Friday, December 7, 2012

Salah Satu Perkara Yang Membahagiakan Seorang Pelajar

Dalam entri kali ni, aku nak kongsikan sikit pasal ape yang aku kaji selidik perhatikan selama dah 6 sem aku bergelar pelajar ni.

Tapi ini adelah sekadar untuk hiburan atau bahan bacaan sahaja tau. Aku tak akan bertanggungjawab sekiranya ada antara korang yang menjadikan entri ini sebagai rujukan untuk membuat assignment, projek atau tesis. Kalau korang tak grad, jangan nak salahkan aku pulak.

Memandangkan dekat tajuk tu aku tulis 'salah satu' maka satu je la yang aku nak tulis kat sini. Cuba korang tengok gambar kat bawah ni.

"End of slide show,click to exit." bahagia tak?


Apa yang korang nampak dalam ni adelah hanya sekadar skrin hitam je kan. Tapi, cuba korang berada dalam situasi yang memang tak tau la nak cakap ape punye tahap boring la kan (bile ape yang cuba disampaikan dah tak masuk, mengantuk, lecturer cakap je tanpa ada rasa belas kasihan nak bagi rehat kejap, bateri phone dah mati). Ape yang korang nak buat? Dah tu mula la macam2 kan.

Jadi kat sini, aku nak cakap bile je muncul je bende tu, maka mane yang tadi muka mengantuk tu jadik la segar kejap. Yang mane syok main game dekat phone pura2 la cakap macam2 seolah-olah die fokus sepanjang lecture tu. Masing2 terus naik.
masing2 semuanya camni la sebenarnye

Kalau aku, aku pon suka. Lega bila dah habis dah. Lagi satu, ape yang aku tengok adelah seperti gambar di bawah.
aku selalu tengok bende bahagian bawah penjuru kiri tu je. makin nak habis makin semangat la

Itu je lah yang dapat aku buat. Diingatkan sekali lagi. Ianya sekadar hiburan dan bende ni bukanlah dibuat secara menyeluruh. Hanya yang tertentu je. Tapi sape yang makan garam, die la yang terasa masinnye


3 comments: