Wednesday, October 14, 2015

Salam Maal Hijrah 1437

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada anda semua yang melawat blog ni.

 

Sesungguhnya telah berkurun lama blog ni tidak diupdate. Kali terakhir mesti tahun lepas aku update blog ni kalau ikut tahun hijrahnya.

Jadi, di kesempatan ini, walaupun dah masuk 2 Muharam dah, rasanya masih tak salah kot nak ucap salam Maal Hijrah ni. Ada aku terbaca diorang ucap Salam Mahal Hijrah memandangkan tol akan naik berkuatkuasa pukul 12 malam ni. Nasib la kan.  Aku rasa kalau negara still macam ni, tak mustahil satu hari nanti bukan setakat motor yang akan kena tol. Tapi basikal pun akan kena tau.

 

Dah la, rasa malas pulak nak mengarut dengan lebih lanjut. Ni pun saje je update blog sebab semangat tahun baru la katakan. Tengok la lagi berapa hari. Jadi macam sama jugak. Ye la, bagi aku untuk hijrah, agak senang tapi nak istiqomah tu yang agak susah.

image

Aku bagi contoh la macam seseorang tu senang je nak pegi masjid untuk sembahyang berjemaah. Tapi cukup untuk satu hari tu je la. Tak caya, tengok la malam weekend. Pulak malam tu ada game Piala Malaysia pulak kan. Ada mau dimaki penceramah/imam kalau lambat dekat masjid tu kan. Lagi2 pulak tengah2 sembahyang tu tetiba phone tervibrate/terbunyikdaripada apps 365 scores bagi notification yang team favourite kita tu dah bolos. Jadi, nak betul2 hijrah tu, memang kena disiplin yang tinggi. Ianya tak senang, tapi tak mustahil.

 

Ok la. Babai.