Showing posts with label Fakta Atau Auta. Show all posts
Showing posts with label Fakta Atau Auta. Show all posts

Friday, May 20, 2016

Gelang Patah, Tali Putus dan Murtabak Cheese Di Johor

Hai…Assalamulaikum. Sihat?.....Kalau tanya aku, aku akan jawab sihat. Cuma blog je yang terupdate sebab sibuk dengan PSM atau FYP ni.

Di sebalik kekalutan siapkan semua benda tu, aku cuba untuk curi jugak masa nak tulis ni. Cuba tengok tajuk tu; memang wujud satu tempat dekat Johor ni nama dia Gelang Patah. Tapi, untuk Tali Putus tu bukan la satu tempat yang baru sahaja diwartakan dekat Johor ni. Cuma ia adelah peristiwa yang berlaku dekat aku baru2 ni. Sebagaimana yang pasti, kan sekarang aku tengah belajar dekat Johor kan. Jadi, peristiwa ni memang berlaku kat Johor. Bukan dekat Gelang Patah. Saje je masukkan Gelang Patah tu.

Gelang Patah-ihsan Google

Kisahnye bermula time aku ade workshop dekat fakulti aku ni. Disebabkan meminum dalam kuantiti yang banyak pada jam2 sebelumnya, maka secara lumrahnya, pundi kencing aku akan bekerja dan hasilnya memang asyik nak terkucil je la aku. Btw, Alhamdulillah pundi kencing masih berfungsi.
Dengan keadaan yang tenang dan tidak tergopoh gapah telatahnya, aku berjalan la menuju ke tandas fakulti aku. Dekat fakulti aku ni, tandas dia ada kasta atau kelasnya yang tersendiri. Kasta yang aku maksudkan dekat sini adelah ade setengah wing atau level tandas dia superb; macam tandas airport. Ade setengah pulak, malas la nak cerita. Tak sampai taraf dan sampai hati nak cerita. Sebab tu harganya berbeza. Mengapa bayar lebih? Tandas, Trivago. 

Sebabnya…aku sendiri tak tau ape punca permasalahannya. Jadi, aku bersyukur sebab tandas yang terdekat masa tu adelah tandas yang berkasta tinggi. Kebetulan memang level paling atas pun.

Lepas je menunaikan, memang biasa la basuh tangan kan. Time basuh tangan tu la dengan secara tiba2 (macam cerita Paranormal) jam yang aku pakai dekat tangan ni terjatuh. Mujur tengah basuh tangan. Kalau sebelum tu, tengah basuh ….., tak ke terus masuk jamban. Alhamdulillah diselamatkan.

Putuih talinya....abaikan jarum dan waktu digitalnya.

Kalau nak tau, aku ni spesies manusia yang tak boleh keluar tanpa tidak memakai jam. Kirenye kalau keluar tak pakai jam, rase diri ni macam tak lengkap je. Ibaratnya pakai baju dengan boxer sahaja. Tak tenang rasenye. Tanpa fokus sepenuhnya dalam workshop yang aku datang tu, aku terus whatsapp dekat group bebudak lelaki kelas aku tanya dekat mana kedai jam yang terdekat area UTM ni. Aku tak nak pegi AEON Taman U sebab boikot dia memang tak buat jam jenama yang aku pakai tu. Aku tau la sebab aku pernah tanya.
Arduino workshop.....

Setelah berbelas-belas chat yang masuk yang hampir semuanya menjawab persoalan aku, aku jawab terima kasih dekat diorang semua. Bernas semua idea mereka. Lepas daripada tu, baru la aku kembali fokus dekat workshop tu.
Workshop tu habis lebih kurang dalam pukul 4.30. Jadi, lepas solat Asar, aku pun memulakan misi aku untuk cari kedai jam tu. Disebabkan pukul 5 baru nak gerak, naluri aku ini berat mengatakan bahawa jalan jam. Orang balik kerja kan. Bezanya JB tak la jam seteruk KL. Berbalik semula kepada cadangan2 bernas member aku tu, aku try je pegi Angsana. Sebabnya situ macam banyak choice banding dengan tempat2 lain seperti dicadangkan.



Ang sana, cheq sini noh. Ok, takde ape pun nak cerita. Melihatkan jam yang baru direpair menunjukkan baru pukul 6, aku berpikir untuk ke tempat lain dulu sebelum balik. Dan hasilnya, terlintas dekat kepala otak aku ni untuk ke kedai murtabak cheese yang glamour dekat JB ni. Bila digoogle, waktu urusan kedai tu sampai pukul 7 je. Jadi, aku hanya ada masa kurang daripada 60 minit untuk ke situ.

Jadi, berkejar la aku ke situ dan berdepan dengan beberapa halangan sebelum keluar dari Angsana tu. Yang pertama adelah aku tak jumpa autopay yang terdekat dengan tempat aku parking. Nak tak nak, pergi la tempat yang jauh sikit. Dah basah sikit dah ketiak berjalan kencang punya pasal. Dah bayar, satu lagi masalah muncul; tak jumpa jalan nak keluar. Kisahnya aku parking dekat dalam, tingkat atas. Jadi, budak tadika punya logik sekali pun, nak keluar, kena la turun kan. Dekat wing yang aku parking tu, tak boleh nak turun sebab tengah renovate. Jalan penyelesaiannya adelah kena naik makin tinggi lepas turun dekat wing lain. Kejadah betul. Dengan follow belakang kereta yang ….. lagi. Aku risau satu je; tiket yang aku bayar tu dah habis tempoh masa dia. Bila sampai dekat gate nak keluar tu, berdebar jugak la. Jangan la sampai kena reverse balik kan. Dah la terkejar nak ke Murtabak Cheese. Alhamdulillah. Lepas.


Daripada google tu, aku terus guna function “direction” yang ade dekat situ. Follow je la ape pompuan tu kata. Belok kanan, aku belok kanan. Disuruh terus, aku terus. Akhirnya, sampai la aku di Kampung Kurnia. Memang besar betul nikmat kurniaan-Nya pada masa tu.

Guna direction daripada situ je

Bila dah masuk kedai tu, memula tercangak-cangak aku dibuatnya sebab masa tu dah lambat kan. Memang ade customer lain. Tetiba je ade sorang brader ni baru sampai. Kira aku ikut je ‘procedure’ brader tu. Hehehe. Rupenya, betul la banyak murtabak dah habis dah time tu. Yang ade pun untuk di bawak balik. Kira dia cuma akan panaskan murtabak yang dah berbungkus tu. Tak kisah la. Asal dapat.



Walaupun cuma dipanaskan, tapi rase dia superb woo. Kebetulan masa aku tengah makan, ade customer baru yang sampai dok sebelah meja aku. Aku pulak masa tu tengah tarik cheese dia kan. Zalimkah aku ketika itu? Aku rase tidak sebab dia pun mungkin akan buat benda yang sama. Dah cheese dia memang macam tu; macam pizza bila ditarik. Terbaik la. Lepas tu, aku saje je bakar line dekat group whatsapp membe2 aku tu. Hantar gambar dengan location. Terus ade yang mintak tolong tapaukan. Ye la, tolong la diorang.

Begitu la cerita Gelang Patah, Tali Putus dan Murtabak Cheese di Johor walaupun Gelang Patah tidak ade mengena kena dengan cerita ini. Kesian. Sekian.

Amacam? Meleleh tak? 

Wednesday, March 9, 2016

Ku Sangkakan Panas Hingga Ke Petang, Rupanya Panas Sampai Ke Malam

Amacam? Rajin tak aku tulis tajuk pepanjang? Sekarang ni terpulang dekat korang je nak merajinkan diri unutk membaca ke tak.

Ceritanya memang ada mengena kena dengan tajuk di atas. Bacalah je la entri ni sampai habis bagi mengetahui isi kandungan dan kaitan antara tajuk dan isi yang seterusnya boleh ditulis ke dalam buku program NILAM sebaik sahaja tamat menelaah entri ini.

Kisah ni berlaku masa final tahun tiga. Kira satu sem sebelum aku praktikal. Aku ingat paper yang aku akan ambik tu ade paper Cryptography. Budak2 komputer especially security tak tau ape benda menatang Crypto ni elok dimaki mak kau hijau layak diazankan slow2 pada kedua-dua belah telinga mereka.

Kira sehari sebelum paper tu, ada suatu kejadian yang tidak diduga bukan sahaja aku malah, boleh kukatakan professor2 dekat UTM ni pun takkan menduga kejadian sebegitu rupa yang menimpa aku. Kejadian yang dimaksudkan adalah kipas dekat bilik aku tidak berfungsi sebagaimana fungsinya.

Macam biasa la, benda pertama yang akan terlintas adalah mesti blackout. Malangnya, telahan tersebut salah sama sekali pabila lampu elok menyala bila aku test. Aku pikir mungkin pilot kipas tu tido kejap kot. Asyik pusing je kejenya je kan. Rehat la sekali sekala lapang2kan minda kan. Aku pun menghabiskan masa dengan pegi makan tengah hari.

Gambar yang diambik daripada insta aku; @ridzwanmohamed iaitu sewaktu malam (kiri) dan siang (kanan). Mungkin pakar fotografi boleh mengatakan bahawa sengaja aku off kan kipas  bagi mengambil shot ni. Tapi, percayalah, tiada apa yang diedit!

Nak dijadikan cerita agar lebih menarik lagi, kejadian tersebut berlaku pada hari Ahad. Ya. Memang hari Ahad adalah hari bekerja di Johor. TAPI, hanya kepada agensi kerajaan sahaja. Kiranya mereka yang bekerja di sektor swasta masih boleh menghabiskan masa mereka di Air Terjun Kota Tinggi atau pun Air Terjun Gunung Pulai kalau nak dekat sikit pada hari Ahad.

Gambar ini adalah daripada google bukannya daripada staff dari sektor swasta yang masih bercuti seperti yang dijelaskan dalam perenggan sebelumya.

Jadi, tindakan yang paling bijak yang boleh aku buat hari tu adalah hanya membuat report setebal 260 muka surat, UTM thesis format kepada pejabat kolej aku. Terus terang, brader yang jaga kaunter tu cakap yang memang tak boleh setel hari tu jugak atas sebab yang telah aku nyatakan dalam perenggan sebelumnya.

Sepanjang perjalanan balik aku dari pejabat kolej aku ke bilik aku tu, bermacam-macam fikiran melayang dalam kepala aku ni ibarat mencari alasan untuk mengelak disuruh berkahwin dengan gadis bukan pilihan aku. Aku tak pasti kena atau tidak perbandingan aku tu. Tapi, yang pasti aku hanya memikirkan macam mana la hidup aku dekat bilik aku tu tanpa kipas. Bagi menyedapkan sikit hati, aku pun memikirkan yang monyet2 dekat hutan pun boleh hidup tanpa kipas, inikan aku. Kemudian, aku berfikir semula yang tu monyet. Ini aku! Kan dekat sini dah kena dah tajuk dia. Memang berpanas la aku sampai ke malam. Sikit lagi aku nak terdehidrat akibat suhu yan ekstrem.


Dipendekkan cerita dengan memotong scene bagaimana aku survive di petang hari yang sama, maka aku pun join la member2 aku buat study group dekat fakulti. Memang subjek Crypto ni banyak membuat kira2. So, join je la diorang study. Sejujurnya, aku memang minat kira2 atau matematik ni. Tapi, aku tak tahu kurang mahir. Kira sama la dengan kes aku minat dengan perempuan tapi tak tahu macam mana nak mulakan (yang ni betul tak tahu!). Yang aku tau hanya membuat kira2 macam mana kehidupan selepas itu. Hehehe.

Basically, konsep Crypto ni bukanlah main paste gambar dari google kasi taruk dalam blog. Tapi ianya adalah salah satu bentuk keselamatan komputer. 


Sengaja aku acah2 study teruk malam tu supaya otak aku menjadi penat. Bila penat, maka aku akan mengantuk. Bila mengantuk, aku akan tidur. Bila aku dah tidur, aku tak akan ada masa nak pikir pasal tidur tak berkipas. Dan keputusannya, tepat. Memang senang untuk aku tido malam tu. Alhamdulillah, bangun jugak Subuh pada hari berikutnya. Disebabkan paper tu petang, jadi pagi tu aku manfaatkan dengan memulihkan otak aku yang penat akibat malam sebelum itu.

Paper aku start pukul 2.30 dan habis dalam pukul 5 macam tu. On the way balik dari bilik exam tu ke bilik aku tu, bukan main besar lagi aku punya harapan agar kipas bilik aku tu dah direpair. Kiranya balik bilik, boleh main2 dengan kipas baru la. Dia punya harapan ibarat gadis pilihan hati itu menerima aku dengan seadanya. (sengaja memasukkan elemen2 gadis).

Sebaik sahaja aku membuka pintu bilik dengan tertib dan melangkah masuk ke dalam bilik, aku dapati ada sedikit kesan habuk berwarna putih pada lantai aku. Sudah pasti bukan dalam pikiran aku membayangkan bahawa ada anaconda sedang melingkar di atas siling bilik aku yang menjadi penyebab sedikit siling tersebut pecah sebab bilik aku tu bukanlah berada di kawasan paya. Jauh sekali Amazon.

Rupanya memang tepat la antara benda yang bermain dalam kepala aku dengan realitinya; kipas sudah repair! Kira habuk2 warna putih atas lantai tu bukanlah sejenis dadah mahupun sabun serbuk jenama Fab. Ianya adalah merupakan sisa siling daripada bilik aku tu. Dia pasang kipas baru.

Tergoogle gambar ni pulak. Niatnya nak cari gambar sabun serbuk Fab.

Punya la aku appreciate kipas tu. Memang jarang aku keluar bilik lepas tu. Mujur sisa buangan dan sisa kumuhan ni tak boleh dikirim. Kalau tak, memang aku upah je dekat orang tolong buatkan sebab tak nak keluar bilik punya pasal.

Lepas tu saje la nak test kipas tu kan. Semua speed aku try. Speed 1 ibarat macam kipas di kedai mamak yang bising tu punya kelajuan. Speed 2 ibarat angin dekat tepi pantai Teluk Chempedak, Kuantan. Speed 3 pulak dah ok dah ibarat sistem penyejukan di dalam bilik server. Speed 4 pulak dia punya angin macam berada di bawah helikopter Black Hawk yang sedang mendarat dan akhir sekali speed 5 dia punya angin mampu menerbangkan sebuah kereta. Mujur aku berpaut pada pintu masa test tu. (nak abaikan perenggan ni pun takde masalah. Kira boleh skip kepada perenggan seterusnya).

Jangan kaitkan....

Kira tu je la ceritanya. Malas dah nak mengarang. Nak diikutkan takde banyak pun nilai urni dalam ni. Cuma berkisahkan tentang kipas bilik aku rosak je sebenarnye. Dah nama pun blog aku, suka hati aku la. Nak cerita teladan, pegi layan slot Akasia TV3 pukul 7 sana tu ha.




Thursday, March 3, 2016

Bukan Buang Tebiat, Tapi Ilham

Malam tadi, aku baru perabiskan sebuah buku yang bertajuk Buku Simpanan UK Aku Mai karya Shah Rukh Shahkang. Setelah menulisnya di dalam buku NILAM, (jangan percaya) terdetik di dalam hati ini seiring dengan terlintasnya dalam pemikiran, macam aku nak try jugak la tulis benda2 ni semua. Sebab dalam buku tu, kebanyakan cerita tu adalah berdasarkan pengalaman beliau (Shahkang) sepanjang beliau study di UK sana.

Terinspirasi baca buku ni. 

Yang terdetik di pemikiran aku sekarang ni, adalah aku nak jugak berkarya hasil daripada pengalaman belajar aku dekat UTM ni. Tak kisah la UTM Skudai mahupun UTM KL. Ape tak boleh ke? UTM ni pun banyak kisah dan tempat menarik. Nak lagi gempak, pengunaan kosa kata dalam setiap penceritaan tu haruslah kena bagi menambahkan gah. Sebagai contoh, boleh je nak masukkan situasi2 di Tasik UTM di petang hari walaupun hakikatnya hanya sekadar mahu membeli air 100Plus di KOOP Meranti.

Lagi satu, aku tengok bahasa yang digunakan dalam buku tu, sempoi je. Tiada unsur2 carutan yang melampau hingga boleh menjejaskan akhlak seseorang itu. Ada sasteranya. Mudah dihadam. Ibarat makan pisang atau betik. Kan memudahkan proses penghadaman.

Antara ayat favourite dalam buku ni. Kah3

Akhir kata, aku nak try jugak apa yang dibuat oleh Shahkang ni. Tapi, aku akan gunakan medium blog ini sahaja untuk berkarya. Lagi satu, seberapa kerap kemas kini blog pun bergantung kepada aku jugak memandangkan aku harus fokus kepada PSM (punca student murung) atau dikenali sebagai FYP di universiti lain. Juga bergantung kepada istiqomah aku. Kekadang awal2 je semangat.(dah macam guru besar berucap dah; kata akhir kata. Tapi tak berakhir jugak).

Thursday, January 28, 2016

Bukan Indomie. Tapi Indochina

Dalam entri kali ni, aku nak cerita sikit pasal apa yang aku dah buat minggu lepas. Nampak tak tajuk tu? Al-kisahnye, minggu lepas, aku ade la keluar kejap ke negara orang, seorang! Bukan tak nak ajak member. Tapi, ye la diorang pun ada komitmen lain kan. Nak buat macam mana…

Negara yang aku pegi tu adelah Cambodia dan Vietnam. Kira Indochina la jugak kan kedua-dua negara tu kan. Kali ni, aku nak cerita mengikut hari ye. Maksudnye, entri lain, hari lain. Satu Malaysia entri, satu hari!




19 Januari 2016-5.00 am
Aku dihantar oleh akak aku dari rumah dia menuju ke Putrajaya Sentral. Gigih bangun awal. Nak kejar ERL pukul 5.20 am punye untuk ke KLIA2. Membawak la aku backpack yag besar tu turun dari atas tu menuju ke platform tu tunggu ERL. Dah gaya macam ninja turtle dah. Bezanye, ninja turtle bawak cengkerang. Aku bawak beg.

Putrajaya Sentral…menyempat snap. Padahal ni gambar malam sebelum tu. Hehehe

19 Januari 2016-5.40 am

Syukur alhamdulillah sampai jugak KLIA2 setelah lebih kurang 20 minit perjalanan dari Putrajaya. Tak terasa sangat perjalanan masa tu sebab dok usha pramugari je dekat dalam tu. Hehehe. Kalau ikut boarding pass tu, aku kena masuk pukul 6.10 am. Rasenye sempat je lagi dengan syarat tak mengurat mana-mana pramugari dekat situ. Kan KLIA2 tu kan besar kan.
Maka dengan perasan yang teruja yang teramat, aku pun confident je pegi masuk dekat balai perlepasan antarabangsa tu tanpa tengok pun flight untuk ke Siem Reap gate berapa. Berlagak la katakan.  Muka riak je berjalan lalu dekat sky bridge KLIA2 tu kan. Siap sempat tengok kapal terbang lalu bawah lagi tu. Berjalan la lagi aku terus ke gate P dan Q. Sesampainye aku dekat area situ, baru la diri ini check flight aku tu gate berapa. Hah, dekat sini baru la aku tau KLIA tu besar ke kecik langit tu tinggi ke rendah sebab baru tau yang flight aku tu gate L bukannye P dengan Q. Ni bermakna aku kena menyeberang balik ke terminal utama tu. Dah cuak dah masa tu sebab dah pukul 6.00 am dah. Kena masuk 6.10. Dengan muka nervousnya, aku pun pegi la tanya dekat akak yang bawak buggy dekat situ. Dia pun boleh bawakkan aku ke situ. Pergh, terasa macam VIP pulak bila akak tu bawak bukan main laju lagi. Siap drift hon lagi kepada manusia yang berlenggang jalan tengah kat situ.


Masa ni masih rasa yakin dengan gate. Pasal tu boleh lengah2 dengan amek gambar ni lagi.

Bukan main berterima kasih lagi aku dekat akak tu.  Mana taknye, penyelamat aku kot. Nak selfie pun tak sempat dah. Hehehe.

19 Januari 2016-6.10 am
Lepas security check, menuju la aku ke gate L tu. Otw tu, kedengaran la pengumuman yang mengatakan waktu Subuh baru sahaja masuk. Berjalan la aku secara santai menuju ke gate tu. Sampai2 sana, aku tengok ramai jugak la manusia yang dah ambik tempat awal daripada aku. Kira2 pukul 6.50 am macam tu (ikut jadual) maka berlepas la aku dari KL menuju ke Siem Reap, Pahang Cambodia.

Sempat lagi amek gambar ni then upload ke instagram

Biasa la dalam kapal terbang bukan ade aktiviti sangat pun melainkan tidur, tidur dan ambik gambar sayap pesawat. Tapi aku tak buat sebab aku dok tengah. Buat marah orang tepi je. Hehehe. Dalam flight aku masa tu, lebih pramugara dari pramugari. Jadi, secara jujurnya, penerbangan agak sedikit hambar. Tak lama lepas tu, pramugara2 yang bertugas bagi 2 borang yang perlu diisi sebelum turun kapal terbang. Satu borang perlepasan dengan ketibaan dekat Cambodia dan satu lagi borang kastam Cambodia sekiranya ada barang untuk diisytiharkan. Oleh sebab aku cuma bawak duit sebanyak USD9,999 sikit, maka aku tak payah declare pun takpe. Sebabnye syaratnye kata matawang lebih USD10,000 baru kena declare.



Inilah antara borang yang kena isi masa dalam kapal terbang tu. Borang dia lagi simple daripada borang nak masuk Singapore.

Lebih kurang setengah jam sebelum mendarat, pilot yang bertugas ade buat pengumuman pasal maklumat cuaca, dengan masa dekat Siem Reap tu. Jadi, aku pun ubah la jam aku jadi lewat sejam dari waktu Malaysia sebab dah memang macam tu waktu dia.

19 Januari 2016-7.50 am (waktu Cambodia)

Alhamdulillah, selamat mendarat di padang sekolah lapangan terbang Siem Reap, Cambodia. Sebelum masuk dalam terminal, sempat jugak la aku selfie dekat kawasan kapal terbang tu kan. Bukan senang kot nak datang sini. Yang bestnye, bukan aku sorang yang berbuat demikian (selfie), tapi lebih kurang 60% daripada semua penumpang kapal terbang tu pun buat benda yang sama. Kira rasenye aku masih normal la ketika itu. Dah puas, baru la masuk dalam terminal untuk tindakan lanjut.

 
Menyegih habis bila dah jejak dekat airport tu. Ingat nak jadi model iklan Colgate Cambodia. Tapi takde pihak yang contact.

Mulanya, aku agak jakun jugak la bila tengok keadaan dalam terminal tu kan. Jakun tu bukan la sebab tengok imigresen dia pakai macam sami tapi sebab tengok ‘Angkor Wat mini’ kot dalam tu.  Mula2 aku beratur nak cop passport, cuma ade 2 kaunter je bukak. Makin lama aku beratur, makin banyak pulak kaunter bukak. Jilake betul. Mulanye nak pegi kaunter yang imigresennya pompuan. Tapi malas la pulak nak menapak ke sana. Lepas cop2 semua, ingatkan ade la nak check beg ke kan. Sekali takde. Terus keluar. Kalau tahu, boleh je seludup macam2. Dah keluar tu, aku tengok macam tu je airport dia. Ade la satu kedai coklat bebas cukai. Selebihnye kosong je.
Keluar2 je, aku terus pegi ke kedai simcard. Ye la, nak internet kan. Aku pun beli la simcard yang untuk data je. USD5 untuk 5.5GB data. Ok la kan. Lepas dah boleh surf internet, aku pun buat la ape yang patut kan. Tengok map, dari airport ke Angkor Wat cuma dalam 6 km je. Niat di hati ni pada mulanye, ingat nak jalan kaki je ke sana. Tapi, memikirkan beg yang aku galas ni dah berapa kilo, malas pulak.

Kelihatan dia mengerjakan phone orang lain dulu sebelum phone aku yang dikerjakannye.

Sambil2 tu, aku ade jugak google ape yang patut kan. Aku tunggu bas jugak kot ade dari airport tu untuk ke bandar. Dekat depan airport tu, memang banyak la tuk tuk, motor dengan teksi kan. Cuma aku je yang kena berhati-hati. Rupenye nak naik benda2 tu semua, tetap kena pegi dekat kaunter tak jauh dari pintu airport tu. Aku pun usha la harga dekat situ kan. Sudahnye, aku pilih motor untuk ke bandar dengan harga USD2. Kita jadik pembonceng je. Tak boleh bawak sendiri.

Tujuan aku untuk ke bandar dulu adelah untuk cari tiket ke Phnom Penh sebab dalam pikiran aku memang nak stay dekat Phnom Penh dan bukannye di Siem Reap. Puas jugak aku cakap dekat orang motor tu supaya turunkan aku dekat tempat2 yang macam agensi pelancongan yang jual tiket ke tu kan. Tapi, dia boleh bawak aku ke hostel, hotel dengan guesthouse. Agaknye mungkin dia dah fed up dengan aku, dia pegi jumpa dengan rakan seangkatannye dan berbual dalam bahasa Kemboja yang aku langsung tak paham ape biji butirnye. Silap2 kalau dia kutuk aku sekali pun, aku boleh tersenyum. Sudahnye, kawan dia tanya aku. Lepas aku jawab, dia sambung balik berbual dan akhirnye baru la dia bawak aku ke tempat yang aku cari tu. Dapat la jugak tiket untuk Phnom Penh.

19 Januari 2016-9.00 am (waktu Cambodia)
Tiket aku untuk ke Phnom Penh dalam pukul 2. Kurang2 dia kata dalam pukul 1.30 mesti kena datang situ balik. Bagi mengisi masa senggang untuk tunggu pukul 1.30 tu, aku pun suruh orang motor yang sama tu untuk bawak aku ke Angkor Wat. Dia pun setuju. Dia tanya aku nak naik motor atau tuk tuk. Mesti la aku pilih tuk tuk kan. Dah naik motor, dekat Malaysia boleh dapat. Ini dekat Cambodia, naik tuk tuk la.


Naik tuk tuk la. Hehehe


Tu la tiketnye. Nampak tak siap ade gambar. Rasenye diorang nak buat tatapan kot kalau2 rindu nanti. Kah3

Menuju la aku ke Angkor Wat. Sebelum masuk tu, memang kena beli tiket dia yang berharga USD20 (1 day pass). Nak berhari-hari pun boleh. Siap kena ambik gambar lagi untuk ditepekkan gambar kita tadi tu dekat tiket tu. Satu je nak cakap; yang jaga kaunter tiket tu, ramai yang cun. Aku ade dengar yang kalau nak masuk Angkor Wat free, datang lepas pukul 5. Tapi, dah nak gelap la cerita dia. Tengok la sendiri gambar2 dekat bawah ni.





Serius. Gila punya penat berjalan dekat sini. AKu ingat Angkor Wat ni besar macam Kellies Castle dekat Perak tu. Sekali, besar gila la. Patut la ade pass sampai berhari hari. Lepas hilangkan penat kejap, aku pun pegi la balik dekat tuk tuk tu kan. Dah naik, dia kata dia nak bawak aku ke Angkor Thom pulak. Fuh. Ade lagi angkor ni. Kira Angkor Thom tu salah satu daripada Angkor Wat ni la.



Punye la nikmat dapat benda ni…
Lebih kurang gerbang la ni….untuk masuk ke Angkor Thom
Ni la Angkor Thom…


Entah ape benda entah simbol tu…

Nampak tak siap ade muka tu?



Ni muka kepenatan…nampak tak siap lap peluh lagi tu…

19 Januari 2016-1.00 pm (waktu Cambodia)
Dapat jugak snap gambar masa ni. Lambat sikit je, ada sekumpulan sami dok bergambar dekat sini pulak

Dah lepas rehat kejap macam tu, aku dibawak balik ke bandar Siem Reap. Dihantarnye aku ke tempat yang aku beli tiket tu tadi. Pergh masa tu dah tengah hari kan. Dia punya panas…..tapi neraka lagi panas la. Memang mencari air je la keje aku. Sempat pulak aku mengajar bahasa Melayu dekat peniaga tu sebab asalnye dia yang ajar aku bahasa Kemboja. Aku balas balik ajar la bahasa Melayu. Tapi, takde la sampai tahap tatabahasa, komsas, ayat aktif pasif, penjodoh bilangan tu.

Balik semula ke bandar Siem Reap

Kira2 dalam pukul 1.45 macam tu, aku dipanggil untuk naik bas. Mula2 sekali bukan bas kot yang aku naik. Ianya merupakan sebuah van yang takde air-cond, seat tegak dan pelbagai lagi. Aku dah macam dapat bayangkan dah perjalanan 8 jam aku nanti untuk ke Phnom Penh. Dia siap singgah lagi amek2 orang. Tapi ade satu tu, lawa kot sorang awek tu. Alhamdulillah, rupenye van tu hanya bawak aku ke bus station je. Dari situ lah aku akan naik bas untuk ke Phnom Penh.
Tempat aku tunggu untuk naik bas…


Bukan bas DS Vida ye….

19 Januari 2016-2.10 pm (waktu Cambodia)
Maka dalam pukul 2.10 macam tu, bergolek la tayar bas menuju ke Phnom Penh setelah dia sumbatkan beg aku, beg orang lain dan tidak terkecuali jugak sebuah motor ke dalam ruang bagasi bas tu. Sebelum bergerak jugak, driver bas tu ade bekalkan sebotol air mineral dengan tisu lembab yang aku sangkakan chewing gum pade mulanye. Mana taknye, dah la panjang, wangi, sejuk pulak tu wet tissue tu. Aku pun tak tau la ape function wet tissue tersebut.
Keadaan dalam bas tu ok la walaupun seat yang aku dapat tu tak boleh adjust. Tegak je la jawabnye. Pemandangan sepanjang dalam perjalanan ok baik di luar atau pun di dalam sebab ade penumpang yang lawa kot. Bagi aku, Cambodian ni ramai yang lawa. Bas tu pun berhenti main ikut suka hati dia je. Yang aku ingat ade dia stop dekat satu gerai ni sebab penumpang dekat situ nak beli makanan yang rupanye saling tak tumpah macam semang lemang. Stop ambik orang pun ade jugak. Sampai la satu tempat ni ade sorang pak cik ni dia naik dan duduk sebelah aku.

Salah satu tempat perhentian dia. 4 kali jugak la berhenti kalau tak silap aku.
Sedangkan aku yang lelaki pun rasa insecure dok sebelah pak cik ni, inikan pulak kalau orang pompuan. Dia takde la tahap nak meraba ke ape kan. Tapi aku rasa pak cik ni  punya wayar ade sikit short. Sebabnye dia ni banyak membebel entah ape entah sampaikan kekadang penumpang lain pun pandang2. Sampai ade satu tempat ni, lepas bas berhenti, dia boleh rampas tempat duduk aku kan. Mulanye aku duduk deakt seat sebelah tingkap. Lepas aku naik semula bas dekat satu perhentian ni, tau2 dia dah duduk dekat seat aku tu tanpa ade rase salah. Aku pun tak kisah la. Tapi lepas tu, dia membebel lagi sorang2. Mujur tak lama lepas tu driver bas tu pasang satu movie. Walaupun aku tak paham movie tu, tapi aku just gelak je daripada aksi pelakon tu. Aku ingat kalau ade subtittle semua bawak ke Malaysia, boleh saing set2 Pee Mak jugak kot rasenye. Lawak kot.
Pasal perjalanan tu, macam2 yang aku nampak. Jalan dia bukan la jalan macam dekat Malaysia ni. Tu yang rasa bersyukur bila duduk Malaysia ni. Ade satu tempat tu, jalan dia lagi merah dan berdebu daripada Kuantan. Sampaikan driver bas tu terpaksa slow sebab tak nampak jalan akibat debu yang terhasil akibat berselisih dengan kenderaan yang bertentangan. Pasal nama tempat pulak, aku dok peghati je nama2 dia sebab kebanyakan nama tempat dekat sini bermula dengan perkataan “Kampong” macam Kampong Cham, Kampong Thom.

19 Januari 2016-10.00 pm (waktu Cambodia)
Bila tengok jam dah nak dekat pukul 10 macam tu, baru la aku nampak satu kawasan ni banyak cahaya. Rupanye betul la sangkaan aku yang aku dah pun memasuki kawasan ibu negara Cambodia, iaitu Phnom Penh. Baru la nampak maju sikit kawasan dia.
Masa mula2 masuk pinggir bandar Phnom Penh
Bas yang aku naik ni ade la berhenti tepi jalan. Aku rasa, ade lagi perhentian yang akan bas tu berhenti. Tapi, sebab dah ade orang melambai lambai ajak turun, maka aku pun turun je la. Memang betul, diorang semua melambai ajak turun bersebab; diorang semua prebet sapu cuma pakai motor. Aku mulanye memang tak nak layan sebab aku asyik menggoogle guesthouse yang terdekat daripada lokasi aku tu. Ade sorang prebet sapu ni beriya macam nak tolong sangat aku sampaikan sanggup tunggu aku habis google. Aku pun banyak kali psiko dia jugak sebab dia cakap dia cuma mintak USD1 je daripada aku sebagai upah untuk bawak naik motor.
Dia pun bawak la aku naik motor keliling sikit sebahagian bandar tu untuk menuju ke lokasi yang aku cari tu. Dia punya bawak motor sampai nyaris aku tercicir sebab laju satu hal. Lepas tu aku dengan bawak beg berat dekat belakang ni kan. Kekadang, aku agak kesian jugak tengok dia sebab bersungguh dia bawak aku untuk cari alamat yang aku bagi tu. Agaknye sebab dah putus asa sikit, dia pun tanya la rakan seangkatan dia. Lepas kawan dia ni tau yang aku ni Malaysian, dia pun suruh la bawak aku ke satu tempat ni. Aku ade ternampak sebuah restoran halal yang berbahasa Melayu dekat situ tapi dah tutup la. Kira tak jauh dari situ, dia pun bawak la aku dari satu guesthouse ke guesthouse yang lain. Sebabnye ade yang dah penuh.
Last2 dapat la aku satu bilik ni. Disebabkan rase kesian aku dekat orang yang bawak aku atas kesungguhannye bawak aku merata rata mencari guesthouse, maka aku upah la dia USD2 daripada USD1 yang dia mintak. Hehehe. Maka, berkakhir la cerita aku untuk hari ni sebabnye bila dah sampai bilik, aku dah tak keluar dah. Lagi pun, agak sunyi jugak dah kawasan situ.

 
Jadi la kan…