Thursday, December 27, 2012

Kembali Kepada Zaman Kanak-Kanak

Adela suatu hari tu, aku menjalankan rutin harian aku macam biasa.... Biasa la. Tiada apa yang luar biasa daripade kebiasaan tersebut.

Jadi, setelah turun dari moto ketika balik dari kelas yang memang merupakan rutin harian aku hari tu, tetiba je tekak aku ni terase macam nak makan sesuatu je. Tengok jam mase tu, awal lagi kalau nak makan nasi terus. Lagipon, plannnye lepas tu nak balik rumah. So, makan dekat rumah je la. Saving!

Untuk menyedapkan tekak aku, jadi aku pon pegi la membeli.....

bukan yang ni... sejak bile pulak kolej aku ade jual Tu Diaaa  Tutti Frutti


ni pon bukan... ni burger sekilo dekat Shah Alam ni


ni pon bukan jugak. ni burger bakar dekat Wangsa Maju ni.

ni lagi la pulak bukan. ni seafood dekat Ana Ikan Bakar Petai Bangi sana tu
TETAPI

inilah dia!

Pergh nikmat sungguh makan Mamee Monster ni. Lame dah tak makan. Sejak umur aku genap 20 tahun ni, ni la first time perut aku menerima Mamee ni. Tak cukup satu.

Baru je genap 20 tahun hari tu... Tapi tak salah kot nak rase jadi budak2 darjah 2 kot. Hehehehe.

Tuesday, December 25, 2012

Basuh Baju Besi!

Pernahkah korang tengok; tak kire la dalam tv ke, YouTube ke, porn  paper ke, berita ke, jiran rumah sebelah ke, on the way nak pegi luar negara ke, ape ke pasal baju besi dibuat basuh macam basuh baju biasa. Dengan lebih spesifik lagi, basuh dengan menggunakan mesin!

Jujur kukatekan, aku tak pernah tengok.Tapi, baru2 ni MUNGKIN aku dapat tengok dengan mata kasar aku jika i'm on the right time at the right place. Tapi apekan daya kan. nak buat camne... Takde rezeki.

Yang ade cuma tinggalannye saje. Nak tau ape tinggalannye? Tengok gambar kat bawah...

terbelah 2!

Bukan ke baju besi tu yang dibuat basuh? Aku rase kalau setakat baju kelawar, baju hujan, baju tulisan 'Hujan', baju yang diperbuat daripade kain cotton/linen/kapan atau takde kain sekalipon, effect die tak la sampai macam tu sekali kot.


Harap2 dengan duit yang die kutip kepada setiap pengguna dengan harga RM2 sekali guna tu dapatla die repair. Buruk benar rupenye bile macam tu.


Monday, December 24, 2012

Mati Bukan Penghalang...

Lame dah aku tak buat entri pasal mati. Lame ke tak pernah? Check la sendiri.

Mati yang aku maksudkan disini adelah bukanlah mati akal, mati adat, basmati mahupun mati pucuk. Tapi, ape kate korang tengok gambar dekat bawah ni...
amacam hensem tak....siap pakai RayBan lagi tau!

Ye la, kate orang biar papa, asal bergaya. Itu kate orang! Tapi tidak kata lembu. Buktinye, macam gambar atas tu lah. Biarlah mati pon. Janji gaya ade.

Gambar ni diambik dekat Nilai 3 dekat kedai sup berdengung yang pernah masuk Jalan2 Cari Makan hari tu. Brader yang jual sup tu gelak je bile aku puji lembu tersebut....


Wednesday, December 19, 2012

Tuesday, December 18, 2012

Bukan Ku Tak Nak Update Sebenarnye

Hari ni aku nak luahkan serba sedikit kenape dalam tahun ni kekerapan aku update blog kurang sikit berbanding tahun2 sudah. Untuk tahun 2010, kekerapannye terus takde memandangkan mase tu tak terpikir pon nak buat blog. Untuk 2011, terase rajin sikit. Maybe  baru buat blog. Tu yang rajin sikit kot. Tapi biase la, cari sumber dari blog lain, olah sikit. Jadi aku rase takde keoriginalannye la.

