Thursday, April 25, 2013

Al-Kisahnye Tak Update Blog

Assalamulaikum semua. Alhamdulillah, dengan izin-Nya dapat jugak aku update blog ni setelah sekian lame tak dapat update atas sebab2 yang tak dapat dielakkan.

Sebab yang utama adelah sekarang ni kan musim pilihan raya kan. So, mesti korang akan nampak ramai golongan muda-mudi yang turut sama dalam menjayakan pilihan raya ini. Daripada tukang pasang bendera, peraih undi, tukang masak, dan sebagainya. Dan kalau nak tau, aku TAK terlibat langsung dengan semua ni. Saje je nak bikin gimik.

Ok, sekarang adelah cerita yang sejujurnya. Al-kesahnye, dalam awal ashaari bulan ni, kuota yes aku dah tinggal sikit. Jadi, aku cuma on internet atas tujuan2 tertentu yang dirasekan penting sahaja seperti tujuan kebajikan ke, stalk orang ke, ape ke kan. Kalau bende2 macam MU menang tu aku anggap tak penting. Jadi aku abaikan je la. Dalam 2 minggu jugak la aku 'berpuasa'.

habis kuota pulok...

Tu sebab yang pertama. Sebab yang kedua adelah aku ditimpa malapetaka apabila laptop aku ni rosak. Maklum la, laptop kurang power kan. Die punye graphic chipset rosak. Memang tak boleh on terus laptop. Melahu je la aku kejenye. Sekarang ni la baru siap. Dapat je laptop ni, terus update blog. Ni la entrinye.

rosak pulak beliau

Dalam dua sebab ni, sebab yang kedua ni la paling aku terkesan. Sebabnye sepanjang tempoh 'perubatannye' idea nak update blog melimpah-limpah tapi takde medium nak update. Banyak citer woo yang boleh dibuat entri  macam kes Suarez gigit Ivanovic. Paling tak pon citer pasal mengundi ni.

Takkan nak pegi cc tiap2 hari. Parah jugak aku. Tapi, macam biasa la. Bile dah dapat laptop, idea tu pergi meninggalkan aku.


0 comments: