Tuesday, December 10, 2013

Memanfaatkan Public Transport!

Di hari yang mulia lagi berbahagia lagi best ini, aku nak pos la pasal citer aku sikit. Saje je nak memenuhkan entri blog ni kan. Nak bace sila, tak nak, takpe.

Pade hari yang bersejarah ni, aku nak stori pasal pengangkutan awam. Al-kesahnye, pade hari yang berbahagia ni, aku baru je balik dari KL memandangkan semalam adelah cuti bagi negeri Johor. Kire long weekend jugak la minggu lepas. Tu yang aku ade pos pasal ape yang aku buat time cuti tu. Nak tau, klik sini.

Aku memulakan perjalanan balik aku dari rumah aku dekat Presint 17, Putrajaya. Dari sane, aku pegi ke Putrajaya Sentral untuk ke KLIA. Dari, rumah akak aku ke Putrajaya Sentral tu je naik private transport.



Dari Putrajaya Sentral tu, bermula la pengembaraan aku naik public transport; naik ERL terus ke KLIA. Ngam je sebab sampai situ, terus tren sampai.



Dari KLIA, aku pon terus la dengan berlagaknye terus ke check point security tu. Maklum la, dah check-in siap2. Tak payah nak beratur panjang2 dekat kaunter tu. Gunala yang mobile tu. Sebabnye secare tak langsung, korang telah menyelamatkan alam ini dengan meminimumkan penggunaan kertas. Lagi pon, gambar boarding pass tu boleh korang simpan untuk tatapan generasi akan datang selain boleh dijadikan profile picture untuk media sosial. Tu pon kalau nak la kan.

boarding pass!


Dalam 40 minit ++ gitu, maka sampai la aku dekat Senai. Dari Senai, aku lepak2 dulu la dekat airport tu dulu sampai la bas sampai. Memang aku malas nak naik teksi; cepat memang cepat, tapi cepat juga la duit korang mengalir.

Dari Senai, aku naik la bas ke Skudai. Sampai Skudai, aku pon turun la tunggu bas ke Taman Universiti pulak. Maklum la, budak baru la katekan...Bile lagi nak naik bas2 macam ni.

sementara tunggu bas, snap gambar ni dulu...gempak la!

Dari Taman Universiti tu pulak, baru la aku naik teksi masuk ke UTM atau lebih spesifik lagi ke KTDI.

tiket bas

Begitulah citer aku pade hari yang mulia lagi berbahagia ini. Saje je nak citer. Budak baru kan...Tu yang nak merase naik public transport dekat JB ni. Lagi pon, kan....

Kalau bukan kite sendiri sebagai rakyat Malaysia yang memagang IC biru tidak menjelajah negara kite sendiri, sape lagi?





Dah jalan, 
follow la twitter @RidzwanMohamed

3 comments:

Liza Licha said...

kalau naik erl tu ok lagi la.
kalau bas tu yg leceh sikit. salu je lambat.
singgah sini ye

joehaz said...

Macam seronok je travel ni. naik dan rehat je. kalau drive mau sakit belakang la jugak.. tapi tu la, nak naik public transp ok je, cuma kena ada ilmu kan. nanti tak pepasal kena tipu.

Ridzwan Mohamed said...

Liza Licha: betul tu...jmeput2. mmg dialu-alukan

joehaz: saje je nak try bende2 ni semua. mmg kene ade ilmu. at least tau la skt2 psl satu tempat tu