Showing posts with label Johor Bahru. Show all posts
Showing posts with label Johor Bahru. Show all posts

Friday, May 20, 2016

Gelang Patah, Tali Putus dan Murtabak Cheese Di Johor

Hai…Assalamulaikum. Sihat?.....Kalau tanya aku, aku akan jawab sihat. Cuma blog je yang terupdate sebab sibuk dengan PSM atau FYP ni.

Di sebalik kekalutan siapkan semua benda tu, aku cuba untuk curi jugak masa nak tulis ni. Cuba tengok tajuk tu; memang wujud satu tempat dekat Johor ni nama dia Gelang Patah. Tapi, untuk Tali Putus tu bukan la satu tempat yang baru sahaja diwartakan dekat Johor ni. Cuma ia adelah peristiwa yang berlaku dekat aku baru2 ni. Sebagaimana yang pasti, kan sekarang aku tengah belajar dekat Johor kan. Jadi, peristiwa ni memang berlaku kat Johor. Bukan dekat Gelang Patah. Saje je masukkan Gelang Patah tu.

Gelang Patah-ihsan Google

Kisahnye bermula time aku ade workshop dekat fakulti aku ni. Disebabkan meminum dalam kuantiti yang banyak pada jam2 sebelumnya, maka secara lumrahnya, pundi kencing aku akan bekerja dan hasilnya memang asyik nak terkucil je la aku. Btw, Alhamdulillah pundi kencing masih berfungsi.
Dengan keadaan yang tenang dan tidak tergopoh gapah telatahnya, aku berjalan la menuju ke tandas fakulti aku. Dekat fakulti aku ni, tandas dia ada kasta atau kelasnya yang tersendiri. Kasta yang aku maksudkan dekat sini adelah ade setengah wing atau level tandas dia superb; macam tandas airport. Ade setengah pulak, malas la nak cerita. Tak sampai taraf dan sampai hati nak cerita. Sebab tu harganya berbeza. Mengapa bayar lebih? Tandas, Trivago. 

Sebabnya…aku sendiri tak tau ape punca permasalahannya. Jadi, aku bersyukur sebab tandas yang terdekat masa tu adelah tandas yang berkasta tinggi. Kebetulan memang level paling atas pun.

Lepas je menunaikan, memang biasa la basuh tangan kan. Time basuh tangan tu la dengan secara tiba2 (macam cerita Paranormal) jam yang aku pakai dekat tangan ni terjatuh. Mujur tengah basuh tangan. Kalau sebelum tu, tengah basuh ….., tak ke terus masuk jamban. Alhamdulillah diselamatkan.

Putuih talinya....abaikan jarum dan waktu digitalnya.

Kalau nak tau, aku ni spesies manusia yang tak boleh keluar tanpa tidak memakai jam. Kirenye kalau keluar tak pakai jam, rase diri ni macam tak lengkap je. Ibaratnya pakai baju dengan boxer sahaja. Tak tenang rasenye. Tanpa fokus sepenuhnya dalam workshop yang aku datang tu, aku terus whatsapp dekat group bebudak lelaki kelas aku tanya dekat mana kedai jam yang terdekat area UTM ni. Aku tak nak pegi AEON Taman U sebab boikot dia memang tak buat jam jenama yang aku pakai tu. Aku tau la sebab aku pernah tanya.
Arduino workshop.....

Setelah berbelas-belas chat yang masuk yang hampir semuanya menjawab persoalan aku, aku jawab terima kasih dekat diorang semua. Bernas semua idea mereka. Lepas daripada tu, baru la aku kembali fokus dekat workshop tu.
Workshop tu habis lebih kurang dalam pukul 4.30. Jadi, lepas solat Asar, aku pun memulakan misi aku untuk cari kedai jam tu. Disebabkan pukul 5 baru nak gerak, naluri aku ini berat mengatakan bahawa jalan jam. Orang balik kerja kan. Bezanya JB tak la jam seteruk KL. Berbalik semula kepada cadangan2 bernas member aku tu, aku try je pegi Angsana. Sebabnya situ macam banyak choice banding dengan tempat2 lain seperti dicadangkan.



Ang sana, cheq sini noh. Ok, takde ape pun nak cerita. Melihatkan jam yang baru direpair menunjukkan baru pukul 6, aku berpikir untuk ke tempat lain dulu sebelum balik. Dan hasilnya, terlintas dekat kepala otak aku ni untuk ke kedai murtabak cheese yang glamour dekat JB ni. Bila digoogle, waktu urusan kedai tu sampai pukul 7 je. Jadi, aku hanya ada masa kurang daripada 60 minit untuk ke situ.

Jadi, berkejar la aku ke situ dan berdepan dengan beberapa halangan sebelum keluar dari Angsana tu. Yang pertama adelah aku tak jumpa autopay yang terdekat dengan tempat aku parking. Nak tak nak, pergi la tempat yang jauh sikit. Dah basah sikit dah ketiak berjalan kencang punya pasal. Dah bayar, satu lagi masalah muncul; tak jumpa jalan nak keluar. Kisahnya aku parking dekat dalam, tingkat atas. Jadi, budak tadika punya logik sekali pun, nak keluar, kena la turun kan. Dekat wing yang aku parking tu, tak boleh nak turun sebab tengah renovate. Jalan penyelesaiannya adelah kena naik makin tinggi lepas turun dekat wing lain. Kejadah betul. Dengan follow belakang kereta yang ….. lagi. Aku risau satu je; tiket yang aku bayar tu dah habis tempoh masa dia. Bila sampai dekat gate nak keluar tu, berdebar jugak la. Jangan la sampai kena reverse balik kan. Dah la terkejar nak ke Murtabak Cheese. Alhamdulillah. Lepas.


