Showing posts with label Kajang. Show all posts
Showing posts with label Kajang. Show all posts

Thursday, October 10, 2013

Pos Motor Dengan KTMD

Entri kali ni adelah nak citer serba sikit pasal pos motor dengan menggunakan KTMD atau name panjangnye KTM Distribution Sdn. Bhd. , sebuah anak tiri syarikat KTM. Bukan KTM Duke ye. Tapi Keretapi Tanah Melayu.

Disebabkan aku sekarang duduk kat UTM JB dan rumah aku dekat Ampang, jadi agak meletihkan juga kalau nak bawak motor sendiri dari rumah ke JB ni walaupon dengan menggunakan highway PLUS. Jadi dengan itu, gunakanlah kemudahan yang ade iaitu dengan pos. Banyak company pos-mengepos/courier ni macam Pos Laju, Dutch Lady DHL, SkyFall Sky Net, City Link, FedUp FedEX, Gdex dan PosSendiri Sdn. Bhd.









ihsan google

Bayaran untuk motor yang dipos KTMD ni adelah RM128.00 dari Kajang ke JB ni la. Sebab ape dari Kajang? Sebab abang ipar aku (yang memang duduk Kajang dan rumahnye tak jauh dari Stesen Keretapi Kajang) yang bawakkan motor dari rumah dekat Ampang ke Kajang. Ampang-Kajang bukannye jauh pon kan.

Beliau telah mengepos motor aku pade hari Isnin dalam pukul 11 lebih jugak la (pagi la, takkan malam pulak). Orang kat situ cakap mau dalam 2-3 hari jugak la sampai. So, bini kepada abang ipar aku iaitu akak aku sendiri ni pon menginformkanlah aku seperti mane orang2 yang dekat situ cakap. Aku get ready je la kalau2 ade diorang call kan.

Dengan jiwa aku yang sentiasa bersedia ni, maka pada pagi Selasa dalam pukul 9 lebih gitu, aku dapat call yang mengatekan motor aku dah sampai JB. Dah la time kelas mase tu. Dengan kehendak Allah swt juga, lepas tu aku memang takde kelas. So, memang dan la aku pegi ambik lepas tu kan. Aku memang nak ambik jugak hari tu sebab kalau lamabat ambik, akan kena cas RM9 sehari. Untuk ape die cas tak tahu la. MUNGKIN buat duit nak makan dekat Seoul Garden City Square kot. Wallahualam...

ni sampul surat ni letak kunci motor je. tak muat rasenye nak letak helmet atau tayar

Lepas daripade tu, aku pon kerah mintak tolong la member aku hantarkan aku ke Stesen Keretapi  lama JB (stor simpan motor tu depan JB sentral jugak). Sampai je sane, aku pon whatsapp la akak aku ni mengatekan motor aku ni dah sampai. Die pon terkejut sebab cepat sampai. Mungkin takde masalah kot on the way ke sini rasenye. Benarlah seperti dikatekan "hari ini hantar semalam sampai".

ihsan google

Procedurenye macam biase. Side mirror dengan no plat kene cabut. (letak bawah seat la) Minyak kena kurangkan. Lepas tu, kene la mabik sendiri. Takdenye posman datang angkut motor bawak sampai depan kolej.


Dah bermotor bukan bermaksud tak bertwitter
follow la @RidzwanMohamed