Disebabkan aku sekarang duduk kat UTM JB dan rumah aku dekat Ampang, jadi agak meletihkan juga kalau nak bawak motor sendiri dari rumah ke JB ni walaupon dengan menggunakan highway PLUS. Jadi dengan itu, gunakanlah kemudahan yang ade iaitu dengan pos. Banyak company pos-mengepos/courier ni macam Pos Laju, Dutch Lady DHL, SkyFall Sky Net, City Link, FedUp FedEX, Gdex dan PosSendiri Sdn. Bhd.
ihsan google |
Bayaran untuk motor yang dipos KTMD ni adelah RM128.00 dari Kajang ke JB ni la. Sebab ape dari Kajang? Sebab abang ipar aku (yang memang duduk Kajang dan rumahnye tak jauh dari Stesen Keretapi Kajang) yang bawakkan motor dari rumah dekat Ampang ke Kajang. Ampang-Kajang bukannye jauh pon kan.
Beliau telah mengepos motor aku pade hari Isnin dalam pukul 11 lebih jugak la (pagi la, takkan malam pulak). Orang kat situ cakap mau dalam 2-3 hari jugak la sampai. So, bini kepada abang ipar aku iaitu akak aku sendiri ni pon menginformkanlah aku seperti mane orang2 yang dekat situ cakap. Aku get ready je la kalau2 ade diorang call kan.
Dengan jiwa aku yang sentiasa bersedia ni, maka pada pagi Selasa dalam pukul 9 lebih gitu, aku dapat call yang mengatekan motor aku dah sampai JB. Dah la time kelas mase tu. Dengan kehendak Allah swt juga, lepas tu aku memang takde kelas. So, memang dan la aku pegi ambik lepas tu kan. Aku memang nak ambik jugak hari tu sebab kalau lamabat ambik, akan kena cas RM9 sehari. Untuk ape die cas tak tahu la. MUNGKIN buat duit nak makan dekat Seoul Garden City Square kot. Wallahualam...
![]() |
ni sampul surat ni letak kunci motor je. tak muat rasenye nak letak helmet atau tayar |
Lepas daripade tu, aku pon kerah mintak tolong la member aku hantarkan aku ke Stesen Keretapi lama JB (stor simpan motor tu depan JB sentral jugak). Sampai je sane, aku pon whatsapp la akak aku ni mengatekan motor aku ni dah sampai. Die pon terkejut sebab cepat sampai. Mungkin takde masalah kot on the way ke sini rasenye. Benarlah seperti dikatekan "hari ini hantar semalam sampai".
![]() |
ihsan google |
Procedurenye macam biase. Side mirror dengan no plat kene cabut. (letak bawah seat la) Minyak kena kurangkan. Lepas tu, kene la mabik sendiri. Takdenye posman datang angkut motor bawak sampai depan kolej.
Dah bermotor bukan bermaksud tak bertwitter
follow la @RidzwanMohamed
19 comments:
Sama kisah kite cume saye dri jb ke kjg...cume motonya saya ambik lewat 3 ari sbb ari moto smpi iaitu shari lpas dposkn diorg kate xdpt call saye,engage katenye ...pastu diorg xtepon dh...hampehhh
..kn da kne 18 ingit!haha sedekah je la
kt jb tu ambik kt mne? city square ke?
Aah dekat depan City Square tu. Sebelah stesen keretapi lame tu memang tempat KTMD
nak tanya..mcm mna nk tahu price utk ktm? sbb nk pos moto dri kedah-uthm
x tau la...tanya je kot dekat kaunter tu
x tau la...tanya je kot dekat kaunter tu
perlu geran tak utk pos motor?
Seingat saya la, x payah geran...
Assalamualaikum dan Salam Hormat.
Apa khabar
Kalau masih ingat saya Ashraf.
Saya hanya nak berkongsi dengan anda, baru-baru ini saya telah dilantik sebagai pengurus cawangan bagi menjalankan satu perkhidmatan penghantaran
1. Motosikal
2. Kereta
3. Part Motosikal/Kereta
ke mana-mana lokasi di Malaysia/Sabah/Sarawak dan luar negara.
Antara kelebihan servis yang kami jalankan adalah:-
1. Kami pickup di rumah anda. Tak perlu hantar ke stesyen.
2. Kami hantar terus ke lokasi anda. Tak perlu nak ambil dekat stesyen.
3. Penghantaran dibuat setiap hari bekerja. (Isnin - Jumaat). Tak perlu nak tunggu-tunggu tarikh nak pos.
4. Motosikal/Kereta/Part anda dilindungi insurans.
5. Perkhidmatan kami adalah sah kerana menggunakan perkhidmatan Felda Global Venture yang mempunyai lesen MTO ( Multi Transport Operator).
6. Harga semestinya istimewa untuk anda yang contact saya.
Sekiranya anda/rakan/keluarga/kenalan memerlukan perkhidmatan saya ini. Tak perlu risau. Saya sedia membantu.
Boleh hubungi saya di talian 013-6180 665
@ klik untuk wasap http://poskenderaan.wasap.my/
Terima kasih kerana meluangkan masa untuk baca.
Sekadar berkongsi,
Mohd Ashraf
013 6180 665
Minta tolong hantar motor dari johor ke terengganu dlm masa terdekat ni
Masih available lagi tak service ni ?
Hi bang..Saya nak hantar motor Ipoh to Jb..Ipoh KTM to Jb ktm
Knp sy 1 mnngu pn xdpt mto lg
Rasanya harga pos adalah sama, tak kira dekat atau jauh di semenanjung, harga cuma berbeza mnegikut cc motosikal.
Sy nk hntr motor dari kempas Johor ke Kelantan..berapa harga ye..motor cc115
Sekarang masih ade lg ke
Post a Comment