Sunday, June 30, 2013

Sepetang Di Pantai Teluk Mak Nik

Baru2 ni, aku ade pegi Kemaman. Adelah sebab sikit yang membuatkan aku kesana....Memandangkan mase agak banyak lagi, jadi aku pon memutuskan untuk ke Pantai Teluk Mak Nik.


Memandangkan keadaan mase tu agak berjerebu sikit walaupon bacaan IPU sudah menunjukkan penurunan, aku pedulik ape kan. (berlagak pulak...).

Pantai die bertentang je dengan INTAN Wilayah Timur

Jadi, tengok la sedikit gambar yang aku nak kongsikan ni.

 kan jerebu tu kan..

 kelihatan beberapa pemancing di sana


 sampah banyak!

jalan masuk ke pantai

Ape yang aku boleh perkatekan adelah pantai ni adelah kawasan larangan untuk tujuan bermandi-manda. Atas sebab ape tu aku tak tau la kan. Sebabnye memang ade signboard. Sebab tu mungkin pantai ni sunyi sikit kot.

Lagi satu, bagi aku, walaupon kurang pengunjung, bukanlah bermaksud kemudahan ditiadakan langsung. Aku nak buang sampah, terpaksa jalan jauh. Takkan nak buang dalam laut kot. Nasib buang sampah. Kalau nak buang yang dalam perut ni......?


Kalau ade kelapangan, pergilah bersantai,
Tak nak bersantai pon tak pe lah, follow la twitter saya; @RidzwanMohamed

Friday, June 28, 2013

Wednesday, June 19, 2013

Friday, June 14, 2013

Terbang Sesuka Hati

Pernahkah anda terfikir untuk pergi membeli-belah di kota tanpa perlu menempuh kesesakan jalan raya yang melampau?

Pernahkah anda terfikir untuk ke stadium tanpa bersesak-sesak, malah anda mungkin boleh menjadi penonton yang pertama bagi menonton suatu perlawanan itu?

gambar hiasan...

Pernahkah anda terfikir untuk ke luar negara tanpa perlunya passport atau pemeriksaan keselamatan?

gambar hiasan...

Pernahkah anda terfikir untuk mewakili rumah sukan/parlimen/daerah/negeri/jajahan/negara/benua dengan menyertai suatu pertandigan ini?

Atau paling koman pon....

Pernahkah anda terfikir untuk membantu jiran tetangga anda bagi melaksanakan gotong-royong?

Mempersembahkan....BROOMERS LIDIERS!

Jika ya, alatan di bawah ini adalah jawapan kepada semua soalan2 di atas....

beliau adalah merupakan duta produk

sekali beli, anda juga akan dibekalkan topi dan jubah seperi di atas
Jadi, tunggu apa lagi? Carilah sendiri kedai2 yang terpilih atau hubungi agen2 yang bertauliah.


Menyapu boleh, terbang pun boleh...caranya bawak la penyapu ni naik kapal terbang. Tak gitu?
Dah tu, follow la Twitter @RidzwanMohamed

Wednesday, June 12, 2013

Thursday, June 6, 2013

Pengembaraan UMUR (Utara-Timur) - Hari Pertama

Assalamualaikum, selamat sejahtera pade semua yang sudi membaca entri ni. Sebelum aku start menulis dengan lebih panjang lebar lagi, aku nak bagitau la serba sikit pasal entri ni. Entri ni bukanlah bertujuan untuk menunhjuk-nunjuk, angkuh, riak, bongkak atau seumpamanya. Entri adelah sekadar sebagai perkongsian pengalaman aku. Lagi satu,aku mintak maaf sebab walaupon entri adelah berbentuk pengembaraan, tapi tak berape banyak gambar yang aku ambik sebab aku yang drive. Kamera terlupa nak bawak. Guna phone pon tak berape jelas gambar die. Jadi aku hanye ambik sanpshot dari Foursquare je. Kalau ade gambar real, 30% adelah gambar daripade aku, dan selebihnye adelah ihsan google semata. Jadi, pade mereka yang teruskan bace, silalah, dan pade yang tak nak, dah besarkan... Jadi, pandai2 la.

Hari pertama pengembaraan UMUR(Utara-Timur) ni bermula pade 1 Jun yang lalu iaitu hari Sabtu. Aku saje namekan UMUR ni sebab saje je bagi gempak sikit. Aku dengan mak ayah aku je yang pegi. Adik beradik aku yang lain dah ade keluarga memasing...

Kitorang gerak dari rumah dalam pukul 10 camtu. Tapi kitorang pegi Putrajaya dulu sebab ade kenduri kawen. Kenduri tu dekat Kompleks Kejiranan Presint 9. Kire 2 pupu mak aku punye kenduri la.


Dari Putrajaya, kitorang gerak pulak ke Shah Alam. Pon kenduri kawen jugak. Lokasinye dekat Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz Shah. Kire dalam ibu pejabat kerajaan negeri Selangaor la. Ala tempat yang 'diorang' selalu berdemonstrasi pasal tak puas hati dengan kerajaan negeri tu. Besar kot dewan die. Sejuk pulak tu.


Lepas makan2 camtu, maka gerak la kitorang menghala ke Utara. Dari Shah Alam, aku ikut highway Guthrie sebab terus tembus dekat Rawang je. Kalau terus ambik PLUS, aku rase macam berpusing balik pulak kan. Lancar la perjalanan kitorang haritu. Memula, aku ingat nak topup Tounch n Go dekat Petronas R&R Rawang. Sekali tengah renovate. Terpaksa la teruskan perjalanan lagi sampai la Hentian Tanjung Malim. Dekat situ ade Shell. Dapatla topup Touch n Go dengan lepaskan 'hajat' aku.

Dalam berapa kilometer tu, aku ade terbace dekat digital board yang mengatakan trafiic dari Slim River ke Sungkai perlahan. Memang betul pon. Tapi tak la menyakitkan hati mase sampai Juru. Tapi sebelum tu kitorang ade berhenti dekat R&R Tapah sebab nak solat dengan R&R Seberang Perak sebab nak isi minyak. Mase dekat Tapah, disebabkan ramai orang, maka aku rase solat je dekat surau Shell. Memang tak ramai orang. Sebabnye TAKDE air. Mujur ade air dekat pam angin tu. Dekat Seberang Perak pulak punyelah jam nak isi minyak sampaikan aku sempat online seketika mase nak tengah queue nak isi minyak tu sedangkan aku tau tindakan aku itu agak kurang bijak memandangkan di stesen minyak. Tapi ape boleh buat, bosan tu nak menunggu giliran.

Seperti yang aku katekan , sampai area Nibong Tebal-Juru, jam lagi sekali. Kalau dekat Sungkai sebelum ni, at least jalan la jugak. Tapi dekat Juru ni, tak sempat nak masuk gear 3 dah berhenti balik. Sampaikan aku sempat check in Foursquare aku dekat kilang Yusof Taiyub sebab kilang die kan memang betul2 tepi highway.

ihsan google


Lepas tol Sungai Dua, perjalanan agak lancar walaupon kereta memang banyak ketika tu. Memandangkan dah Maghrib mase tu, ingat nak berhenti dekat R&R Gurun. Sekali penuh. Takde parking. Last2 terpaksa la Jamak Takhir dekat hotel.

Tapi sebelum tu, aku cakap yang kitorang kena bermalam dekat Alor Setar la sebab macam tak best la jalan malam2. Tak nampak pemandangan. Kalau boleh, nak la nampak sawah2 padi kan. Dah malam, ape boleh nampak?.


Sampai Alor Setar dalam pukul 8 camtu. Perut agak lapar la jugak mase tu. Ikut GPS phone aku, ade Hotel Seri Malaysia dekat Alor Setar ni. Jadi, ikutla GPS ni. Malangnye hotel penuh mase tu. Rupe2nye belakang Seri Malaysia tu stadium rupenye. Memula, aku tengok besar je bangunan ni. Kawasan die pon lapang. Dalam gelap kan... Mane perasan yang bangunan tu stadium. Bile jalan depan sikit baru tau yang bangunan tu stadium.

Kitorang makan dekat Medan Selera Merdeka dekat dengan stadium tu memandangkan tempat agak meriah. Mase tu kan tengah berlangsungnye game semi-final antare Johor DT dengan Pahang kan. Jadi, aku hanya tengok dari jauh je disebabkan kedai yang kiotang pegi tu tak pasang tv. Yang sebelah-menyebelah pulak bukak channel lain. Maklum la, dekat Kedah kan. Mase tengah makan, aku dengar orang2 sebelah sane bersorak. Tau2 Pahang dah skor. Mujur sempat tengok kemenangan Johor DT dekat hotel. Still ade berape minit sebelum habis. Hotel yang kitorang menginap malam tu adelah Hotel Seberang Perak sebelah je dengan rumah kelahiran Tun Dr Mahathir.

Menara Alor Setar - ihsan google

Tamatlah hari pertama kitorang dan tunggulah sambungannye.

Jalan, jalan jugak...
Mai la bertwitter dengan cek @RidzwanMohamed

Wednesday, June 5, 2013