Jadi bagi aku, baiklah aku listkan serba sikit pasal ape aku kurang update blog pade tahun ini:


  1. M.A.L.A.S
  2. Bila duduk rumah, TV menjadi lebih utama berbanding dengan laptop.
  3. Bila Chelsea kalah
  4. Dapat idea ketika berada di suatu tempat tu. Tapi bila duduk depan laptop hanya betul2 duduk sahaja
  5. Hilang mood ketika dalam tempoh masa antara masa idea tu datang dengan masa nak update blog. Sebagai contoh, hilang mood bila moto yang baru dibasuh diberak oleh burung!
  6. Phone tak canggih.(tak tau ape kaitan)
  7. Idea untuk update blog hilang begitu sahaja apabila betul dah duduk depan laptop tapi tiba2 awek member ajak makan tak pon ajak main futsal.
  8. Melekat dengan citer2 yang ade dekat facebook atau blog2 yang terkenal sampaikan idea nak update blog bercampur baur dengan cerita yang dibace tadi.
  9. Melayan movie yang didownload lebih menjadi keutamaan di masa senggang
  10. Melebihkan waktu tidur daripada update blog apabila memikirkan tentang faktor kesihatan dan keselesaan
  11. Gambar yang boleh dijadikan modal dalam post blog terdelete dengan tidak sengajanya
  12. Niat asal nak update blog. Tapi tetibe nampak link blog awek cun dekat facebook. Maka niat tersebut hanya tinggal niat sahaja semata-mata
  13. Keje/projek/assignment dibagi bertali arus tanpa ada rasa belas kasihannya
  14.  Bila check2 moto, minyak masih penuh!
  15. Tengah2 update, tetibe je terpikir yang entri tersebut membolehkan aku dipenjarakan atas kesalahan yang disabitkan di bawah Akta Hasutan
  16. Kadang2 emosi tidak dapat dikawal seperti terlebih gelak hinggakan terlupa nak update blog
  17. Tengah2 update blog, tetiba nyamuk gigit tapak kaki. Maka, usaha pemburuan nyamuk tersebut dibuat terlebih dahulu berbanding update blog.
  18. Belum sempat nak on laptop, guruh dan kilat memancar-mancar.
  19. Mengah akibat tabiat pemakanan terlebih daripada yang biasa (amat jarang berlaku. tapi pernah berlaku)
  20. Kalau dekat rumah, time akak2 semua balik, mase aku diperabiskan main dengan anak2 sedara
  21. Cuaca yang ekstrem....
  22. Rumate/member bilik sebelah layan movie yang boleh dikatekan bukan setakat pecah panggung, malah pecah punggung perut 
  23. Masih tertanya-tanya kenapa tarian Oppa Gangnam Style menjadi kegilaan umat masa kini 
  24. Berangan yang tak sudah seperti memiliki sebuah kelab bola sepak terkemuka seperti Felda United misalnya
  25. Payah nak update apabila internet yang dipakai telah cukup kuotanya
  26. Malas nak update cerita yang sama dengan blog2 yang lain seperti cerita Datuk K kemalangan di New Zealand atau Datuk K Rajagopal didesak supaya melepaskan jawatannya
  27. Tension dengan internet connection terutamanya dalam musim hujan macam ni...klik sini
  28. Bila nak update, time tu jugak la phone berbunyik. Yang penting perlu didahulukan
  29. Laptop jadi hang seketika
  30. Ni yang selalu berlaku sekarang ni....BLACKOUT! 
Aku sampai sini saja untuk kali ni. Ade banyak lagi. Ni ambik yang random je. Lagi satu, ni untuk tahun ni je. Tahun lepas, tahun lepas punye citer, tahun depan, tahun depan punye citer

Friday, December 14, 2012

Kelas Tinggi

Sekarang ni aku sedang belajar pada sem yang keenam.Insya-Allah, kalau takde ape2 yang sangkut, maka ni lah sem terakhir aku dalam ambik diploma ni. Insya-Allah memang nak menyambung pon.

Tapi, walaupon dah 6 sem dah belajar dekat UTM Jalan Semarak ni, ni kali pertama belajar di tempat yang tinggi. Sebelom2 ni, paling tinggi pon tingkat 4. Paling rendah pon, tak pegi kelas langsong dekat bawah je la.
ni google je....

Tingkat yang aku maksudkan tu adelah tingkat 9. So, bayangkan kalau lif rosak, mau basah jugak ketiak nak mendaki naik atas tu. Tapi, aku rase kebarangkalian untuk lif tu rosak amatlah kurang memandangkan bangunan tu baru je digunakan.



Mase sem 1 aritu, bangunan ni masih dalam construction. Tu yang senior aku cakap yang maybe batch aku la yang sempat guna bangunan baru ni. So, kata2nye amat benar belaka.

Sebenarnye, dah 4 kali dah kelas sini walaupon dah nak masuk minggu kelima dah sem ni berjalan. Sebabnye kelas yang buat dekat bangunan baru ni hanyelah seminggu sekali memandangkan ianya hanyalah satu kredit. Tapi dalam empat2 kali tu, baru hari ni la aku berjaya bawak phone. Seperti telah disumpah, macam tau2 je phone aku ni akan lemah baterinye pade pagi Jumaat. Penyelesainnye adelah cas la phone tu waktu pegi kelas. Segan pulak nak cas dekat kelas. Memang banyak suis. Dah 3 kali Jumaat dah. Kali ni baru berjaya...

Bila dah bawak phone, lecturer tak sampi lagi, view dari kelas cantik ditambah dengan cuaca yang agak baik pada waktu pagi, maka dapat la jugak ambik berape gambar. Jakun la kejap.... Bukan tak pernah tengok bandar KL. Tapi dalam 3 tahun, ni baru merasa duduk dekat kelas tinggi.





Thursday, December 13, 2012

Salah Satu Perkara Yang NO Pasal Yes Ni

Assalamulaikum, sekarang ni musim menuai hujan kan. Ni dekat KL la. Kalau dekat tempat lain tu aku tak tau la.

Jadi, kalau musim hujan ni, ianya mungkin menjadi 'mimpi ngeri' bagi pengguna Astro yang mane perkhidmatannye macam .......(malas nak cakap).


Tapi ape kaitannye Yes dengan Astro ni? Jawabnye, Yes ni pon macam tu jugak la perkhidmatannye time2 hujan camni. Ni bukan aku sorang je yang mengalami keadaan camni. Tapi ade la dalam 3 orang member aku yang lain mengalami bende yang same.

Yang bezanya aku pakai Huddle. Lagi 2 orang pakai modem broadband yang biase tu dan lagi sorang pakai phone Yes tu buat modem. Tapi yang pasti keempat-empatnye pakai Yes.

tu tengah kelip2 sebenarnye tu. dah la kalau dekat bilik aku memang payah nak dapat line 4G. tapi bilik depan aku laju pulak!

Maklumla, semua bende ade kelemahan dan kelebihannye tersendiri. Aku pon ade post pasal yang best pasal Yes ni dulu. Boleh klik sini kalau nak tau.

Dulu mase pakai Maxis dulu, agak lembap jugak kalau hujan. Tapi tak la sampai putus terus macam sekarang. Dan kalau nak tau, dah berape kali dah keluar warning message mase taip entri ni sebab line yang putus2 ni.

Last sekali, tu je la kot. Yang lain aku rase Yes ni best.

Wednesday, December 12, 2012

121212; Terima La

Kali ni aku update sekadar suka2 je. Takde ape sangat pon info atau pengetahuan yang ade dalam entri kali ni yang boleh digunakan bagi menjawab SPM atau menjawab soalan MoneyDrop seumpamanya.

Entri kali ni ditulis bukan semata-mata tarikh hari ni lawa;12/12/12. Tetapi ianya adelah disebabkan ade satu 'malapetaka' yang akan berlaku kejap lagi.

Ianya bukanlah Armagedon atau kiamat mengikut kaum Mayan yang menjurus kepada khurafat tu. Tapi tengok la sendiri gambar bawah ni.

diblurkan atas sebab keselamatan.gambar aku je yang tak censored


Aku rase ianya bukan cakap kosong. Sebabnya post dalam tu adelah dalam group kolej yang aku duduk sekarang ni. Lagi satu, mungkin ade kebenarannya disebabkan dekat sini selalu balckout. Mungkin TNB nak buat maintenance kan.

Jadi, ape nak buat dalam tempoh tersebut? Mane nak lari ni. Atau sekadar bersauna di bilik masing2

mane nak pegi ni?

Tuesday, December 11, 2012

Tragedi Di Hari Jadi

Assalamualaikum, selamat sejahtera. Kalau nak tau(kalau tak nak sudah, aku pedulik hape), semalam merupakan hari jadi aku atau bahasa mudahnya birthday aku. 10 Disember tiap2 tahun. Semalam, genaplah 20 tahun aku hidup di muka bumi ini pada pukul 9.20 pagi. Alhamdulillah.


Memandangkan aku ini hanya insan biasa yang menyambut birthday, maka sudah tentulah tiada penganugerahan pingat memandangkan aku ni bukan raja. Juga tiada parti liar yang melibatkan pergaulan bebas antara laki2 dengan pompuan beserta 'air kencing setan' yang dihidangkan memandangkan setakat ni aku mampu lagi berfikir dengan waras. Alhamdulillah.

Oleh sebab biasa je, maka aku pon menjalankan rutin harian aku dengan biasa je la. Sampai la masa nak dekat Maghrib, baru la aku nak mandi. Memang tu la dia rutin harian.


Tapi mase nak start mandi tu la berlakunya satu tragedi yang mane pusing punye pusing paip shower dekat bilik lebih la daripada 360 darjah, tetap tak keluar2 air walaupon setitik. Yang keluar hanyalah air liur daripade aku yang memaki shower tersebut.
sabarkan sajelah...

Rupe2nye roomate aku tahu lebih awal dari aku. Disebabkan aku tido sebelum tu, maka dia pon kesian nak kejutkan aku. Bila aku bangun, die pegi training pulak. Maka, menjadilah aku seperti orang yang tak tau2 ape pegi pusing shower tu tadi.


Friday, December 7, 2012

Salah Satu Perkara Yang Membahagiakan Seorang Pelajar

Dalam entri kali ni, aku nak kongsikan sikit pasal ape yang aku kaji selidik perhatikan selama dah 6 sem aku bergelar pelajar ni.

Tapi ini adelah sekadar untuk hiburan atau bahan bacaan sahaja tau. Aku tak akan bertanggungjawab sekiranya ada antara korang yang menjadikan entri ini sebagai rujukan untuk membuat assignment, projek atau tesis. Kalau korang tak grad, jangan nak salahkan aku pulak.

Memandangkan dekat tajuk tu aku tulis 'salah satu' maka satu je la yang aku nak tulis kat sini. Cuba korang tengok gambar kat bawah ni.

"End of slide show,click to exit." bahagia tak?


Apa yang korang nampak dalam ni adelah hanya sekadar skrin hitam je kan. Tapi, cuba korang berada dalam situasi yang memang tak tau la nak cakap ape punye tahap boring la kan (bile ape yang cuba disampaikan dah tak masuk, mengantuk, lecturer cakap je tanpa ada rasa belas kasihan nak bagi rehat kejap, bateri phone dah mati). Ape yang korang nak buat? Dah tu mula la macam2 kan.

Jadi kat sini, aku nak cakap bile je muncul je bende tu, maka mane yang tadi muka mengantuk tu jadik la segar kejap. Yang mane syok main game dekat phone pura2 la cakap macam2 seolah-olah die fokus sepanjang lecture tu. Masing2 terus naik.
masing2 semuanya camni la sebenarnye

Kalau aku, aku pon suka. Lega bila dah habis dah. Lagi satu, ape yang aku tengok adelah seperti gambar di bawah.
aku selalu tengok bende bahagian bawah penjuru kiri tu je. makin nak habis makin semangat la

Itu je lah yang dapat aku buat. Diingatkan sekali lagi. Ianya sekadar hiburan dan bende ni bukanlah dibuat secara menyeluruh. Hanya yang tertentu je. Tapi sape yang makan garam, die la yang terasa masinnye


Wednesday, December 5, 2012

Monday, December 3, 2012

Yes Oh Yes!

Seperti entri yang sudah(klik sini), aku ade cakap sikit pasal Yes kan. Nak tau ape die, klik la dekat link aku bagi tu. Tak pon search sendiri!


Jadi pade hari Sabtu hari tu, aku pon bayar la untuk pertama kalinye. Biasela kan. Bayar la ikut pakejnye kan. Dah guna mesti la bayar kan.

Tapi dalam lepas bayar tu, punye la bagusnye Yes ni, terus die hantar SMS dengan email yang mengatakan dah bayar. Kirenye aku rase takdenye kes lambat ke, berhutang lagi ke. Cepat betol. 
terima kasih kerana membayar

Ape yang aku nak sampaikan sekarang ni adelah betapa die hargainye customernye. Mungkin ianya disebabkan baru atau ape. Harap2 berterusan  la kan.


Saturday, December 1, 2012

Sudah Cukup Sudah!

Entri kali ni bukanlah untuk membahaskan atau membincangkan pasal lagu Nirwana Band yang bertajuk 'Sudah Cukup Sudah' ni. Tapi ianya hanye untuk menunjukkan yang aku rasekan sudah cukup sudah koleksi lego Ferrari daripade Shell ni.


Mungkin ade kalangan korang yang akan mengatakan aku ni berlagak, sombong, riak, ujub, bongkak, dan seumpama dengannye. Tapi tu semua persepsi masing2. Aku tak boleh nak kate ape la. Ni blog aku. Jadi aku punye suka la nak tulis ape kan. Betul tak?

Jadi tengok la serba sedikit gambar lego ni. Hehehehe....





tak tau sebab ape jadik potrait...puas dah upload,jadik camni jugak