Monday, April 29, 2013

Terlambat Sudah!

Sekarang ni, bukakla facebook ke, bukak tv ke, bukak surat khabar ke, anda pasti akan terlihat, terbaca, terdengar atau terlanjur dengan berita2 yang berkaitan polistrin politik atau dengan lebih tepatnya pasal Pilihan Raya Umum 13 ni la (PRU 13).

Dekat twitter pon aku selalu masukkan hashtag #PRU13 dengan #GE13. Tujuannye saje2.

Seperti yang sedia maklum, 5 Mei nanti adelah tarikh keramat jugak la aku kira sebab pade tarikh tu la rakyat Malaysia akan mengundi bagi menentukan kerajaan yang bakal mentadbir Malaysia ni.

Lagi satu, mase 20 April yang lalu, hari penamaan calon telah diadekan. Ni kire macam mendaftar la untuk mewakili tempat masing2. Sedangkan nak main ping pong wakil rumah sukan peringkat sekolah pon kene daftar inikan pulak nak jadi YB kan.

Dan kalau nak tau, ade seorang YB ni tak sempat nak hantar borang penamaan calon atas sebab2 tertentu. Nak tau sape die, tengok la gamba di bawah ni.


Manifesto bagi YB ni adelah "TIDAK AKAN MELAKUKAN APA2 PERUBAHAN ATAU PEMBAHARUAN PON". Itulah yang akan dilakukan sekiranya dipilih. Tak guna berjanji tapi tak buat kan!

Akhir kate, dont take this article seriously. Sesaje je. Karang tak pasal2 je aku kene tangkap ke ape ke kan....Tak pon fitnah aku macam2 kan. Letak 'video' ke gambar aku bersama Wawa Zainal ke kan. Lagi pon YB tersebut usahkan kate umur 21, akil baligh pon belom(satu lagi pembohongan). Keh3

Friday, April 26, 2013

Fikirkan Sejenak...

Baru2 ni kan ade match antara Chelsea ngan Liverpool kan. Aku mase tu tengok la kan. Memang bangge gile la mulenye bile mase tu dah 2-1 sampai la minit ke 96. Tapi agak celaka jugak la bile anytime je sebelum referee tiup wisel penamat si mamat arnab Suarez ni score sebijik buat Liverpool kan.

Kisahnye sekarang bukan pasal tu yang aku nak kongsikan. Tapi aku nak kongsikan pasal kes yang mamat arnab tu buat. Nak tau ape kes? MENGGIGIT. Memula aku tak la perasan. Tibe2 je si Ivanovic ni macam lain macam je kan. Pastu pegi mengadu dekat ref.

Jadi, akibat daripade hobi si Suarez ni adelah menggigit, jadi bayangkan lah kalau die...



ni lah kesnye...


Luis Suarez


branislav ivanovic


Thursday, April 25, 2013

Al-Kisahnye Tak Update Blog

Assalamulaikum semua. Alhamdulillah, dengan izin-Nya dapat jugak aku update blog ni setelah sekian lame tak dapat update atas sebab2 yang tak dapat dielakkan.

Sebab yang utama adelah sekarang ni kan musim pilihan raya kan. So, mesti korang akan nampak ramai golongan muda-mudi yang turut sama dalam menjayakan pilihan raya ini. Daripada tukang pasang bendera, peraih undi, tukang masak, dan sebagainya. Dan kalau nak tau, aku TAK terlibat langsung dengan semua ni. Saje je nak bikin gimik.

Ok, sekarang adelah cerita yang sejujurnya. Al-kesahnye, dalam awal ashaari bulan ni, kuota yes aku dah tinggal sikit. Jadi, aku cuma on internet atas tujuan2 tertentu yang dirasekan penting sahaja seperti tujuan kebajikan ke, stalk orang ke, ape ke kan. Kalau bende2 macam MU menang tu aku anggap tak penting. Jadi aku abaikan je la. Dalam 2 minggu jugak la aku 'berpuasa'.

habis kuota pulok...

Tu sebab yang pertama. Sebab yang kedua adelah aku ditimpa malapetaka apabila laptop aku ni rosak. Maklum la, laptop kurang power kan. Die punye graphic chipset rosak. Memang tak boleh on terus laptop. Melahu je la aku kejenye. Sekarang ni la baru siap. Dapat je laptop ni, terus update blog. Ni la entrinye.

rosak pulak beliau

Dalam dua sebab ni, sebab yang kedua ni la paling aku terkesan. Sebabnye sepanjang tempoh 'perubatannye' idea nak update blog melimpah-limpah tapi takde medium nak update. Banyak citer woo yang boleh dibuat entri  macam kes Suarez gigit Ivanovic. Paling tak pon citer pasal mengundi ni.

Takkan nak pegi cc tiap2 hari. Parah jugak aku. Tapi, macam biasa la. Bile dah dapat laptop, idea tu pergi meninggalkan aku.


Friday, April 5, 2013

Rasenye Cukup Dah!

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah swt, dpat lagi aku update blog. Maklum la, minggu lepas minggu final.  Bukan takde mase, tapi takde mase la senang citer sebab tak tau nak cakap ape unutk update blog ni.

Dan pade 31313 yang lalu. 31 Mac 2013 la senang citer. Final examinantion for final semester bagi aku telah pon abis. Alhamdulillah, sebab takde ape2 masalah sepanjang final tu macam sakit ke, moto rosak ke paling tak pon pen abis dakwat.

Dengan habisnye final aritu, aku rase tamatla sudah diploma aku. Harapnye takde la sangkutnye. In Shaa Allah.

Jadi, sebab takde ape2 gambar nak letak dalam entri ni, jadi aku letak la gambar slip2 pekse yang aku kumpul dari sem 1.











dah tungang terbalik dah...

Hari habis hari tu, ingat terus nak kawen. Sebab tarikh dah cantik dah kan;31313. Tapi ape boleh buat....mampus anak orang mati kebulur nanti