Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Sunday, May 5, 2013

Selamat Mengundi!

Hari ni adelah merupakan hari yang amat bermakna la kukirakan bagi hampir seluruh rakyat Malaysia. Bagi sesape yang tak tau peristiwa hari ni, aku rase wajarlah mereka dihanyutkan ke perairan Sulu bukan sahaja MyKad yang tidak layak mereka pegang, malah kemudahan2 seperti tandas awam juga tidak layak mereka gunakan jika diikutkan.

Walaupun tak mengundi seperti belum layak, dah layak tapi malas nak mengundi atau takut nak pegi mengundi, tapi AT LEAST tahu la hari ni hari mengundi kan.

Bagi aku yang merupakan golongan yang belum layak mengundi, aku hanya menjalankan rutin harian aku macam biasa. Tiada yang luar biasa dari yang biasa. Aku hanya mampu ambik tau je la. Dalam 4-5 tahun dari sekarang baru la aku layak mengundi disebabkan aku masih belum genap 21 tahun memandangkan birthday aku pade 10/12 nanti. In Shaa Allah

Lagi satu, pade mereka yang layak tapi tak mengundi adelah mereka yang mengada-ngada. Lebih2 lagi mereka yang boleh mengundi untuk program2 realiti TV tapi tidak untuk negara. Nak mengundi bende2 tu berbayar, aku rase nak mengundi pilihan raya ni free je.

google pon ambik tau pasal PRU ni

Akhir kate, undi la calon/parti yang anda rase betul2 boleh menjadi imam mentadbir negara/negeri dengan baik. Jangan disebabkan calon tersebut pernah belanja anda aiskrim Malaysia, anda pun mempertaruhkan Malaysia ni kepadanye.

Dah mengundi tapi tak nak buat ape,
follow Twitter: @RidzwanMohamed

Monday, April 29, 2013

Terlambat Sudah!

Sekarang ni, bukakla facebook ke, bukak tv ke, bukak surat khabar ke, anda pasti akan terlihat, terbaca, terdengar atau terlanjur dengan berita2 yang berkaitan polistrin politik atau dengan lebih tepatnya pasal Pilihan Raya Umum 13 ni la (PRU 13).

Dekat twitter pon aku selalu masukkan hashtag #PRU13 dengan #GE13. Tujuannye saje2.

Seperti yang sedia maklum, 5 Mei nanti adelah tarikh keramat jugak la aku kira sebab pade tarikh tu la rakyat Malaysia akan mengundi bagi menentukan kerajaan yang bakal mentadbir Malaysia ni.

Lagi satu, mase 20 April yang lalu, hari penamaan calon telah diadekan. Ni kire macam mendaftar la untuk mewakili tempat masing2. Sedangkan nak main ping pong wakil rumah sukan peringkat sekolah pon kene daftar inikan pulak nak jadi YB kan.

Dan kalau nak tau, ade seorang YB ni tak sempat nak hantar borang penamaan calon atas sebab2 tertentu. Nak tau sape die, tengok la gamba di bawah ni.


Manifesto bagi YB ni adelah "TIDAK AKAN MELAKUKAN APA2 PERUBAHAN ATAU PEMBAHARUAN PON". Itulah yang akan dilakukan sekiranya dipilih. Tak guna berjanji tapi tak buat kan!

Akhir kate, dont take this article seriously. Sesaje je. Karang tak pasal2 je aku kene tangkap ke ape ke kan....Tak pon fitnah aku macam2 kan. Letak 'video' ke gambar aku bersama Wawa Zainal ke kan. Lagi pon YB tersebut usahkan kate umur 21, akil baligh pon belom(satu lagi pembohongan). Keh3