Showing posts with label UTM. Show all posts
Showing posts with label UTM. Show all posts

Wednesday, March 9, 2016

Ku Sangkakan Panas Hingga Ke Petang, Rupanya Panas Sampai Ke Malam

Amacam? Rajin tak aku tulis tajuk pepanjang? Sekarang ni terpulang dekat korang je nak merajinkan diri unutk membaca ke tak.

Ceritanya memang ada mengena kena dengan tajuk di atas. Bacalah je la entri ni sampai habis bagi mengetahui isi kandungan dan kaitan antara tajuk dan isi yang seterusnya boleh ditulis ke dalam buku program NILAM sebaik sahaja tamat menelaah entri ini.

Kisah ni berlaku masa final tahun tiga. Kira satu sem sebelum aku praktikal. Aku ingat paper yang aku akan ambik tu ade paper Cryptography. Budak2 komputer especially security tak tau ape benda menatang Crypto ni elok dimaki mak kau hijau layak diazankan slow2 pada kedua-dua belah telinga mereka.

Kira sehari sebelum paper tu, ada suatu kejadian yang tidak diduga bukan sahaja aku malah, boleh kukatakan professor2 dekat UTM ni pun takkan menduga kejadian sebegitu rupa yang menimpa aku. Kejadian yang dimaksudkan adalah kipas dekat bilik aku tidak berfungsi sebagaimana fungsinya.

Macam biasa la, benda pertama yang akan terlintas adalah mesti blackout. Malangnya, telahan tersebut salah sama sekali pabila lampu elok menyala bila aku test. Aku pikir mungkin pilot kipas tu tido kejap kot. Asyik pusing je kejenya je kan. Rehat la sekali sekala lapang2kan minda kan. Aku pun menghabiskan masa dengan pegi makan tengah hari.

Gambar yang diambik daripada insta aku; @ridzwanmohamed iaitu sewaktu malam (kiri) dan siang (kanan). Mungkin pakar fotografi boleh mengatakan bahawa sengaja aku off kan kipas  bagi mengambil shot ni. Tapi, percayalah, tiada apa yang diedit!

Nak dijadikan cerita agar lebih menarik lagi, kejadian tersebut berlaku pada hari Ahad. Ya. Memang hari Ahad adalah hari bekerja di Johor. TAPI, hanya kepada agensi kerajaan sahaja. Kiranya mereka yang bekerja di sektor swasta masih boleh menghabiskan masa mereka di Air Terjun Kota Tinggi atau pun Air Terjun Gunung Pulai kalau nak dekat sikit pada hari Ahad.

Gambar ini adalah daripada google bukannya daripada staff dari sektor swasta yang masih bercuti seperti yang dijelaskan dalam perenggan sebelumya.

Jadi, tindakan yang paling bijak yang boleh aku buat hari tu adalah hanya membuat report setebal 260 muka surat, UTM thesis format kepada pejabat kolej aku. Terus terang, brader yang jaga kaunter tu cakap yang memang tak boleh setel hari tu jugak atas sebab yang telah aku nyatakan dalam perenggan sebelumnya.

Sepanjang perjalanan balik aku dari pejabat kolej aku ke bilik aku tu, bermacam-macam fikiran melayang dalam kepala aku ni ibarat mencari alasan untuk mengelak disuruh berkahwin dengan gadis bukan pilihan aku. Aku tak pasti kena atau tidak perbandingan aku tu. Tapi, yang pasti aku hanya memikirkan macam mana la hidup aku dekat bilik aku tu tanpa kipas. Bagi menyedapkan sikit hati, aku pun memikirkan yang monyet2 dekat hutan pun boleh hidup tanpa kipas, inikan aku. Kemudian, aku berfikir semula yang tu monyet. Ini aku! Kan dekat sini dah kena dah tajuk dia. Memang berpanas la aku sampai ke malam. Sikit lagi aku nak terdehidrat akibat suhu yan ekstrem.


Dipendekkan cerita dengan memotong scene bagaimana aku survive di petang hari yang sama, maka aku pun join la member2 aku buat study group dekat fakulti. Memang subjek Crypto ni banyak membuat kira2. So, join je la diorang study. Sejujurnya, aku memang minat kira2 atau matematik ni. Tapi, aku tak tahu kurang mahir. Kira sama la dengan kes aku minat dengan perempuan tapi tak tahu macam mana nak mulakan (yang ni betul tak tahu!). Yang aku tau hanya membuat kira2 macam mana kehidupan selepas itu. Hehehe.

