Thursday, January 28, 2016

Bukan Indomie. Tapi Indochina

Dalam entri kali ni, aku nak cerita sikit pasal apa yang aku dah buat minggu lepas. Nampak tak tajuk tu? Al-kisahnye, minggu lepas, aku ade la keluar kejap ke negara orang, seorang! Bukan tak nak ajak member. Tapi, ye la diorang pun ada komitmen lain kan. Nak buat macam mana…

Negara yang aku pegi tu adelah Cambodia dan Vietnam. Kira Indochina la jugak kan kedua-dua negara tu kan. Kali ni, aku nak cerita mengikut hari ye. Maksudnye, entri lain, hari lain. Satu Malaysia entri, satu hari!




19 Januari 2016-5.00 am
Aku dihantar oleh akak aku dari rumah dia menuju ke Putrajaya Sentral. Gigih bangun awal. Nak kejar ERL pukul 5.20 am punye untuk ke KLIA2. Membawak la aku backpack yag besar tu turun dari atas tu menuju ke platform tu tunggu ERL. Dah gaya macam ninja turtle dah. Bezanye, ninja turtle bawak cengkerang. Aku bawak beg.

Putrajaya Sentral…menyempat snap. Padahal ni gambar malam sebelum tu. Hehehe

19 Januari 2016-5.40 am

Syukur alhamdulillah sampai jugak KLIA2 setelah lebih kurang 20 minit perjalanan dari Putrajaya. Tak terasa sangat perjalanan masa tu sebab dok usha pramugari je dekat dalam tu. Hehehe. Kalau ikut boarding pass tu, aku kena masuk pukul 6.10 am. Rasenye sempat je lagi dengan syarat tak mengurat mana-mana pramugari dekat situ. Kan KLIA2 tu kan besar kan.
Maka dengan perasan yang teruja yang teramat, aku pun confident je pegi masuk dekat balai perlepasan antarabangsa tu tanpa tengok pun flight untuk ke Siem Reap gate berapa. Berlagak la katakan.  Muka riak je berjalan lalu dekat sky bridge KLIA2 tu kan. Siap sempat tengok kapal terbang lalu bawah lagi tu. Berjalan la lagi aku terus ke gate P dan Q. Sesampainye aku dekat area situ, baru la diri ini check flight aku tu gate berapa. Hah, dekat sini baru la aku tau KLIA tu besar ke kecik langit tu tinggi ke rendah sebab baru tau yang flight aku tu gate L bukannye P dengan Q. Ni bermakna aku kena menyeberang balik ke terminal utama tu. Dah cuak dah masa tu sebab dah pukul 6.00 am dah. Kena masuk 6.10. Dengan muka nervousnya, aku pun pegi la tanya dekat akak yang bawak buggy dekat situ. Dia pun boleh bawakkan aku ke situ. Pergh, terasa macam VIP pulak bila akak tu bawak bukan main laju lagi. Siap drift hon lagi kepada manusia yang berlenggang jalan tengah kat situ.


Masa ni masih rasa yakin dengan gate. Pasal tu boleh lengah2 dengan amek gambar ni lagi.

Bukan main berterima kasih lagi aku dekat akak tu.  Mana taknye, penyelamat aku kot. Nak selfie pun tak sempat dah. Hehehe.

19 Januari 2016-6.10 am
Lepas security check, menuju la aku ke gate L tu. Otw tu, kedengaran la pengumuman yang mengatakan waktu Subuh baru sahaja masuk. Berjalan la aku secara santai menuju ke gate tu. Sampai2 sana, aku tengok ramai jugak la manusia yang dah ambik tempat awal daripada aku. Kira2 pukul 6.50 am macam tu (ikut jadual) maka berlepas la aku dari KL menuju ke Siem Reap, Pahang Cambodia.

Sempat lagi amek gambar ni then upload ke instagram

Biasa la dalam kapal terbang bukan ade aktiviti sangat pun melainkan tidur, tidur dan ambik gambar sayap pesawat. Tapi aku tak buat sebab aku dok tengah. Buat marah orang tepi je. Hehehe. Dalam flight aku masa tu, lebih pramugara dari pramugari. Jadi, secara jujurnya, penerbangan agak sedikit hambar. Tak lama lepas tu, pramugara2 yang bertugas bagi 2 borang yang perlu diisi sebelum turun kapal terbang. Satu borang perlepasan dengan ketibaan dekat Cambodia dan satu lagi borang kastam Cambodia sekiranya ada barang untuk diisytiharkan. Oleh sebab aku cuma bawak duit sebanyak USD9,999 sikit, maka aku tak payah declare pun takpe. Sebabnye syaratnye kata matawang lebih USD10,000 baru kena declare.



