Tuesday, December 18, 2012

Bukan Ku Tak Nak Update Sebenarnye

Hari ni aku nak luahkan serba sedikit kenape dalam tahun ni kekerapan aku update blog kurang sikit berbanding tahun2 sudah. Untuk tahun 2010, kekerapannye terus takde memandangkan mase tu tak terpikir pon nak buat blog. Untuk 2011, terase rajin sikit. Maybe  baru buat blog. Tu yang rajin sikit kot. Tapi biase la, cari sumber dari blog lain, olah sikit. Jadi aku rase takde keoriginalannye la.

Jadi bagi aku, baiklah aku listkan serba sikit pasal ape aku kurang update blog pade tahun ini:


  1. M.A.L.A.S
  2. Bila duduk rumah, TV menjadi lebih utama berbanding dengan laptop.
  3. Bila Chelsea kalah
  4. Dapat idea ketika berada di suatu tempat tu. Tapi bila duduk depan laptop hanya betul2 duduk sahaja
  5. Hilang mood ketika dalam tempoh masa antara masa idea tu datang dengan masa nak update blog. Sebagai contoh, hilang mood bila moto yang baru dibasuh diberak oleh burung!
  6. Phone tak canggih.(tak tau ape kaitan)
  7. Idea untuk update blog hilang begitu sahaja apabila betul dah duduk depan laptop tapi tiba2 awek member ajak makan tak pon ajak main futsal.
  8. Melekat dengan citer2 yang ade dekat facebook atau blog2 yang terkenal sampaikan idea nak update blog bercampur baur dengan cerita yang dibace tadi.
  9. Melayan movie yang didownload lebih menjadi keutamaan di masa senggang
  10. Melebihkan waktu tidur daripada update blog apabila memikirkan tentang faktor kesihatan dan keselesaan
  11. Gambar yang boleh dijadikan modal dalam post blog terdelete dengan tidak sengajanya
  12. Niat asal nak update blog. Tapi tetibe nampak link blog awek cun dekat facebook. Maka niat tersebut hanya tinggal niat sahaja semata-mata
  13. Keje/projek/assignment dibagi bertali arus tanpa ada rasa belas kasihannya
  14.  Bila check2 moto, minyak masih penuh!
  15. Tengah2 update, tetibe je terpikir yang entri tersebut membolehkan aku dipenjarakan atas kesalahan yang disabitkan di bawah Akta Hasutan
  16. Kadang2 emosi tidak dapat dikawal seperti terlebih gelak hinggakan terlupa nak update blog
  17. Tengah2 update blog, tetiba nyamuk gigit tapak kaki. Maka, usaha pemburuan nyamuk tersebut dibuat terlebih dahulu berbanding update blog.
  18. Belum sempat nak on laptop, guruh dan kilat memancar-mancar.
  19. Mengah akibat tabiat pemakanan terlebih daripada yang biasa (amat jarang berlaku. tapi pernah berlaku)
  20. Kalau dekat rumah, time akak2 semua balik, mase aku diperabiskan main dengan anak2 sedara
  21. Cuaca yang ekstrem....
  22. Rumate/member bilik sebelah layan movie yang boleh dikatekan bukan setakat pecah panggung, malah pecah punggung perut 
  23. Masih tertanya-tanya kenapa tarian Oppa Gangnam Style menjadi kegilaan umat masa kini 
  24. Berangan yang tak sudah seperti memiliki sebuah kelab bola sepak terkemuka seperti Felda United misalnya
  25. Payah nak update apabila internet yang dipakai telah cukup kuotanya
  26. Malas nak update cerita yang sama dengan blog2 yang lain seperti cerita Datuk K kemalangan di New Zealand atau Datuk K Rajagopal didesak supaya melepaskan jawatannya
  27. Tension dengan internet connection terutamanya dalam musim hujan macam ni...klik sini
  28. Bila nak update, time tu jugak la phone berbunyik. Yang penting perlu didahulukan
  29. Laptop jadi hang seketika
  30. Ni yang selalu berlaku sekarang ni....BLACKOUT! 
Aku sampai sini saja untuk kali ni. Ade banyak lagi. Ni ambik yang random je. Lagi satu, ni untuk tahun ni je. Tahun lepas, tahun lepas punye citer, tahun depan, tahun depan punye citer

2 comments:

Deqla manjew said...

byk sungguh alasan..tp alasan yg boleh diterima pakai jugak tu..hihi... btw, singgah sini dan trs follow.. slm ukhwah.. :)

Ridzwan Mohamed said...

hehehe jujur dari hati...
thanks