Daripada google tu, aku terus guna function “direction” yang ade dekat situ. Follow je la ape pompuan tu kata. Belok kanan, aku belok kanan. Disuruh terus, aku terus. Akhirnya, sampai la aku di Kampung Kurnia. Memang besar betul nikmat kurniaan-Nya pada masa tu.

Guna direction daripada situ je

Bila dah masuk kedai tu, memula tercangak-cangak aku dibuatnya sebab masa tu dah lambat kan. Memang ade customer lain. Tetiba je ade sorang brader ni baru sampai. Kira aku ikut je ‘procedure’ brader tu. Hehehe. Rupenya, betul la banyak murtabak dah habis dah time tu. Yang ade pun untuk di bawak balik. Kira dia cuma akan panaskan murtabak yang dah berbungkus tu. Tak kisah la. Asal dapat.



Walaupun cuma dipanaskan, tapi rase dia superb woo. Kebetulan masa aku tengah makan, ade customer baru yang sampai dok sebelah meja aku. Aku pulak masa tu tengah tarik cheese dia kan. Zalimkah aku ketika itu? Aku rase tidak sebab dia pun mungkin akan buat benda yang sama. Dah cheese dia memang macam tu; macam pizza bila ditarik. Terbaik la. Lepas tu, aku saje je bakar line dekat group whatsapp membe2 aku tu. Hantar gambar dengan location. Terus ade yang mintak tolong tapaukan. Ye la, tolong la diorang.

Begitu la cerita Gelang Patah, Tali Putus dan Murtabak Cheese di Johor walaupun Gelang Patah tidak ade mengena kena dengan cerita ini. Kesian. Sekian.

Amacam? Meleleh tak? 

Tuesday, April 14, 2015

Lari Dari Malaysia Kejap (Part 1)

Bace tajuk dekat atas tu. "Lari" dalam entri ni adelah merujuk kepada keluar ye. Bukan la bermaksud aku pegi masuk acara marathon lari keluar dari Malaysia atau berjoging keluar dari Malaysia atau seumpamanye.

Pedulikkan pasal tajuk tu. Sekarang ni, entri adelah berkenaan pasal aktiviti yang aku dah buat mase cuti mid-sem aku minggu lepas. Untuk makluman, masa cuti sem tu, aku telah pun ke Krabi, Thailand. Mesti ade antara korang yang berasa jelik dengan aku sebab baru ke Krabi dah tulis masuk blog bagai. Tapi, aku kisah ape; blog aku kan.

Nah intro dulu. Tu belakang ikon Krabi tau

Kisahnye begini. Aku dah lame dah ade hati nak ke Krabi ni. Cuma belum ade kemampuan baik dari segi masa, dan ekonominye...(paham2 la ye). Alhamdulillah, akhirnye diberi kesempatan jugak aku ke sana.

Kenapa Krabi? Jawapan die, 1st sebab aku agak jeles dengan akak aku yang dah ke sane (hasad dengki sungguh). 2nd, kalau ikut rule dalam satu Group Facebook ni, "tak backpacker la kalau tak ke Krabi." Walaupun sejujurnye aku tak bersetuju dengan statement ni, tapi jauh di sudut hati aku ni nak menyahut cabaran tu.

Ni haa...aku dengan member aku. Mase ni die baru sampai. Aku lame dah sampai

Maka pada hari2 awal pelaksanaan GST yang jatuh pada cuti mid-sem aku tu bermulalah kembara aku tu. Dalam kisah aku ni, ade 2 watak utama orang la kirenye nak ke sana. However (poyo cakap omputih), kami pergi ke Krabi dengan cara yang berbeza; aku pegi style backpacker (korang nilaikan la sendiri backpacker ke tidak lepas habis bace semua entri ni) manakala member aku, Amir pegi ke sane dengan cara bawak moto. Die bawak moto pasal die terasa nak realisasikan impian die macam dalam citer Bikers Kental. Ikut kate die, die ulang 40 kali tengok citer Bikers Kental tu (punye la semangat). Nak lagi best, kalau dalam citer tu, diorang berkonvoi kan. Tapi member aku ni ride sensorang pasal katenye senang nak bawak awek Thailand sorang mase balik nanti.

Sebab blog aku, maka aku citer pasal aku je la ye. 

Kisahnye bermula pade hari Khamis, 2 April 2015. Mase ni kirenye aku start balik la daripade UTM. Kire member aku Amir ni la yang tolong hantarkan aku ke Larkin Sentral memandangkan Hentian Sri Putri dah tutup berkuatkuasa 1 April 2015. Tapi die hantar aku naik kereta la sebab ade orang lain yang turut same nak ke Larkin tu.


Aku terase perjalanan JB-KL sangat la lame pade hari tersebut. Bayang la, bas aku pukul 3. Sampai TBS pukul 8. 5 jam gitu gara2 jem dekat Yong Peng. Lepas solat semua dekat TBS, aku pun terus gerak ke Pudu Sentral sebab nak cari tiket ke Hat Yai.

Biasenye kalau JB-KL aku akan naik bas KKKL. Ni kire luar biase la naik Konsortium pasal KKKL nak ke KL banyak dah habis aritu


Sampai2 Pudu, memang 'ramah' sangat la penjual2 tiket kat sane. Belum sempat aku nak bukak mulut, diorang dah bukak mulut dulu. Tapi, tak kisah la memang diorang betul2 tolong. Memulanye, aku jual mahal jugak konon2 tak nak layan diorang semua ni kan. Last2 rujuk diorang jugak pasal agak banyak jugak bas untuk ke Hat Yai pade 3 aribulan dah habis. So, diorang ni la yang tolong bawakkan aku pusing satu level kaunter jual tiket tu. Sesambil tu, diorang tolong deal kan jugak la.


Serius memang banyak dah habis. KKKL, Transnasional, Konsortium semua habis. Masa sampai dekat kaunter Transnasional tu, aku nak sengih dah pasal akak yang jage kaunter tu kate tiket ade dengan harga die cuma RM55. Tau2 hampa pasal akak tu salah tengok.

Aku dah nekad dah mase tu yang nak call member aku Si Amir ni yang terpaksa tangguhkan sehari daripada tarikh asal kan. Last2 brader yang aku jual mahal dulu tu dapat carikan tiket untuk aku. Lain kali, jangan nak jual mahal sangat. Aku jugak yang dapat tiket mahal, RM70. Bas Alisan. Tak kisah la. Janji ade.

TAPI (saje besarkan huruf), lepas aku belek balik tiket tu, aku tengok tarikh die bukan untuk hari Jumaat, sebaliknye untuk hari Khamis means malam tu jugak. Aku dah pikir dah mungkin bukan rezeki aku dah mase tu. Hasil budi bicara brader tu jugak, akhirnye die kate yang akak yang jage kaunter tu yang salah print. Die main potong je la butiran yang salah tu. Tapi siap ade sign die sekali la dekat setiap salah yang die potong tu.

Kan dah berconteng-conteng tiket aku tu

Lepas tu, aku pun balik la ke rumah dengan naik LRT ke Ampang. Macam biasa. Plan asalnye dari UTM memang nak stay dekat rumah dulu. Lepas tu baru la gerak ke Krabi.


Begitu la kisahnye untuk entri Part 1 ni. Perjalanan yang sebenarnye bermula dalam part yang seterusnye. Nak tau, nantikanlah Part yang seterusnye pasal aku memang cerita day by day. Ok?

Yang korang bace sekarang ni adelah Part 1.
Untuk Part 2, boleh bace dekat sini.
Rase tak puas? Bace Part 3 dekat sini pulak.

Sunday, January 4, 2015

Lampu, Lampu Dan Lampu

Baru2 ni, sebaik sahaja aku menamatkan first paper aku, aku dan beberapa member aku yang terdiri daripada Senah, Bedah dan Samad  bebudak kelas aku ni pegi la Chicken Chop Hutan Bandar. Usah nak bedaah kalau orang JB tak tau dekat mane Hutan Bandar ni.


Ape yang istimewanye pasal Hutan Bandar ni la bagi aku adelah hargenye. Mane nak dapat chicken chop dengan harge 5 hengget selain dalam kawasan IPTA dekat kawasan metropolitan macam JB ni? Hehehehe.
Ni la contoh chicken chop hutan bandar tu- Gambar Google je

Tapi, hakikatnye dalam entri kali ni bukan la pasal chicken chop yang aku nak ceritakan. Tapi saje nak sharekan aktiviti kitorang lepas membaham menikmati chicken chop malam tu.

Lepas daripada makan tu, kitorang pegi la ke Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) sebab nak dapatkan tender angkat sampah daripadanye. Eh tak la, sebenarnye tujuan kiotorang ke sane adelah untuk menikmati keindahan lampu2nye yang ala2 macam dekat ikan celup tepung ICT dekat Shah Alam sane tu ha.

Dengan rase malas nak menaip lagi, korang tengok je la gambar2 dekat bawah ni.










Btw, maaf la pasal terlebih pulak gambar selfie. Aku tidak la bertanggungjawab sekiranye ade yang berase kurang senang atau berase mual atau terus muntah2 atas sebab melihat gambar2 selpie aku tersebut. Wakaka.









Lepas daripada pegi sane, kitorang pegi pulak Istana Bukit Serene pasal nak tengok pulak crown seperti gambar di bawah. Malangnye, bile sampai kat sane, bateri Go Pro member aku ni habis, bateri phone tinggal 5% yang mane camera dah takde function bile dah sampai tahap ni. Bateri phone member2 aku yang lain pun dah tinggal sikit gara2 asyik nak buat time lapse je. Last2 kitorang berbual je dengan brader Askar Timbalan Setia Negeri Johor atau JMF yang kebetulan ade kat sane. Dapat la jugak input serba sedikit pasal bende semua ni.





Nah la, aku belanja sikit gambar member2 aku ni. Berminat? PM saya ok.



Tuesday, December 30, 2014

Kerana Phone Aku Relakan

Tajuk entri ni takde mengena kena dengan tajuk citer ni ye... - Gambo Google!

Jam menunjukkan pukul 9.13 am waktu Malaysia. Pada detik inilah aku meninggalkan rumah untuk menuju ke TBS untuk pulang ke JB pada 28 Disember yang lalu memandangkan bas aku pukul 10 am. Aku berani gerak lambat sikit dari rumah aku sebab mengikut perkiraan aku, dengan menggunakan highway baru dari Pandan Indah tu, aku boleh sampai ke TBS dari rumah dalam lebih kurang 20 minit. Jadi, aku kira pukul 9.13 tu adelah waktu yang ideal untuk aku gerak.

Jadi, aku pun bergerak la memulakan perjalanan dengan tenangnya sehinggalah sampai di suatu lokasi yang jaraknya kira2 500 meter dari tol Loke Yew. Di sinilah bermulanye perosak hari aku hari tu. Mane taknye, phone aku tertinggal!

Haa...kat sini la. - Pun gambo Google

Akak aku dah mengofferkan dirinye untuk pos je phone aku tu. Tapi aku memang tak setuju pasal kalau aku takde phone, maknenye memang tinggi la risiko untuk aku tak datang exam pasal takde alarm untuk kejutkan aku. Maklumla, duduk sorang kan; takde roomate nak kejutkan. Nombor member2 semua dalam phone. Satu pun aku tak ingat.

Nak tak nak, teruskan je la perjalanan ke TBS sebab nak buat Plan B; cari tiket baru. Kalau ade rezeki, try la jual tiket lame aku tu kan. Setibanya, aku dekat TBS, aku dengan akak aku tergamam kejap gara2 ramai gila manusia dekat TBS mase tu. Dalam hati aku harap yang ramai2 ni pergi la tempat lain. Jangan same ke JB dah la. Takut takde tiket.


Turun2 dari kereta, memang tempat pertama aku tuju adelah kaunter bas KKKL memandagkan aku memang biase dah naik KKKL ni. Untuk makluman, kaunter KKKL ni terasing sikit daripada kaunter yang banyak2 tu. Die belah2 belakang sikit sebelah 7-Eleven. Sampai je kaunter tu, aku terus tanye ade tiket ke JB tak hari ni sambil buat muka mengharap. Brader yang jaga kaunter tu cakap ade tapi pukul 9 malam ni la. Aku teruskan usaha aku dengan tanya kaunter sebelah pulak; Mayang Sari kalau tak silap. Lagi hampa; terus takde untuk haritu. Aku tengok kaunter lain, semua tengah beratur panjang. Malas pulak aku nak beratur. Kot2 takde, tak ke sia2.

Bas peberet aku ketika ini - Google jugak

Kaunter yang bersepadu tu tak payah nak cakap la die punye panjang macam mane. Aku try tengok dekat mesin automatik tu. Pendek sikit la. Dalam hati aku kate ade la harapan sikit. Aku pun mula la beratur nak beli tiket daripada mesin tu.

Aku perati je orang depan aku ni beli tiket. Terkial-kial aku tengok. Bole pulak die cari JB dekat central region. Sampai 7-Eleven tutup pun takkan jumpe JB dekat wilayah tengah kalau gitu. Tapi, aku masih berfikiran positif; bukan rakyat Malaysia agaknye. Last2 aku konon2 mengofferkan diri aku untuk tolong die. Aku pun cakap la yang pun memang nak ke JB. Lepas tu die berjaya la dapat ke page nak beli tiket tu kan. Aku baru la ingat nak kirim sekali aku punye tiket dekat orang depan tu sebab memang nak ke tempat yang same kan. Sekali tak boleh. Sebab memang kene sorang2 sebab nak kena masukkan IC, no tepon bagai dekat tiket tu. Die lepas. Kawan die pun lepas sebab just repeat je step yang aku tunjukkan tadi.

Maka burn kan saje tiket ni. Nampak tak, siap tak koyak lagi tu

Sekarang sampai giliran aku dekat depan mesin tu. Tekan punye tekan, terus ade problem; server down! Serius shit. Dalam 5 kali jugak la aku try sambil sengih dekat orang yang queue belakang aku ni dengan niat die paham la. Lepas tu, aku perati je mesin tu sebab aku tak pulak nampak lubang nak pulangkan baki. Yang aku nampak lubang nak amek tiket, lubang nak masukkan duit, dengan lubang dengan lubang nak keluarkan duit kalau duit tak terima. Bukan ape, aku memang takde duit pecah time tu. Yang 2 orang depan aku tadi memang bayar ngam2. Kire takde baki la. Aku pikir kalau aku dapat tiket pun tak gune jugak kalau die tak terima duit aku tu kan. Aku nekad kalau problem lagi mesin tu, aku chow la, Nak pecahkan duit. Memang sah. Problem lagi. Jadi, aku memang cabut dari situ sambil senyum dekat orang belakang aku tadi bagi memberi galakan dan sokongan moral kepadenye agar die berjaya menggunakan mesin tu.

Sah2 la gambar Google ni  pasal aku bawak phone nak snap gambar; contoh mesin tu

Mase tu memang aku langsung tak rase lapar atau haus. Jadi, memang tak bernafsu la nak beli makanan ni kan. Last2, aku masuk kedai KK beli paper Kosmo yang hargenye seringgit tapi bayar guna 50. Dasyat tak aku punye pedajal gara2 nak pecahkan duit. Aku mintak maaf la dekat cashier tu dengan mengatekan aku memang takde duit kecik dah. Paling kecik pun 50 sen. Siap tunjuk lagi 50 sen tu. Cashier tu pun geleng kepale je dengan aku. Pedulik hape aku. Sengih je la yang mampu aku buat dekat die.

Lepas tu, aku sambung la kembali mission aku tu. Aku tengok macam takde perubahan pun die punye panjang beratur dekat kaunter tu. Aku pun kembali la ke mesin automatik tu. Kali ni, mesin sebelah mesin yang tadi tu. Kali ni jugak aku beratur belakang pompuan omputih yang aku kire tingginye dalam 180++cm kot. Hasilnye, tetap same. Problem jugak.
Kosmo.... - Gambar aku sendiri pada tarikh tersebut

Last2 aku akur, aku beratur la jugak join yang panjang2 tu. Yang memelikkan aku, memang tak bergerak langsung. Dah aku pikir takkan lame sangat mase untuk serve sorang customer. Lepas tu, aku ternampak la yang akak jage kaunter tu letak sign yang mengatakan memang ade problem pade server pade ketika itu. Garu kepala je la aku walaupun tak berape nak gatal. Bole kate habis suku la aku bace paper Kosmo yang aku beli dengan bayar 50 tadi tu. Sambil2 tu, aku berbual la jugak dengan brader yang queue belakang aku tu. Die nak belikan tiket untuk adik die untuk balik ke Jerteh. Dalam pade berbual tu, datang la adik die; pompuan, manis orangnye; lebih kurang sebaya aku kot takpun muda lagi dari aku. Orang Terengganu kan. Lagi la bertambah rancak aku berbual dengan brader tu. Wakaka. Citer pasal banjir la, ape la.

Kini TBS menyediakan tiket untuk laluan ke Pantai Timur - Google lagi

Kini, sampai la giliran aku depan kaunter tu. Aku mintak tiket dalam tengah hari sikit. Akak jage kaunter tu pun prefer kan aku bas pukul 1.30. Aku ok je. Tengah2 dalam proses tu, tetiba je berlaku lagi satu masalah. Entah kenape je komputer dekat kaunter tu je yang tak dapat connect ke server tu. Aku tengok kiri kanan lancar je. Sementara nak fix kan balik komputer tu, bas pukul 1.30 dah habis. Die naikkan balik pukul 2.00. Pun same. Last2 dapat pukul 2.15. Aku tak kire, aku nak jugak balik pasal aku dah start final keesokan harinye yakni 29 Disember.

Tengah2 menungu tu, aku rase bahu aku kene cuit dari belakang. Rupe2nye mak aku turun dari kereta jugak sebab nak cari aku sambil nak bagi phone die kalau ade ape2 pasal lame gile kot beratur tu. Aku rase adelah dalam sejam aku beratur tu. Maklum la, phone sendiri tak bawak.



Tak kisah la bas ape pun. Alhamdulillah selamat sampai


Bagi aku la, jangan dibuat lagi hal macam ni. Gara2 phone, habis huru hara hari aku. Lepas tu teruk la kene bahan dengan mak aku. Dah lupa macam2 ni. Hehehehe.


Di kesempatan ni jugak, aku berharap agar kita semua sebagai rakyat Malaysia supaya sama mendoakan kesejahteraan kepada negara kita ni agar dijauhkan dengan segala bala bencana, malapetaka dan juga mendoakan kepada mereka yang sedang menghadapi saat2 kesusahan pada ketika ini.

Tuesday, November 18, 2014

Masuk Negara Orang; Seorang!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera hendaknye pade yang membaca blog ini. Pade yang tak nak bace tu sila la ke tempat lain ye. Tak paksa suruh bace pun.

Rasenye dah setengah abad dah blog ni tak berupdate. Hehehe. Bukan ape, malas sebenarnye. Pengakuan ikhlas ni tau. Tujuan update blog ni pun sebenarnye nak ceritakan la sikit pasal ape yang aku dah buat seperti yang tertera pade tajuk tersebut.

Nah. Sebelum baca, aku belanja dulu. Hehehe

Negara yang aku maksudkan tersebut adelah dekat je….Singapore atau dalam melayunye Singapura. Al-kisahnye, sebenarnye sepanjang 21 tahun, 11 bulan, seminggu (waktu entri ni ditulis) aku tak pernah ke luar negara. Sadis tak bunyiknye? Orang lain sebaya aku dah merata dah jalan. Aku baru Singapore dah kecoh masuk blog. Ye dak? Tapi ape aku pedulik? Blog aku kan! Singapore pun Singapore la kan. Janji luar negara; kena ade passport nak masuk ke sana.

Merilekkan diri sambil perati je makhluk singa kacuk duyung tersebut. Tu yang julur kaki ni.

Kisahnye bermula pada 13 November yang lalu iaitu pade hari Khamis. Hasil penyelidikan (google) lebih kurang seminggu je, maka berjalan la aku punye projek.

Hari Khamis tu aku jalankan kehidupan seharian aku seperti biasa seperti tiada apa yang istimewa yang akan berlaku pada hari itu. Pagi tu dari pukul 8 sampai 10, aku ade kelas. So, aku datang je la kelas tu. Yang luar biase sikit aku cuma makan sebelum pegi kelas. Kalau tak mane maunye aku makan pepagi. Tu je.


Belanja lagi. Pemurah pulak rasenye

Abis kelas dalam pukul 10 camtu, maka bermula la projek aku di mana lepas bersiap-siap dekat bilik, aku pun menempah la teksi untuk ke Sri Putri. Kalau biase nak ke Sri Putri, aku akan mintak tolong kawan yang tolong hantarkan. Tapi dalam kes kali ni, sengaja aku naik teksi supaya tak melibatkan sesape melainkan aku sorang dalam hal ni. Kire projek rahsia la ni. Tambah tolak tunggu teksi, siap2 dekat bilik pukul 11 sampai la aku dekat Sri Putri untuk menunggu bas ke Larkin pulak.



Ni adelah gambar curi sewaktu aku tunggu bas dekat Sri Putri tu. Btw, tanye la student UTM. Tak UTM kalau tak tau Sri Putri ni tau




Ni saje snap gambar mase bas tengah berhenti ambik penumpang

Dalam pukul 11.10 gitu, bas yang ditunggu pun sampai. Maka dengan tambang RM2.70, ke Larkin la aku. Setibanya aku dekat Larkin, benda yang aku buat selepas isi perut lagi adelah tukar duit Malaysia ke duit Singapore. Name pun kedekut bajet, maka aku cuma tukar RM120 je. Dapat la dalam $46. Berbekalkan $46 je ke Singapore. Maklum la bukan nak shopping ape pun. Just nak berjalan je.


Dekat sini la aku tukar baju duit Malaysia ke Singapore

Ni keadaan dalam bas SBS Transit tu. Nak snap gambar bebanyak macam segan pulak. Ditambah pulak dengan keadaan dalam bas tu yang kurang stabil. Ade mau jugak aku tergolek gara2 nak snap sangat gambar

Dari Larkin tu, aku ambik bas SBS Transit yang bernombor 170. Bas tu memang dari Larkin ke MRT Kranji, Singapore. Tambang die cuma RM2.10 je. Besar dan jelas die tulis “170” kat depan die. Plate number die plate Singapore la. So, tak payah la ikut spec plate Malaysia rasenye. Dengan tiket RM2.10 tu, jangan la dibuang pulak walaupun buruk rupe tiket tu sebab kite akan 2 kali turun dari bas tu untuk urusan imigresen Malaysia (CIQ Bangunan Sultan Iskandar) dengan Singapore (Woodlands Checkpoint). Walaupun kebarangkalian untuk dapat naik bas yang kite naik sebelum ni kurang, tapi as long ade tiket tu, cari la bas yang bernombor “170” tu tadi. Macam aku tak dapat bas yang same berdasarkan driver die tadi. Mase dekat Larkin, driver India. Lepas Woodlands checkpoint tu, alih2 dah tukar driver. Ingat bas SBS Transit tau. Dah jangan ngada2 tiket SBS Transit nak try naik bas Causeway pulak.
Yang kuning tu bas Skudai (Sri Putri)-Larkin. Pergi balik la. Yang kecik tu Larkin-Kranji. Tinggal yang tu je. Yang lagi satu entah hilang ke mane entah. 



Ni gambar dekat CIQ tu. Mase nak naik bas lepas dah check passport dekat imigresen Malaysia

Dekat CIQ Bangunan Sultan Iskandar tu takde ape sangat la. Cuma bagi passport dekat pegawai imigresen tu dan lemparkanlah senyuman dekat die pasal senyum tu kan sedekah. Lepas tu, naik la bas menuju ke Singapore melalui Tambak Johor. Serius, aku macam tak percaye yang aku dah ke seberang dah (poyo). Bile pandang belakang, bandar Johor Bahru pulak yang ade kat seberang.



Ni semua gambar atas Tambak Johor ye. Syukur tak jem!


Setibanya dekat Woodlands Checkpoint tu, bende 1st yang kena buat adelah kene isi borang. Disebabkan aku dah menjalankan sedikit research aku di google, so memang aku dah standby dah bawak pen siap2. Memang membantu pun pasal sebatang pen pun tak disediakan untuk isi borang tu. Lepas siap isi borang tu, maka bawak la diri ini ke kaunter passport imigresen sane. Dekat sini la aku dipsiko sikit oleh imigresen tersebut:

            Imigresen: Nak pegi mane?

            Aku: Pegi Singapore la bang (Jawab aku dengan confidentnye)

            Imigresen: Ye la, ke mane?

            Aku: Merlion Park. (Tak pasti pronunciation  aku betul ke tidak. Belasah je. Asal ade bunyik                         kan)

            Imigresen: Hah, kat mane tu? (Sambil mengerutkan dahinye buat2 macam tak tau)

            Aku: Kat dalam sane la bang (Jawab aku sambil tunjuk ke arah berlawanan dengan arah                               Malaysia. Hehehehe)

            Imigresen: (Diam, membisu, sambil buat macam tak tau lagi. Mengetatkan lagi mukanya                                       sambil masukkan passport aku dalam scanner tu)

            Aku: Ala bang….tempat singa keluar air tu bang. Lagi ni pun 1st time saye datang Singapore                         bang. Tengok passport saya. Kosong lagi kan.

            Imigresen: (Baru muka nak senyum) Sorang je ke?

            Aku: Aah. Sorang je bang. Nak explore (Jawab aku dengan satu nada)

            Imigresen: Berape lame?

            Aku: Sehari je. Petang malam sikit saya balik la.

            Imigresen: Ok (Sambil tick, koyakkan sikit borang yang aku isi tadi; satu die simpan satu lagi                                 die selitkan dalam passport. Cop passport, terus bagi aku)

            Aku: Terima kasih. (Sambil tengok die baru nak senyum)

Yang terkepit dalam passport tu la borang yang kena isi sebelum masuk Singapore ye. Sekali pandang rupe bentuk fizikal borang tak ubah macam borang nak keluarkan duit BSN. Haa yang belah kanan tu pen aku tu yang nak genapkan mase membeli guna baucar buku dulu tu. 

Tu satu hal. Lagi satu hal lepas dah check ala2 dekat airport (scan bag,  scan badan), aku pun turun la ke escalator nak ke tempat bas tadi. On the way turun tu, memang langsung aku tak nampak sebijik pun bas melainkan sebelah sane; sebelah pagar belah berlawanan. Maka, aku pun pegi la cari jalan untuk ke sane. Setibanya aku di sane, baru la aku tau yang aku salah masuk; kire aku masuk balik pintu untuk balik ke Malaysia. Lepas tu aku dah blank la nak buat camne kan. Mujur ade sorang pegawai kastam kot tanya aku nak ke mane. Lepas tu aku explain la kan. Dalam BI la aku explain memandangkan die pun speaking dengan aku (ape ingat aku tak pandai speaking ke?). Rupenye bukan aku sorang; ade lagi 3 orang yang serupa macam aku salah masuk pintu. Dah la kena escort nak ke pintu yang sepatutnye. Kena check ala2 airport sekali lagi la. Sampaikan kastam yang jage tadi pun pelik yang die dah perasan dah aku kene check tadi. Tetibe je ade sorang kastam kat situ kononnye cakap ala2 Pahang, “aok nak ke mane?”. Aku senyum je la sambil mungkin die ade sedara mara kat Pahang kot. Orang yang escort aku tadi pun cakap lepas turun escalator tu, u-turn. Baru aku tau. Mane la aku tau kene u-turn.





Dekat sini la line celcom terus hilang dan roaming pun bermula la di sini

Sebab tu la aku tak dapat naik bas yang sama dari Larkin tadi atas sebab2 tersebut la. Tapi, ape aku kesah. As long ade tiket tu, naik la bas 170 tu. Dalam bas tu, aku perati je screen phone aku tu. Dekat Woodlands, line celcom full lagi. Tapi makin ke dalam, makin kurang la barnye. Setibenye dekat MRT Kranji, terus line celcom tu hilang begitu sahaja. Maka, dengan ilmu research aku di google, aku pun memulakanlah roaming phone aku tu. Disebabkan aku gune, celcom, maka partnernye di Singapore adelah M1. Bende 1st yang aku buat bile dah roaming adelah aku subscribe internet. Ikutla ade RM38/sehari, RM10/3 jam, RM6/sejam. Semua unlimited. Aku pilih yang RM10 tu je. Urus niaga dalam Ringgit Malaysia tau bukannye Dollar Singapore. Boleh la aku check-in dekat MRT Kranji tu.


Ni keadaan dalam MRT tu. Lebih kurang same je dengan LRT Malaysia. 



Haaa yang ni saje aku snap on the way dalam MRT tu. Maklum la lebih kurang 45 minit dalam tu....

Dari Kranji, aku ke Bugis sebab aku nak ke Masjid Sultan. Dengan harga tiket MRT $2.50, maka ke Bugis la aku. Aku naik je ke platform stesen tu, MRT tu pun sampai. Bile dalam MRT tu la projek aku ni terbongkar bile ade member aku komen dekat check-in aku dekat Kranji tadi. Tak kisah la kan. Agak lame jugak la aku dari Kranji tu nak ke Bugis. Siap kene tukar dekat City Hall pulak. Memang kena tahan iman je aku dalam tren tu pasal ade awek ni boleh pulak diri sebelah aku, main2 die punye rambut pulak kan. Agak seksi jugak la dari pandangan aku. Huhuhu. Mujur die turun awal atau sebenarnye die merajuk sebab aku tak layan die entah la kan.



Ni gambar tiket MRT tu. Sekali beli dekat mesin tu je. Nak pegi lain2 tempat just bayar kire macam topup je la nilai dekat dalam tu.

Dari Bugis tu, naik la aku ke tanah pasal stesen die bawah tanah untuk mencari Masjid Sultan tu. Berpandukan signboard yang ade dekat tepi jalan tu, aku ikut je la. Memula macam nak hilang arah jugak sampai la aku nampak signboard Arab Street dan tak lame lepas tu aku nampak kubah masjid tu.


Nak hilangkan peluh sebelum ambil wuduk, aku pun sempat la call mak aku sambil suruh die teka aku kat mane kan. Memula die jawab aku dekat Legoland. Lepas tu die surrender. Aku cakap la aku dekat Singapore dan paling best SORANG2. Takde teman, kawan mahupun kekasih yang ikut aku ke Singapore ni. Mak aku cakap, elok2 la jalan sane. Jangan tak lepas balik dah la dengan nada gurau la. Lepas solat semua, aku pun pegi la kedai2 belakang dekat situ. Memang ade kedai Melayu dekat situ. Aku rase sah2 la halal sebab dekat dengan masjid cuma aku rase mahal la sikit kot. Tu sebab aku dah alas perut  aku siap2 lagi sejak dari fakulti aku pagi tu. Last2 aku cuma beli air mineral je yang berharga $1.30. Ade air kelapa. Harga die $3 je. Kelapa Johor pak cik tu cakap. Lepas minum air, berinstagram kejap, maka bergerak la aku meninggalkan  Masjid Sultan tu untuk menuju ke Merlion Park.




Ni la die Masjid Sultan

Kirenye dari masjid tu aku pun patah balik ke Bugis untuk ke Raffles iaitu stesen MRT yang terdekat kot aku kire untuk ke Merlion Park tu. Aku tak ingat tambang dari Bugis tu ke Raffles. Dalam $1.40 kot kalau tak silap. Keluar je dari MRT tu, aku terpegun jugak la tengok keadaan  stesen MRT Raffles tu sebab ade 2 tingkat bawah tanah stesen tu disebabkan stesen tu adelah intersection stesen. Ala kire macam stesen Masjid Jamek dekat KL la kan. Bezanye Masjid Jamek satu atas tanah, satu bawah tanah. Tapi yang ni dua2 bawah tanah. Susah benar, pegi la tengok sendiri.



Ni aku snap on the way jalan dari Masjid Sultan tu ke Bugis Station. Sambil minum air....

Keluar2 je dari tanah dekat Raffles tu, sekali lagi aku terpegun bile aku dikelilingi oleh hutan2 batu. Aku pun keluarkan phone, snap gambar la kan. Pedulik ape aku ape orang nak kate. Pastikan ingat dekat mane kite keluar dari tanah tu sebab memang takde gaya stesen MRT pun tempat die pasal atas die terus Standard Chartered Bank. Bile aku jalan depan sikit, maka tersergam indah la bangunan yang diberi nama Marina Bay Sands. Dari situ, aku perati jugak mane la tempat singa keluar air tu kan. Sungai nampak dah, Marina Bay Sands nampak dah. Cuma singa yang tak nampak lagi.
Puas jugak aku melilau dekat situ disebabkan takde signboard atau aku yang tak nampak kan. Nak melintas sebarang macam dekat KL mane boleh. Teringat aku dekat Harith Iskander dalam Lawak Ke Der yang cakap pasal Malaysian dekat Singapore tu. Maknanye memang aku melintas hanya dekat zebra crossing dan tunggu traffic light hijau je la kalau ade traffic light. Lagi satu yang aku sikit kagum dengan driver dekat sane adelah walaupun aku baru berdiri dekat tepi zebra crossing dekat situ, diorang dah berhentikan kereta masing2 bagi laluan untuk aku melintas. Errr.... Malaysia?

Sejujurnye, kalau dekat KL, memang aku melintas ikut suka hati je la kan. Tapi dekat sini, terpaksa la aku ke zebra cross macam dalam gambar ni untuk melintas

Sewaktu keluar dari Raffles Station tu

Ni ade rehearsal kebakaran kot aku kire.


Jalan punye jalan baru la nampak signboard Merlion Park tu. Memang berkejar la aku ke situ. Dan akhirnye tibe la aku dekat tempat singa kacuk duyung keluar air tu seperti mane yang aku nyatakan dekat imigresen mase dekat sempadan tadi. Mase sampai sini la aku ambik gambar puas2, pastu send dekat whatsapp group adik beradik aku dengan member2 aku. Saje bagi bakar line sikit diorang kan. Nak tau ape respon diorang. Lagi satu saje gunekan je la internet roaming yang aku dah subscribe tu kan.
Macam tak percaye je dah nampak Marina Bay Sands tu. Hanya mampu tengok je la. Nak tido sane, raseneye BELUM (belum tau, bukan tak) mampu lagi kot. 



Lepas dah puas berjalan, bergambar, berselfie dekat situ, aku pun perlahan2 la memulakan langkah untuk balik. On the way nak patah balik ke Raffles stesen tu aku saje ikut jalan lain dan terjumpe la satu kedai souvenirs. Ye la, tempat bukan selalu pegi kan. At least ade jugak la bende yang nak dikenang kan. Bile masuk kedai tu, melilau mata aku cari bende yang agak2 murah dan berbaloi la untuk dibeli. Last2 ternampak la key chain ni; $2 satu. Aku pun genapkanlah 5 key chain kire $10 la kan. Tapi nak tau tak ape yang aku nampak setibanya aku dekat stesen Raffles ni; memandangkan kali ni aku masuk ikut pintu lain daripada pintu aku keluar tadi? Key chain yang lebih kurang same rupenye yang cuma berharga 70sen je satu. Siap free 4 lagi kalau beli 10. Untuk menyedapkan dan memuaskan hati aku, maka ambik je la 10 kire $7 la semua dan free 4 lagi. Kire 14 la semua sekali. Bayarkan saje.

Ni antara key chain yang aku beli tu. Dalam gambar ade 13. Tapi totalnye 19 semuanya pasal 1 aku dah bagi member (masa gambar ni dah diambik). Selebihnye aku simpan (yang $2 sebijik tu)





Ni je la yang dapat aku belanja sikit....

Lepas dah siap ape yang patut, maka aku pun memulakan perjalanan pulang aku. Perjalanan pulang aku rase kurang bosan sikit walaupun mase tetap same dalam lebih kurang 45 minit dari Raffles tu untuk ke Kranji gara2 melayan whatsapp daripade semua yang terlibat tadi la. Sampaikan hujan pun aku tak sedar. Dekat Sembawang la aku ingat start hujan. Diulang ye, Sembawang ye bukan Senawang!




Yang depan ni aku ingat anak tiri singa kacuk duyung tu la. Sian die. Jarang la orang nak bergambar dengan die

Paling aku tak boleh lupa mase nak balik tu adelah keadaan dekat Woodlands Checkpoint tu la pade waktu puncak sebab majoriti start berlari start dari turun bas, nak cop passport, sampai la nak naik bas balik. Dah macam hunger game pulak aku rase. Disebabkan ramai orang, maka agak lambat sikit la kan. Kire matahari dah terbenam la baru lepas menyeberang balik Tambak Johor tu. Tapi serius, view bandar JB bile dah malam dari Tambak Johor memang lawa. Lagi satu, mase dekat dalam MRT mase nak balik tu, aku nampak la ade satu kawasan tu macam pesat sangat die punye bandar. Sangkaan aku kawasan tu still dalam Singapore lagi la. Tapi bile diamati dengan betul, rupenye kawasan tersebut adelah JB sebab aku nampak bangunan Sultan Ibrahim dari situ. Fuh, Malaysia maju!



Ni on the way balik. Hujan dari Senawang Sembawang



Bermula la vice versa dari perjalanan aku pergi tadi


Begitu la perjalanan balik aku, Kranji-Larkin-Sri Putri-UTM. Tambang bas 170 dari Kranji ke Larkin tetap 2.10 tetapi dalam dollar la. Kalau dari Larkin ke Kranji dalam Ringgit Malaysia la ye. Ape pun ia tetap 2.10. Saje jalan sorang2. Kononnye acah2 backpacker. Kalau backpacker, pakai beg besar gedabak. Tapi aku, beg bawak pegi kelas tu je aku bawak. Ye la bukan nak isi ape sangat pun. Power bank, jaket, barang2 souvernirs tadi, makanan sikit. Tiada chewing gum ye. Berani try la bawak chewing gum masuk Singapore. Next time, mungkin sampai lagi ke sini atau ke tempat lain pulak. In Shaa Allah. Jika diizinkan-Nya kan….

Ni je la beg yang aku bawak; beg pegi kelas. Kecik je....Backpacker apekebendenye camni ni kan? Takpe.... In Shaa Allah besar lagi beg, maka besar la lagi aku punye 'langkah' atau besar la lagi negara yang aku pergi

Di sini, aku nak ucapkan la terima kasih kepada blogger2 ini disebabkan mereka inilah aku boleh dapat ilham atau input untuk membuat projek ‘gila’ aku ni. Nak tau, klik la link2 dekat bawah ni:

Klik la sini. Tak pun klik sini pun bulih
Takkan situ je, klik la sini pulak
Tak puas? Klik sini pun takde masalah Korang klik je la sini
Nak klik sini pun takde masalah. Sangat dialu-alukan