Basically, konsep Crypto ni bukanlah main paste gambar dari google kasi taruk dalam blog. Tapi ianya adalah salah satu bentuk keselamatan komputer. 


Sengaja aku acah2 study teruk malam tu supaya otak aku menjadi penat. Bila penat, maka aku akan mengantuk. Bila mengantuk, aku akan tidur. Bila aku dah tidur, aku tak akan ada masa nak pikir pasal tidur tak berkipas. Dan keputusannya, tepat. Memang senang untuk aku tido malam tu. Alhamdulillah, bangun jugak Subuh pada hari berikutnya. Disebabkan paper tu petang, jadi pagi tu aku manfaatkan dengan memulihkan otak aku yang penat akibat malam sebelum itu.

Paper aku start pukul 2.30 dan habis dalam pukul 5 macam tu. On the way balik dari bilik exam tu ke bilik aku tu, bukan main besar lagi aku punya harapan agar kipas bilik aku tu dah direpair. Kiranya balik bilik, boleh main2 dengan kipas baru la. Dia punya harapan ibarat gadis pilihan hati itu menerima aku dengan seadanya. (sengaja memasukkan elemen2 gadis).

Sebaik sahaja aku membuka pintu bilik dengan tertib dan melangkah masuk ke dalam bilik, aku dapati ada sedikit kesan habuk berwarna putih pada lantai aku. Sudah pasti bukan dalam pikiran aku membayangkan bahawa ada anaconda sedang melingkar di atas siling bilik aku yang menjadi penyebab sedikit siling tersebut pecah sebab bilik aku tu bukanlah berada di kawasan paya. Jauh sekali Amazon.

Rupanya memang tepat la antara benda yang bermain dalam kepala aku dengan realitinya; kipas sudah repair! Kira habuk2 warna putih atas lantai tu bukanlah sejenis dadah mahupun sabun serbuk jenama Fab. Ianya adalah merupakan sisa siling daripada bilik aku tu. Dia pasang kipas baru.

Tergoogle gambar ni pulak. Niatnya nak cari gambar sabun serbuk Fab.

Punya la aku appreciate kipas tu. Memang jarang aku keluar bilik lepas tu. Mujur sisa buangan dan sisa kumuhan ni tak boleh dikirim. Kalau tak, memang aku upah je dekat orang tolong buatkan sebab tak nak keluar bilik punya pasal.

Lepas tu saje la nak test kipas tu kan. Semua speed aku try. Speed 1 ibarat macam kipas di kedai mamak yang bising tu punya kelajuan. Speed 2 ibarat angin dekat tepi pantai Teluk Chempedak, Kuantan. Speed 3 pulak dah ok dah ibarat sistem penyejukan di dalam bilik server. Speed 4 pulak dia punya angin macam berada di bawah helikopter Black Hawk yang sedang mendarat dan akhir sekali speed 5 dia punya angin mampu menerbangkan sebuah kereta. Mujur aku berpaut pada pintu masa test tu. (nak abaikan perenggan ni pun takde masalah. Kira boleh skip kepada perenggan seterusnya).

Jangan kaitkan....

Kira tu je la ceritanya. Malas dah nak mengarang. Nak diikutkan takde banyak pun nilai urni dalam ni. Cuma berkisahkan tentang kipas bilik aku rosak je sebenarnye. Dah nama pun blog aku, suka hati aku la. Nak cerita teladan, pegi layan slot Akasia TV3 pukul 7 sana tu ha.




Wednesday, September 11, 2013

Boleh Demam Kalau Hilang

Petang tadi, aku baru la berpeluang keluar kejap dari UTM awesome ni untuk membeli barang yang sangat2 berharga yang kukira memang berharga la.

Nak tahu ape die? Skrol la ke bawah

||


||


||


||


||


||


||


||


||


||


||
Ni lah die.... Giler kalau ape2 jadi. Memang menagis aku dibuatnye kot. First time nak balik sejak bergelar student kat UTM Johor Bahru ni.


Balik, balik jugak...
Follow la twitter @RidzwanMohamed

Tuesday, September 10, 2013

Berkesempatan Jugak Nak Update Blog Akhirnye

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah swt yang telah mengurniakan pelbagai nikmat termasuklah bagi menulis entri ni.

Untuk pengetahuan, entri adelah entri yang pertama ditulis sejak aku menjejakkan kaki aku dekat UTM Johor Bahru ni. Dengan bahasa senangnye adelah yang pertama sejak aku sambung belajar balik.



Aku start mendaftar dekat sini minggu lepas. 1 aribulan aritu. Kirenye start je bulan baru, bermulalah kehidupan baru aku.


Sebelum ni, aku dekat UTM KL je kan. Tapi kali ni duduk la aku dekat JB untuk 3 tahun lagi, In Shaa Allah. Buat pengetahuan korang UTM sekarang tak panggil UTM Skudai dah sebabnye Naib Canselor sendiri yang cakap bile sebut Skudai ramai orang yang tak berape nak perasan. So UTM Johor Bahru adelah name barunye. Kirenye macam nak brandingla balik ni.


Ok la. Dah tak tau nak tulis ape lagi dah rasenye. Kalau berkesempatan, aku tulis la sikit2 kot pasal orientasi aku minggu lepas. Agak menarik jugak la. Tapi tak janji lagi ye same ade aku nak tulis ke tak ye.

ni gambar dekat Stadium UTM


Awesome tak UTM?
Senang2 follow la twitter @RidzwanMohamed

Friday, April 5, 2013

Rasenye Cukup Dah!

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah swt, dpat lagi aku update blog. Maklum la, minggu lepas minggu final.  Bukan takde mase, tapi takde mase la senang citer sebab tak tau nak cakap ape unutk update blog ni.

Dan pade 31313 yang lalu. 31 Mac 2013 la senang citer. Final examinantion for final semester bagi aku telah pon abis. Alhamdulillah, sebab takde ape2 masalah sepanjang final tu macam sakit ke, moto rosak ke paling tak pon pen abis dakwat.

Dengan habisnye final aritu, aku rase tamatla sudah diploma aku. Harapnye takde la sangkutnye. In Shaa Allah.

Jadi, sebab takde ape2 gambar nak letak dalam entri ni, jadi aku letak la gambar slip2 pekse yang aku kumpul dari sem 1.











dah tungang terbalik dah...

Hari habis hari tu, ingat terus nak kawen. Sebab tarikh dah cantik dah kan;31313. Tapi ape boleh buat....mampus anak orang mati kebulur nanti

Saturday, January 19, 2013

Friday, December 14, 2012

Kelas Tinggi

Sekarang ni aku sedang belajar pada sem yang keenam.Insya-Allah, kalau takde ape2 yang sangkut, maka ni lah sem terakhir aku dalam ambik diploma ni. Insya-Allah memang nak menyambung pon.

Tapi, walaupon dah 6 sem dah belajar dekat UTM Jalan Semarak ni, ni kali pertama belajar di tempat yang tinggi. Sebelom2 ni, paling tinggi pon tingkat 4. Paling rendah pon, tak pegi kelas langsong dekat bawah je la.
ni google je....

Tingkat yang aku maksudkan tu adelah tingkat 9. So, bayangkan kalau lif rosak, mau basah jugak ketiak nak mendaki naik atas tu. Tapi, aku rase kebarangkalian untuk lif tu rosak amatlah kurang memandangkan bangunan tu baru je digunakan.



Mase sem 1 aritu, bangunan ni masih dalam construction. Tu yang senior aku cakap yang maybe batch aku la yang sempat guna bangunan baru ni. So, kata2nye amat benar belaka.

Sebenarnye, dah 4 kali dah kelas sini walaupon dah nak masuk minggu kelima dah sem ni berjalan. Sebabnye kelas yang buat dekat bangunan baru ni hanyelah seminggu sekali memandangkan ianya hanyalah satu kredit. Tapi dalam empat2 kali tu, baru hari ni la aku berjaya bawak phone. Seperti telah disumpah, macam tau2 je phone aku ni akan lemah baterinye pade pagi Jumaat. Penyelesainnye adelah cas la phone tu waktu pegi kelas. Segan pulak nak cas dekat kelas. Memang banyak suis. Dah 3 kali Jumaat dah. Kali ni baru berjaya...

Bila dah bawak phone, lecturer tak sampi lagi, view dari kelas cantik ditambah dengan cuaca yang agak baik pada waktu pagi, maka dapat la jugak ambik berape gambar. Jakun la kejap.... Bukan tak pernah tengok bandar KL. Tapi dalam 3 tahun, ni baru merasa duduk dekat kelas tinggi.