Tuesday, August 2, 2016

Twitter Aku

Twitter aku adelah media sosial aku yang paling aktif setakat ni jika nak dibandingkan dengan media sosial yang lain. Sebabnya aku suka; simple, tweet la apebende yang rase nak tweet. Kira ni boleh kata live update aku la. Akaun aku seperti di bawah. Boleh klik sini. Sangat digalakkan follow @RidzwanMohamed



Nak tengok masa aku paling aktif bertwitter? Tunggu la semasa aku menunggu atau mendengar. Maksudnya di sini mungkin aku sedang menunggu LRT/bas/jodoh. Mendengar pulak adelah masa time ucapan orang atau briefing. Bertambah aktif jika di situ ade wifi.

Facebook Aku

Secara teknikalnya, facebook personal aku adelah Ridzwan Mohamed. Boleh klik sini kalau nak tengok. Tak nak, sudah. Dah nama pun personal, jadi agak payah sikit la nak approve friend tu. Mana2 yang aku kenal je baru betul aku approve. Actually, aku sangat jarang update Facebook aku. Aku cuma share ape2 yang aku rasekan menarik je dalam timeline tu.



Jadi, alternatifnya adelah facebook page macam kat bawah ni. Boleh klik sini untuk ke situ. Nak like, silakan. Tak nak like pun silakan. Tiada paksaan untuk mengelike ok.  So, basically benda yang sama je.


Friday, May 20, 2016

Gelang Patah, Tali Putus dan Murtabak Cheese Di Johor

Hai…Assalamulaikum. Sihat?.....Kalau tanya aku, aku akan jawab sihat. Cuma blog je yang terupdate sebab sibuk dengan PSM atau FYP ni.

Di sebalik kekalutan siapkan semua benda tu, aku cuba untuk curi jugak masa nak tulis ni. Cuba tengok tajuk tu; memang wujud satu tempat dekat Johor ni nama dia Gelang Patah. Tapi, untuk Tali Putus tu bukan la satu tempat yang baru sahaja diwartakan dekat Johor ni. Cuma ia adelah peristiwa yang berlaku dekat aku baru2 ni. Sebagaimana yang pasti, kan sekarang aku tengah belajar dekat Johor kan. Jadi, peristiwa ni memang berlaku kat Johor. Bukan dekat Gelang Patah. Saje je masukkan Gelang Patah tu.

Gelang Patah-ihsan Google

Kisahnye bermula time aku ade workshop dekat fakulti aku ni. Disebabkan meminum dalam kuantiti yang banyak pada jam2 sebelumnya, maka secara lumrahnya, pundi kencing aku akan bekerja dan hasilnya memang asyik nak terkucil je la aku. Btw, Alhamdulillah pundi kencing masih berfungsi.
Dengan keadaan yang tenang dan tidak tergopoh gapah telatahnya, aku berjalan la menuju ke tandas fakulti aku. Dekat fakulti aku ni, tandas dia ada kasta atau kelasnya yang tersendiri. Kasta yang aku maksudkan dekat sini adelah ade setengah wing atau level tandas dia superb; macam tandas airport. Ade setengah pulak, malas la nak cerita. Tak sampai taraf dan sampai hati nak cerita. Sebab tu harganya berbeza. Mengapa bayar lebih? Tandas, Trivago. 

Sebabnya…aku sendiri tak tau ape punca permasalahannya. Jadi, aku bersyukur sebab tandas yang terdekat masa tu adelah tandas yang berkasta tinggi. Kebetulan memang level paling atas pun.

Lepas je menunaikan, memang biasa la basuh tangan kan. Time basuh tangan tu la dengan secara tiba2 (macam cerita Paranormal) jam yang aku pakai dekat tangan ni terjatuh. Mujur tengah basuh tangan. Kalau sebelum tu, tengah basuh ….., tak ke terus masuk jamban. Alhamdulillah diselamatkan.

Putuih talinya....abaikan jarum dan waktu digitalnya.

Kalau nak tau, aku ni spesies manusia yang tak boleh keluar tanpa tidak memakai jam. Kirenye kalau keluar tak pakai jam, rase diri ni macam tak lengkap je. Ibaratnya pakai baju dengan boxer sahaja. Tak tenang rasenye. Tanpa fokus sepenuhnya dalam workshop yang aku datang tu, aku terus whatsapp dekat group bebudak lelaki kelas aku tanya dekat mana kedai jam yang terdekat area UTM ni. Aku tak nak pegi AEON Taman U sebab boikot dia memang tak buat jam jenama yang aku pakai tu. Aku tau la sebab aku pernah tanya.
Arduino workshop.....

Setelah berbelas-belas chat yang masuk yang hampir semuanya menjawab persoalan aku, aku jawab terima kasih dekat diorang semua. Bernas semua idea mereka. Lepas daripada tu, baru la aku kembali fokus dekat workshop tu.
Workshop tu habis lebih kurang dalam pukul 4.30. Jadi, lepas solat Asar, aku pun memulakan misi aku untuk cari kedai jam tu. Disebabkan pukul 5 baru nak gerak, naluri aku ini berat mengatakan bahawa jalan jam. Orang balik kerja kan. Bezanya JB tak la jam seteruk KL. Berbalik semula kepada cadangan2 bernas member aku tu, aku try je pegi Angsana. Sebabnya situ macam banyak choice banding dengan tempat2 lain seperti dicadangkan.



Ang sana, cheq sini noh. Ok, takde ape pun nak cerita. Melihatkan jam yang baru direpair menunjukkan baru pukul 6, aku berpikir untuk ke tempat lain dulu sebelum balik. Dan hasilnya, terlintas dekat kepala otak aku ni untuk ke kedai murtabak cheese yang glamour dekat JB ni. Bila digoogle, waktu urusan kedai tu sampai pukul 7 je. Jadi, aku hanya ada masa kurang daripada 60 minit untuk ke situ.

Jadi, berkejar la aku ke situ dan berdepan dengan beberapa halangan sebelum keluar dari Angsana tu. Yang pertama adelah aku tak jumpa autopay yang terdekat dengan tempat aku parking. Nak tak nak, pergi la tempat yang jauh sikit. Dah basah sikit dah ketiak berjalan kencang punya pasal. Dah bayar, satu lagi masalah muncul; tak jumpa jalan nak keluar. Kisahnya aku parking dekat dalam, tingkat atas. Jadi, budak tadika punya logik sekali pun, nak keluar, kena la turun kan. Dekat wing yang aku parking tu, tak boleh nak turun sebab tengah renovate. Jalan penyelesaiannya adelah kena naik makin tinggi lepas turun dekat wing lain. Kejadah betul. Dengan follow belakang kereta yang ….. lagi. Aku risau satu je; tiket yang aku bayar tu dah habis tempoh masa dia. Bila sampai dekat gate nak keluar tu, berdebar jugak la. Jangan la sampai kena reverse balik kan. Dah la terkejar nak ke Murtabak Cheese. Alhamdulillah. Lepas.


Daripada google tu, aku terus guna function “direction” yang ade dekat situ. Follow je la ape pompuan tu kata. Belok kanan, aku belok kanan. Disuruh terus, aku terus. Akhirnya, sampai la aku di Kampung Kurnia. Memang besar betul nikmat kurniaan-Nya pada masa tu.

Guna direction daripada situ je

Bila dah masuk kedai tu, memula tercangak-cangak aku dibuatnya sebab masa tu dah lambat kan. Memang ade customer lain. Tetiba je ade sorang brader ni baru sampai. Kira aku ikut je ‘procedure’ brader tu. Hehehe. Rupenya, betul la banyak murtabak dah habis dah time tu. Yang ade pun untuk di bawak balik. Kira dia cuma akan panaskan murtabak yang dah berbungkus tu. Tak kisah la. Asal dapat.



Walaupun cuma dipanaskan, tapi rase dia superb woo. Kebetulan masa aku tengah makan, ade customer baru yang sampai dok sebelah meja aku. Aku pulak masa tu tengah tarik cheese dia kan. Zalimkah aku ketika itu? Aku rase tidak sebab dia pun mungkin akan buat benda yang sama. Dah cheese dia memang macam tu; macam pizza bila ditarik. Terbaik la. Lepas tu, aku saje je bakar line dekat group whatsapp membe2 aku tu. Hantar gambar dengan location. Terus ade yang mintak tolong tapaukan. Ye la, tolong la diorang.

Begitu la cerita Gelang Patah, Tali Putus dan Murtabak Cheese di Johor walaupun Gelang Patah tidak ade mengena kena dengan cerita ini. Kesian. Sekian.

Amacam? Meleleh tak?