi la tengok. Mujur ade lagi sorang member aku yang belajar dekat UIA tu nak join jugak. Pegi la aku ambik die dekat Gombak malam tu.

still mahal lagi walaupon citer dah lame. lagi pon TGV kan. malas pulak nak pegi tempat lain


Disebabkan hari tu, 30 haribulan, maka 2 bulan la kitorang dalam wayang tu. Keluar2 je dah bulan berikutnye.

Dengan tertontonnye citer tu, maka aku pon dapat tido dengan lenanye. Pasal review citer ni, lain kalilah aku citer!

Wednesday, May 1, 2013