Dekat twitter pon aku selalu masukkan hashtag #PRU13 dengan #GE13. Tujuannye saje2.
Seperti yang sedia maklum, 5 Mei nanti adelah tarikh keramat jugak la aku kira sebab pade tarikh tu la rakyat Malaysia akan mengundi bagi menentukan kerajaan yang bakal mentadbir Malaysia ni.
Lagi satu, mase 20 April yang lalu, hari penamaan calon telah diadekan. Ni kire macam mendaftar la untuk mewakili tempat masing2. Sedangkan nak main ping pong wakil rumah sukan peringkat sekolah pon kene daftar inikan pulak nak jadi YB kan.
Dan kalau nak tau, ade seorang YB ni tak sempat nak hantar borang penamaan calon atas sebab2 tertentu. Nak tau sape die, tengok la gamba di bawah ni.
Manifesto bagi YB ni adelah "TIDAK AKAN MELAKUKAN APA2 PERUBAHAN ATAU PEMBAHARUAN PON". Itulah yang akan dilakukan sekiranya dipilih. Tak guna berjanji tapi tak buat kan!
Akhir kate, dont take this article seriously. Sesaje je. Karang tak pasal2 je aku kene tangkap ke ape ke kan....Tak pon fitnah aku macam2 kan. Letak 'video' ke gambar aku bersama Wawa Zainal ke kan. Lagi pon YB tersebut usahkan kate umur 21, akil baligh pon belom(satu lagi pembohongan). Keh3
1 comments:
hahahaha. :D
Post a Comment