Inilah antara borang yang kena isi masa dalam kapal terbang tu. Borang dia lagi simple daripada borang nak masuk Singapore.

Lebih kurang setengah jam sebelum mendarat, pilot yang bertugas ade buat pengumuman pasal maklumat cuaca, dengan masa dekat Siem Reap tu. Jadi, aku pun ubah la jam aku jadi lewat sejam dari waktu Malaysia sebab dah memang macam tu waktu dia.

19 Januari 2016-7.50 am (waktu Cambodia)

Alhamdulillah, selamat mendarat di padang sekolah lapangan terbang Siem Reap, Cambodia. Sebelum masuk dalam terminal, sempat jugak la aku selfie dekat kawasan kapal terbang tu kan. Bukan senang kot nak datang sini. Yang bestnye, bukan aku sorang yang berbuat demikian (selfie), tapi lebih kurang 60% daripada semua penumpang kapal terbang tu pun buat benda yang sama. Kira rasenye aku masih normal la ketika itu. Dah puas, baru la masuk dalam terminal untuk tindakan lanjut.

 
Menyegih habis bila dah jejak dekat airport tu. Ingat nak jadi model iklan Colgate Cambodia. Tapi takde pihak yang contact.

Mulanya, aku agak jakun jugak la bila tengok keadaan dalam terminal tu kan. Jakun tu bukan la sebab tengok imigresen dia pakai macam sami tapi sebab tengok ‘Angkor Wat mini’ kot dalam tu.  Mula2 aku beratur nak cop passport, cuma ade 2 kaunter je bukak. Makin lama aku beratur, makin banyak pulak kaunter bukak. Jilake betul. Mulanye nak pegi kaunter yang imigresennya pompuan. Tapi malas la pulak nak menapak ke sana. Lepas cop2 semua, ingatkan ade la nak check beg ke kan. Sekali takde. Terus keluar. Kalau tahu, boleh je seludup macam2. Dah keluar tu, aku tengok macam tu je airport dia. Ade la satu kedai coklat bebas cukai. Selebihnye kosong je.
Keluar2 je, aku terus pegi ke kedai simcard. Ye la, nak internet kan. Aku pun beli la simcard yang untuk data je. USD5 untuk 5.5GB data. Ok la kan. Lepas dah boleh surf internet, aku pun buat la ape yang patut kan. Tengok map, dari airport ke Angkor Wat cuma dalam 6 km je. Niat di hati ni pada mulanye, ingat nak jalan kaki je ke sana. Tapi, memikirkan beg yang aku galas ni dah berapa kilo, malas pulak.

Kelihatan dia mengerjakan phone orang lain dulu sebelum phone aku yang dikerjakannye.

Sambil2 tu, aku ade jugak google ape yang patut kan. Aku tunggu bas jugak kot ade dari airport tu untuk ke bandar. Dekat depan airport tu, memang banyak la tuk tuk, motor dengan teksi kan. Cuma aku je yang kena berhati-hati. Rupenye nak naik benda2 tu semua, tetap kena pegi dekat kaunter tak jauh dari pintu airport tu. Aku pun usha la harga dekat situ kan. Sudahnye, aku pilih motor untuk ke bandar dengan harga USD2. Kita jadik pembonceng je. Tak boleh bawak sendiri.

Tujuan aku untuk ke bandar dulu adelah untuk cari tiket ke Phnom Penh sebab dalam pikiran aku memang nak stay dekat Phnom Penh dan bukannye di Siem Reap. Puas jugak aku cakap dekat orang motor tu supaya turunkan aku dekat tempat2 yang macam agensi pelancongan yang jual tiket ke tu kan. Tapi, dia boleh bawak aku ke hostel, hotel dengan guesthouse. Agaknye mungkin dia dah fed up dengan aku, dia pegi jumpa dengan rakan seangkatannye dan berbual dalam bahasa Kemboja yang aku langsung tak paham ape biji butirnye. Silap2 kalau dia kutuk aku sekali pun, aku boleh tersenyum. Sudahnye, kawan dia tanya aku. Lepas aku jawab, dia sambung balik berbual dan akhirnye baru la dia bawak aku ke tempat yang aku cari tu. Dapat la jugak tiket untuk Phnom Penh.

19 Januari 2016-9.00 am (waktu Cambodia)
Tiket aku untuk ke Phnom Penh dalam pukul 2. Kurang2 dia kata dalam pukul 1.30 mesti kena datang situ balik. Bagi mengisi masa senggang untuk tunggu pukul 1.30 tu, aku pun suruh orang motor yang sama tu untuk bawak aku ke Angkor Wat. Dia pun setuju. Dia tanya aku nak naik motor atau tuk tuk. Mesti la aku pilih tuk tuk kan. Dah naik motor, dekat Malaysia boleh dapat. Ini dekat Cambodia, naik tuk tuk la.


Naik tuk tuk la. Hehehe


Tu la tiketnye. Nampak tak siap ade gambar. Rasenye diorang nak buat tatapan kot kalau2 rindu nanti. Kah3

Menuju la aku ke Angkor Wat. Sebelum masuk tu, memang kena beli tiket dia yang berharga USD20 (1 day pass). Nak berhari-hari pun boleh. Siap kena ambik gambar lagi untuk ditepekkan gambar kita tadi tu dekat tiket tu. Satu je nak cakap; yang jaga kaunter tiket tu, ramai yang cun. Aku ade dengar yang kalau nak masuk Angkor Wat free, datang lepas pukul 5. Tapi, dah nak gelap la cerita dia. Tengok la sendiri gambar2 dekat bawah ni.





Serius. Gila punya penat berjalan dekat sini. AKu ingat Angkor Wat ni besar macam Kellies Castle dekat Perak tu. Sekali, besar gila la. Patut la ade pass sampai berhari hari. Lepas hilangkan penat kejap, aku pun pegi la balik dekat tuk tuk tu kan. Dah naik, dia kata dia nak bawak aku ke Angkor Thom pulak. Fuh. Ade lagi angkor ni. Kira Angkor Thom tu salah satu daripada Angkor Wat ni la.



Punye la nikmat dapat benda ni…
Lebih kurang gerbang la ni….untuk masuk ke Angkor Thom
Ni la Angkor Thom…


Entah ape benda entah simbol tu…

Nampak tak siap ade muka tu?



Ni muka kepenatan…nampak tak siap lap peluh lagi tu…

19 Januari 2016-1.00 pm (waktu Cambodia)
Dapat jugak snap gambar masa ni. Lambat sikit je, ada sekumpulan sami dok bergambar dekat sini pulak

Dah lepas rehat kejap macam tu, aku dibawak balik ke bandar Siem Reap. Dihantarnye aku ke tempat yang aku beli tiket tu tadi. Pergh masa tu dah tengah hari kan. Dia punya panas…..tapi neraka lagi panas la. Memang mencari air je la keje aku. Sempat pulak aku mengajar bahasa Melayu dekat peniaga tu sebab asalnye dia yang ajar aku bahasa Kemboja. Aku balas balik ajar la bahasa Melayu. Tapi, takde la sampai tahap tatabahasa, komsas, ayat aktif pasif, penjodoh bilangan tu.

Balik semula ke bandar Siem Reap

Kira2 dalam pukul 1.45 macam tu, aku dipanggil untuk naik bas. Mula2 sekali bukan bas kot yang aku naik. Ianya merupakan sebuah van yang takde air-cond, seat tegak dan pelbagai lagi. Aku dah macam dapat bayangkan dah perjalanan 8 jam aku nanti untuk ke Phnom Penh. Dia siap singgah lagi amek2 orang. Tapi ade satu tu, lawa kot sorang awek tu. Alhamdulillah, rupenye van tu hanya bawak aku ke bus station je. Dari situ lah aku akan naik bas untuk ke Phnom Penh.
Tempat aku tunggu untuk naik bas…


Bukan bas DS Vida ye….

19 Januari 2016-2.10 pm (waktu Cambodia)
Maka dalam pukul 2.10 macam tu, bergolek la tayar bas menuju ke Phnom Penh setelah dia sumbatkan beg aku, beg orang lain dan tidak terkecuali jugak sebuah motor ke dalam ruang bagasi bas tu. Sebelum bergerak jugak, driver bas tu ade bekalkan sebotol air mineral dengan tisu lembab yang aku sangkakan chewing gum pade mulanye. Mana taknye, dah la panjang, wangi, sejuk pulak tu wet tissue tu. Aku pun tak tau la ape function wet tissue tersebut.
Keadaan dalam bas tu ok la walaupun seat yang aku dapat tu tak boleh adjust. Tegak je la jawabnye. Pemandangan sepanjang dalam perjalanan ok baik di luar atau pun di dalam sebab ade penumpang yang lawa kot. Bagi aku, Cambodian ni ramai yang lawa. Bas tu pun berhenti main ikut suka hati dia je. Yang aku ingat ade dia stop dekat satu gerai ni sebab penumpang dekat situ nak beli makanan yang rupanye saling tak tumpah macam semang lemang. Stop ambik orang pun ade jugak. Sampai la satu tempat ni ade sorang pak cik ni dia naik dan duduk sebelah aku.

Salah satu tempat perhentian dia. 4 kali jugak la berhenti kalau tak silap aku.
Sedangkan aku yang lelaki pun rasa insecure dok sebelah pak cik ni, inikan pulak kalau orang pompuan. Dia takde la tahap nak meraba ke ape kan. Tapi aku rasa pak cik ni  punya wayar ade sikit short. Sebabnye dia ni banyak membebel entah ape entah sampaikan kekadang penumpang lain pun pandang2. Sampai ade satu tempat ni, lepas bas berhenti, dia boleh rampas tempat duduk aku kan. Mulanye aku duduk deakt seat sebelah tingkap. Lepas aku naik semula bas dekat satu perhentian ni, tau2 dia dah duduk dekat seat aku tu tanpa ade rase salah. Aku pun tak kisah la. Tapi lepas tu, dia membebel lagi sorang2. Mujur tak lama lepas tu driver bas tu pasang satu movie. Walaupun aku tak paham movie tu, tapi aku just gelak je daripada aksi pelakon tu. Aku ingat kalau ade subtittle semua bawak ke Malaysia, boleh saing set2 Pee Mak jugak kot rasenye. Lawak kot.
Pasal perjalanan tu, macam2 yang aku nampak. Jalan dia bukan la jalan macam dekat Malaysia ni. Tu yang rasa bersyukur bila duduk Malaysia ni. Ade satu tempat tu, jalan dia lagi merah dan berdebu daripada Kuantan. Sampaikan driver bas tu terpaksa slow sebab tak nampak jalan akibat debu yang terhasil akibat berselisih dengan kenderaan yang bertentangan. Pasal nama tempat pulak, aku dok peghati je nama2 dia sebab kebanyakan nama tempat dekat sini bermula dengan perkataan “Kampong” macam Kampong Cham, Kampong Thom.

19 Januari 2016-10.00 pm (waktu Cambodia)
Bila tengok jam dah nak dekat pukul 10 macam tu, baru la aku nampak satu kawasan ni banyak cahaya. Rupanye betul la sangkaan aku yang aku dah pun memasuki kawasan ibu negara Cambodia, iaitu Phnom Penh. Baru la nampak maju sikit kawasan dia.
Masa mula2 masuk pinggir bandar Phnom Penh
Bas yang aku naik ni ade la berhenti tepi jalan. Aku rasa, ade lagi perhentian yang akan bas tu berhenti. Tapi, sebab dah ade orang melambai lambai ajak turun, maka aku pun turun je la. Memang betul, diorang semua melambai ajak turun bersebab; diorang semua prebet sapu cuma pakai motor. Aku mulanye memang tak nak layan sebab aku asyik menggoogle guesthouse yang terdekat daripada lokasi aku tu. Ade sorang prebet sapu ni beriya macam nak tolong sangat aku sampaikan sanggup tunggu aku habis google. Aku pun banyak kali psiko dia jugak sebab dia cakap dia cuma mintak USD1 je daripada aku sebagai upah untuk bawak naik motor.
Dia pun bawak la aku naik motor keliling sikit sebahagian bandar tu untuk menuju ke lokasi yang aku cari tu. Dia punya bawak motor sampai nyaris aku tercicir sebab laju satu hal. Lepas tu aku dengan bawak beg berat dekat belakang ni kan. Kekadang, aku agak kesian jugak tengok dia sebab bersungguh dia bawak aku untuk cari alamat yang aku bagi tu. Agaknye sebab dah putus asa sikit, dia pun tanya la rakan seangkatan dia. Lepas kawan dia ni tau yang aku ni Malaysian, dia pun suruh la bawak aku ke satu tempat ni. Aku ade ternampak sebuah restoran halal yang berbahasa Melayu dekat situ tapi dah tutup la. Kira tak jauh dari situ, dia pun bawak la aku dari satu guesthouse ke guesthouse yang lain. Sebabnye ade yang dah penuh.
Last2 dapat la aku satu bilik ni. Disebabkan rase kesian aku dekat orang yang bawak aku atas kesungguhannye bawak aku merata rata mencari guesthouse, maka aku upah la dia USD2 daripada USD1 yang dia mintak. Hehehe. Maka, berkakhir la cerita aku untuk hari ni sebabnye bila dah sampai bilik, aku dah tak keluar dah. Lagi pun, agak sunyi jugak dah kawasan situ.

 
Jadi la kan…

0 comments: