Monday, November 11, 2013

Best Pulak Rasenye Malindo Air Ni


Tujuan aku menulis entri ni adelah bukan kerana aku ade share dengan Malindo Air ni. Malah, bukan juga disebabkan aku ade skandal dengan mane2 pramugari Malindo Air ni. Dan bukan juga disebabkan aku adelah macai Malindo Air ni. Tapi, aku hanyelah sebagai seorang pengguna yang telah menggunakan perkhidmatan ni.

Dah 2 kali dah aku balik dari KL ke JB menggunakan perkhidmatan kapal terbang ni. Bukan tujuan nak bermegah-megah. Tapi sekadar berkongsi ape yang aku rase best la pasal bende ni. Salah satu bende yang aku rasekan best pasal perkhidmatan ni adelah pasal hargenye. Cer tengok gambar dekat bawah ni

setakat ni waktu pagi je la yang harge macam ni

Walaupon murah, bagi aku perkhidmatannya ok la jika nak dibandingkan dengan penerbangan murah yang lain. Sebabnye tak berape sempit; agak selesa seat die, ade makanan walaupon hanya sekadar kek dan air mineral (dah 40 minit je kan terbang, takkan nak bagi tom yam pulak kan). Pramugarinya yang hot ramah; selalu tolong (dah memang keje die kan).

ok la seat die kan

jadi la kan makan ni

Lagi satu yang bestnye adelah ape2hal semua dekat KLIA. Bagi aku senang la sikit. Kalau naik kereta takdelah pusing jejauh macam ke LCCT tu. Tak pon naik ERL, terus dekat dalam terminal tu kan. Kan sonang!
dari atas ke bawah


Baru2 ni aku try la check-in guna web je. Sebab tak pernah kan. Memula aku maki jugak la sistem ni sebab die tak dapat trace aku punye name bagai kan. Lebih dari 10 kali la aku try. Semua nombor2 yang ade dekat e-tiket aku tu aku try masukkan. Rupe2nye yang menjadi kebangangan aku adelah aku salah masukkan first & last name aku. Disebabkan aku ni orang Melayu, so aku letak la name aku dekat first name dan name ayah aku dekat last name. Rupe2nye terbalik. Tu je la kesalahan aku. Mujur jugak aku check in via web sebab bapak ramai dekat kaunter die tadi. Termasuklah ade segerombolan orang2 gomen yang nak balik dari kursus.
lepas check in, masuk je bende alah ni dalam phone. Tinggal scan je. Kan jimat kertas. Tak payah print bagai. Tak payah beratur

Dulu cuaca baik ok je la. Boleh jenguk pemandangan dekat luar kan; nampak la bandar2, kapal, kereta yangg bergerak macam semut dekat bawah tu. Tapi yang latest aku naik ni cuaca agak buruk. Untuk hilangkan bosan, aku pon layan la Just For Laugh dengan main game ala2 game candy crush feeding frenzy. Syok jugak la main. Tau2 nak dekat sampai dah.

dari KLIA dah hujan

macam feeding frenzy kan. DOTA takdela dalam ni...nak lawan sape? Pilot?


Dalam flight ke, dalam kereta ke, dalam gua ke, dalam ape sekali pon
Kalau bukak Twitter, carilah @RidzwanMohamed ye