Showing posts with label Rosak. Show all posts
Showing posts with label Rosak. Show all posts

Thursday, April 25, 2013

Al-Kisahnye Tak Update Blog

Assalamulaikum semua. Alhamdulillah, dengan izin-Nya dapat jugak aku update blog ni setelah sekian lame tak dapat update atas sebab2 yang tak dapat dielakkan.

Sebab yang utama adelah sekarang ni kan musim pilihan raya kan. So, mesti korang akan nampak ramai golongan muda-mudi yang turut sama dalam menjayakan pilihan raya ini. Daripada tukang pasang bendera, peraih undi, tukang masak, dan sebagainya. Dan kalau nak tau, aku TAK terlibat langsung dengan semua ni. Saje je nak bikin gimik.

Ok, sekarang adelah cerita yang sejujurnya. Al-kesahnye, dalam awal ashaari bulan ni, kuota yes aku dah tinggal sikit. Jadi, aku cuma on internet atas tujuan2 tertentu yang dirasekan penting sahaja seperti tujuan kebajikan ke, stalk orang ke, ape ke kan. Kalau bende2 macam MU menang tu aku anggap tak penting. Jadi aku abaikan je la. Dalam 2 minggu jugak la aku 'berpuasa'.

habis kuota pulok...

Tu sebab yang pertama. Sebab yang kedua adelah aku ditimpa malapetaka apabila laptop aku ni rosak. Maklum la, laptop kurang power kan. Die punye graphic chipset rosak. Memang tak boleh on terus laptop. Melahu je la aku kejenye. Sekarang ni la baru siap. Dapat je laptop ni, terus update blog. Ni la entrinye.

rosak pulak beliau

Dalam dua sebab ni, sebab yang kedua ni la paling aku terkesan. Sebabnye sepanjang tempoh 'perubatannye' idea nak update blog melimpah-limpah tapi takde medium nak update. Banyak citer woo yang boleh dibuat entri  macam kes Suarez gigit Ivanovic. Paling tak pon citer pasal mengundi ni.

Takkan nak pegi cc tiap2 hari. Parah jugak aku. Tapi, macam biasa la. Bile dah dapat laptop, idea tu pergi meninggalkan aku.


Tuesday, February 5, 2013

Menjalani Pembedahan!

Bila ku mula nampak kau,
Ku hanya nampak yang normal padamu,
Langsung tiada apa2 perasaan syak wasalam wasangka padamu,
Tapi sebaik sahaja aku bersamamu,
Tiba2 kau jatuh sakit...

Darling,
Lantas ku bawa kau pergi ke klinik,
Untuk berjumpa dengan mereka yang lebih arif,
Tapi ku terkejut,
Pabila mereka mengatakan kau terpaksa dibedah dengan kos yang agak tinggi sikit.

hiasan....

Ku buntu ketika itu,
Manakan tidak; sedangkan ketika itu aku pon tidak berduit,
Tapi, demi kesihatanmu, kugagahkan jua untuk membiayai kos pembedahanmu,

Darling,
Sesungguhnya aku sudah bersusah payah,
Demi memastikan kau sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya,
Aku tidak mengharapkan apa2 balasan daripadamu,
Asalkan aku ok bersamamu,
Dengan cara kau jangan lagi nak ngada2;
Nak hang la, nak pecah la,
Sebab... kau tu laptop!

Habis RM250.00 gara2 nak betulkan screen yang pecah. Sabo je la!

ni bukan ipad atau ape2 jenis tab tau. tapi ianya merupakan skrin laptop yang lama yang telah pecah 

yang terpapar dekat laptop tu merupakan skrin yang baru


Tuesday, July 10, 2012

Laptop Aku Yang Maju Setapak

Sekarang ni aku tengok la kan, kite semua seperti telah disuakan dengan macam2 alat teknologi mase kini tak kire la smart phone la, table tablet la, ultraman ultrabook la dan banyak lagi la. Dah name pon alat berteknologi, maka banyak la die punye aplikasinye kan. Tak kesah la dari game ke, softlan software ke dan banyak lagi la.

Tanpa ingin mengarut dengan lebih lanjut, aku pon ingin mengatakan yang aku jugak tak boleh nak lari daripade bende alah ni semua. Termasuk la laptop aku punye citer.

Kesahnye macam ni, berape hari lepas aku ade siapkan assignment aku. Dah baik punye siap, kene la masuk dalam cd. Tau2 je tempat nak taruk cd aku tu tak boleh nak bukak. Nak bukak jugak boleh, tapi mesti ade bende yang kecik cucuk die dulu macam jarum la kirenye.

Yang majunye sekarang adelah laptop aku sekarang ni jugak mengikuti perkembangan semasa sebabnye cd pon dah tak berape orang nak pakai dah sekarang kan. Lagi satu, mungkin laptop aku ni perasan yang die ni ultrabook kot. Tak payah letak cd. Lepas tu member aku cakap 'sekarang ni dah tak pakai cd dah'