Monday, December 9, 2013

Sepetang Di Kuala Sepetang

Semalam aku ada berkesempatan pegi Kuala Sepetang. Ala, tempat pertama ade jalan keretapi tu. Takkan tak ingat kot. Tujuan aku ke sane bukanlah nak cari tinggalan jalan keretapi tu. Tapi, nak makan mee udang...

Kalau nak tau, Kuala Sepetang ni jugak terkenal dengan mee udangnye. Dulu, aku pernah pekena mee udang dekat Wangsa Maju. Kedai ni pon asalnye dari Kuala Sepetang jugak. Macam makanan lain jugak la; mee bandung-Muar, char kuey teow-Penang, nasi ayam-Gemas...Lebih kurang macam tu la.
bendera Perak

Disebabkan aku cuti, jadi aku ingin jugak sampai ke sane. Nak cari originnye. Aku, mak ayah aku, dengan anak sedare aku sorang pegi ke sane semalam. Kitorang guna jalan lame untuk ke sane disebabkan memang habit aku yang memang kurang suka ikut highway selain dapat tengok view yang cantik2 sepanjang perjalanan. Jalan yang kitorang ikut adelah jalan lame dari Klang lalu Kuala Selangor semua ke Teluk Intan. Dari situ, lalu la Lumut semua dan sampai la ke sane. Memang jauh dan agak berpusing, tapi puas hati; dapat tengok tempat orang dengan save tak payah bayar tol!

Kitorang gerak dari rumah pagi la dan bersarapan dekat Kuala Selangor. Lepas tu, kitorang meneruskan perjalanan kitorang dan berhenti dekat Pantai Remis untuk bersolat.

kat sini kitorang sarapan

lokasi masjid

Akhirnye, lebih kurang setengah jam-45 minit lepas tu sampai la kitorang ke destinasi yang nak dituju; Kuala Sepetang. Serius, dari jalan besar masuk ke simpang Kuala Sepetang ni, ade banyak sign board pasal mee udang ni. Pak Hasyim, Mak Teh, Mak Jah, Salleh, semua ade. Tapi mee udang la. Mane2 yang allergic udang tu mintak maaf bebanyak la ye.


memang tepi jalan je kedai die

Kitorang meround sampai betul2 masuk ke pekan Kuala Sepetang ni dan akhirnye berhenti tepi jalan nak tanye akak aku kedai mane yang terbaek sebab die yang syorkan sebelum ni. Last2 die cadangkan pegi kedai Mak Teh. Memang tepat cadangan die sebab korang boleh nilaikan sendiri gambar dekat bawah ni...

semangkuk aku punye, semangkuk lagi tu mak aku punye yang aku perabiskan dan nasi tu anak sedare aku punye yang aku jugak tolong perabiskan

Harga semangkuk mee udang ni adelah dalam RM10.00. Berbaloi la. Berape ekor udang dalam semangkuk tu. Jadi, layan la seberapa gambar yang sempat aku ambik ni.

ni gambar sebelum selamat dimakan

 aku memang tak makan kepala udang. so bersusun je kepala tu dekat tepi. tak payah udang tu nak bayar cukai kepala dah

 sebelah sane pon kedai die jugak. siap ade surau

ni antare orang2 yang datang la

Mase kitorang nak balik, ade la geng2 superbike ni datang kan. Memang sah la muka kitorang ni muka pembawak rezeki. Hehehehe. Tapi, serius majoriti kereta yang ade dekat situ plat luar. Tak kurang jugak kereta2 plat "J" memandangkan Johor cuti kan hari ni.

Ni adelah pendapat aku sendiri la kan; aku rase Kuala Sepetang ni sepatutnye dikomersialkan jadi bandar mee udang sempena Tahun Melawat Malaysia tahun depan. Bangunan2 kedai tu cat la kan. Bagi nampak cantik sikit.

Akhir kate, ni memang prinsip aku la kan;

Kalau bukan kite sendiri sebagai rakyat Malaysia yang memagang IC biru tidak menjelajah negara kite sendiri, sape lagi?


Dah makan, ape lagi
Follow la twitter @RidzwanMohamed

4 comments:

PingBlog.Net said...

Wah..bestnya.. makan udang besar2 tu..nice blog..


Kami menjemput semua blogger Ping di PingBlog.Net,Skrip agregator terkini dengan ping sangat mudah kerana auto description dan juga auto image.Artikel anda akan dipost pada twitter dan 294 fanpage serta group facebook.Kualiti Backlink,dan highkan rank blog anda

Ridzwan Mohamed said...

memang best. berbaloi...thanks

Liza Licha said...

hm.. setakat ni kalau mee udang suka mkn dekat kuala kurau je. hihi.
kat kampung. sebb fresh lagipun murah.

Ridzwan Mohamed said...

ooo ye ke. tau dekat sini je