Friday, May 24, 2013

Dah Tinggi Dah Kawan Aku Ni

Baru2 ni, nama negara kite telah diharumkan lagi dengan kejayaan beberapa pemuda yang berjaya menawan punacak Everest. Aku rase masih belum terlambat nak ucap tahniah walaupon peristiwa ni dah berlaku berape hari lepas. Camne pon, aku dah tweet dah dulu.

Untuk pengetahuan(bagi yang nak tahu la, tak nak, tak kisah) salah sorang daripada pendaki tu, Mohd Nasuha adelah member aku mase sekolah dulu.

inilah beliau! comel tak? Kak Ton?


Disebabkan aku dengan beliau sebaya, jadi memang nak tak nak kena la masuk persatuan batch yang same kan. Name persatuan tersebut adelah Ittifak OVOIX. Ittifak adelah berasal daripade perkataan ittifaq yang bermaksud muafakat. Kalau tak salah name ni diilhamkan sendiri oleh arwah cikgu batch kitorang pade mase tu; Allahyarhamah Puan Latifah. Yang OVOIX tu pulak adelah daripade nombor 0509 dalam huruf roman. 0509 tu bermaksud tahun 2005 kitorang masuk dan tahun 2009 kitorang keluar. Warna ungu boleh dikatekan warna rasmi batch kitorang.

beliau bersama lambang batch kitorang!

Aku dulu sekolah asrama kan. Jadi boleh kate nak dekat 24jam la jumpe orang yang same. Name pon sekolah kan. Jadi takde la besar sangat kawasan die. Pusing2 jumpe balik kan. Die ni, ape yang aku boleh katekan adelah seorang yang memang aktif. Stamina die memang superb!

Ape yang aku nak cakapkan ni adelah serba sedikit pasal beliau ni. Name beliau Mohd Nasuha Shamsuddin.(sori kalau salah eja). Yang lain korang boleh la google tak pon selongkar la paper berape hari lepas.

Untuk pengetahuan korang, umur yang dipaparkan dalam media; 21 tu memang betul. Tapi, hakikatnye beliau baru lebih kurang 5 kali sambut birthday sebabnye beliau lahir pade 29 Februari 1992. Aku ingat sebab memang ganjil la kan tarikh2 camni.

Dulu, mase sekolah, beliau pernah menggunting rambut aku. Bukan sebab buli atau ragging, tapi ianya adelah atas kehendak aku sebab rambut aku agak panjang ketika itu disebabkan lame tak outing. Puas jugak aku cari mane2 indivdu yang boleh menggunting rambut aku ni. Ramai yang mengrecommendkan beliau yang boleh gunting rambut aku ni. Jadi, pegi la aku ke tandas dekat hujung blok asrama tu bagi nak memendekkan rambut ni.

Lagi satu, die ni jugak adelah Naib Presiden bagi BADAIS yang bermaskud Badan Dakwah Islamiah SEMESTA iaitu sebuah badan dakwah dekat sekolah. Mane2 yang sekolah asrama, tau la korang. Mesti ade punye la badan2 camni. Cuma name je yang berbeza ikut sekolah memasing. Aku jugak salah sorang daripade ahli badan ni. Entah camne boleh dapat. Yang bestnye, dekat sijil aku tu, tertera jawatan yang aku pegang adelah Naib Presiden sedangkan aku hanyalah sekadar Ketua Biro 3K(Kacak, Kaya, Kuat, Kebersihan, Keceriaaan dan Keselamatan). Mungkin aku sangat kamceng dengan Presidennye kot.
name sekolah pon dah diharumkannye

Cakap pasal kamceng ni, aku dengan beliau ni tak la terlalu kamceng. Tapi, boleh buat bergurau la jugak. Contohnye, beliau memang panggil aku Semang(asal daripade semangat) dan aku balas balik dengan S***n atau pon h****g. Terlau public untuk kunyatakan.

Habis SPM, masing2 bawak haluan. Jadi, nak berhubung pon guna media sosial la kan. Aku ade facebook dengan twitter die. Nak add? Cari sendiri. Nak jadikan aku orang tengah? Boleh. Tapi nyatakan 3 sebab kenape nak add die. Tapi kalau2 korang direject, jangan nak salahkan aku pulak.

Bangga, bangga jugak....
Jom bertwitter... @RidzwanMohamed