Tuesday, January 6, 2015

Kentut Yang Sedap Ku Rasekan

Sape dalam dunia ni yang tak pernah kentut? Aku rase tidak layak digelar sebagai seorang orang atau seorang manusia jika tidak pernah melakukan tabiat ini. Cuma bergantung kepada persepsi memasing sama ada merasakan kentut tersebut mendatangkan kebahagiaan atau kesengsaraan kepada diri memasing.
Cinta dan kentut....ala kan glamour dekat wasep tu - Gambar Google

Untuk kentut entri kali ni, bukan la kentut yang terhasil daripada diri sendiri yang hendak aku bincangkan. Tapi, sekadar nak berkongsi pasal kentut lagi satu ni. Payah sangat, tengok je la gambar dekat bawah ni.




Secara jujur dan rendah hatinye, tidaklah aku ketahui akan asal usul nama Wak Kentut ni. Tapi, aku cakap betul la, nasi lemak die memang terbaik.

Die ade lagi satu cawangan. Dekat stesen keretapi Kulai tu haa...


Member aku yang bawak ke sini memula aritu. Tapi hampa, tutup. Kire bole la kot buat pantun;
Pergi Wak Kentut nak makan nasi lemak,
Kedai tutup!

Hehehe...Jangan marah ha



Konsep die same la lebih kurang macam dekat Mali's dekat KL sane tu; kene beratur. Kire kalau pergi ramai cun la sebab sorang boleh pegi beratur order, selebihnye boleh cari meja. Kirenye semalam, aku la yang tukang jage mejanye. Tengah2 beranti-sosialnye, member aku ni pun wasep la aku menanyekan nak order air ape. Aku pun ape lagi, google la pasal Wak Kentut ni. Last2 ade terjumpe dekat satu page FB ni, die suggeestkan milo tabur. Aku pun suruh la die orderkan milo tabur tu. Sudahnye member aku tu nyesal pasal die tak order air tu jugak. Lagi satu, yang bestnye pasal Wak Kentut ni, ayam die boleh pilih sendiri. Tu bak kate member aku yang pegi orderkan tu la. Nak tau fakta ke auta, pegi la sendiri. 

Yang milo tabur tu soheh la aku yang punye

Sunday, January 4, 2015

Lampu, Lampu Dan Lampu

Baru2 ni, sebaik sahaja aku menamatkan first paper aku, aku dan beberapa member aku yang terdiri daripada Senah, Bedah dan Samad  bebudak kelas aku ni pegi la Chicken Chop Hutan Bandar. Usah nak bedaah kalau orang JB tak tau dekat mane Hutan Bandar ni.


Ape yang istimewanye pasal Hutan Bandar ni la bagi aku adelah hargenye. Mane nak dapat chicken chop dengan harge 5 hengget selain dalam kawasan IPTA dekat kawasan metropolitan macam JB ni? Hehehehe.
Ni la contoh chicken chop hutan bandar tu- Gambar Google je

Tapi, hakikatnye dalam entri kali ni bukan la pasal chicken chop yang aku nak ceritakan. Tapi saje nak sharekan aktiviti kitorang lepas membaham menikmati chicken chop malam tu.

Lepas daripada makan tu, kitorang pegi la ke Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) sebab nak dapatkan tender angkat sampah daripadanye. Eh tak la, sebenarnye tujuan kiotorang ke sane adelah untuk menikmati keindahan lampu2nye yang ala2 macam dekat ikan celup tepung ICT dekat Shah Alam sane tu ha.

Dengan rase malas nak menaip lagi, korang tengok je la gambar2 dekat bawah ni.










Btw, maaf la pasal terlebih pulak gambar selfie. Aku tidak la bertanggungjawab sekiranye ade yang berase kurang senang atau berase mual atau terus muntah2 atas sebab melihat gambar2 selpie aku tersebut. Wakaka.









Lepas daripada pegi sane, kitorang pegi pulak Istana Bukit Serene pasal nak tengok pulak crown seperti gambar di bawah. Malangnye, bile sampai kat sane, bateri Go Pro member aku ni habis, bateri phone tinggal 5% yang mane camera dah takde function bile dah sampai tahap ni. Bateri phone member2 aku yang lain pun dah tinggal sikit gara2 asyik nak buat time lapse je. Last2 kitorang berbual je dengan brader Askar Timbalan Setia Negeri Johor atau JMF yang kebetulan ade kat sane. Dapat la jugak input serba sedikit pasal bende semua ni.





Nah la, aku belanja sikit gambar member2 aku ni. Berminat? PM saya ok.



Tuesday, December 30, 2014

Kerana Phone Aku Relakan

Tajuk entri ni takde mengena kena dengan tajuk citer ni ye... - Gambo Google!

Jam menunjukkan pukul 9.13 am waktu Malaysia. Pada detik inilah aku meninggalkan rumah untuk menuju ke TBS untuk pulang ke JB pada 28 Disember yang lalu memandangkan bas aku pukul 10 am. Aku berani gerak lambat sikit dari rumah aku sebab mengikut perkiraan aku, dengan menggunakan highway baru dari Pandan Indah tu, aku boleh sampai ke TBS dari rumah dalam lebih kurang 20 minit. Jadi, aku kira pukul 9.13 tu adelah waktu yang ideal untuk aku gerak.

Jadi, aku pun bergerak la memulakan perjalanan dengan tenangnya sehinggalah sampai di suatu lokasi yang jaraknya kira2 500 meter dari tol Loke Yew. Di sinilah bermulanye perosak hari aku hari tu. Mane taknye, phone aku tertinggal!

Haa...kat sini la. - Pun gambo Google

Akak aku dah mengofferkan dirinye untuk pos je phone aku tu. Tapi aku memang tak setuju pasal kalau aku takde phone, maknenye memang tinggi la risiko untuk aku tak datang exam pasal takde alarm untuk kejutkan aku. Maklumla, duduk sorang kan; takde roomate nak kejutkan. Nombor member2 semua dalam phone. Satu pun aku tak ingat.

Nak tak nak, teruskan je la perjalanan ke TBS sebab nak buat Plan B; cari tiket baru. Kalau ade rezeki, try la jual tiket lame aku tu kan. Setibanya, aku dekat TBS, aku dengan akak aku tergamam kejap gara2 ramai gila manusia dekat TBS mase tu. Dalam hati aku harap yang ramai2 ni pergi la tempat lain. Jangan same ke JB dah la. Takut takde tiket.


Turun2 dari kereta, memang tempat pertama aku tuju adelah kaunter bas KKKL memandagkan aku memang biase dah naik KKKL ni. Untuk makluman, kaunter KKKL ni terasing sikit daripada kaunter yang banyak2 tu. Die belah2 belakang sikit sebelah 7-Eleven. Sampai je kaunter tu, aku terus tanye ade tiket ke JB tak hari ni sambil buat muka mengharap. Brader yang jaga kaunter tu cakap ade tapi pukul 9 malam ni la. Aku teruskan usaha aku dengan tanya kaunter sebelah pulak; Mayang Sari kalau tak silap. Lagi hampa; terus takde untuk haritu. Aku tengok kaunter lain, semua tengah beratur panjang. Malas pulak aku nak beratur. Kot2 takde, tak ke sia2.

Bas peberet aku ketika ini - Google jugak

Kaunter yang bersepadu tu tak payah nak cakap la die punye panjang macam mane. Aku try tengok dekat mesin automatik tu. Pendek sikit la. Dalam hati aku kate ade la harapan sikit. Aku pun mula la beratur nak beli tiket daripada mesin tu.

Aku perati je orang depan aku ni beli tiket. Terkial-kial aku tengok. Bole pulak die cari JB dekat central region. Sampai 7-Eleven tutup pun takkan jumpe JB dekat wilayah tengah kalau gitu. Tapi, aku masih berfikiran positif; bukan rakyat Malaysia agaknye. Last2 aku konon2 mengofferkan diri aku untuk tolong die. Aku pun cakap la yang pun memang nak ke JB. Lepas tu die berjaya la dapat ke page nak beli tiket tu kan. Aku baru la ingat nak kirim sekali aku punye tiket dekat orang depan tu sebab memang nak ke tempat yang same kan. Sekali tak boleh. Sebab memang kene sorang2 sebab nak kena masukkan IC, no tepon bagai dekat tiket tu. Die lepas. Kawan die pun lepas sebab just repeat je step yang aku tunjukkan tadi.

Maka burn kan saje tiket ni. Nampak tak, siap tak koyak lagi tu

Sekarang sampai giliran aku dekat depan mesin tu. Tekan punye tekan, terus ade problem; server down! Serius shit. Dalam 5 kali jugak la aku try sambil sengih dekat orang yang queue belakang aku ni dengan niat die paham la. Lepas tu, aku perati je mesin tu sebab aku tak pulak nampak lubang nak pulangkan baki. Yang aku nampak lubang nak amek tiket, lubang nak masukkan duit, dengan lubang dengan lubang nak keluarkan duit kalau duit tak terima. Bukan ape, aku memang takde duit pecah time tu. Yang 2 orang depan aku tadi memang bayar ngam2. Kire takde baki la. Aku pikir kalau aku dapat tiket pun tak gune jugak kalau die tak terima duit aku tu kan. Aku nekad kalau problem lagi mesin tu, aku chow la, Nak pecahkan duit. Memang sah. Problem lagi. Jadi, aku memang cabut dari situ sambil senyum dekat orang belakang aku tadi bagi memberi galakan dan sokongan moral kepadenye agar die berjaya menggunakan mesin tu.

Sah2 la gambar Google ni  pasal aku bawak phone nak snap gambar; contoh mesin tu

Mase tu memang aku langsung tak rase lapar atau haus. Jadi, memang tak bernafsu la nak beli makanan ni kan. Last2, aku masuk kedai KK beli paper Kosmo yang hargenye seringgit tapi bayar guna 50. Dasyat tak aku punye pedajal gara2 nak pecahkan duit. Aku mintak maaf la dekat cashier tu dengan mengatekan aku memang takde duit kecik dah. Paling kecik pun 50 sen. Siap tunjuk lagi 50 sen tu. Cashier tu pun geleng kepale je dengan aku. Pedulik hape aku. Sengih je la yang mampu aku buat dekat die.

Lepas tu, aku sambung la kembali mission aku tu. Aku tengok macam takde perubahan pun die punye panjang beratur dekat kaunter tu. Aku pun kembali la ke mesin automatik tu. Kali ni, mesin sebelah mesin yang tadi tu. Kali ni jugak aku beratur belakang pompuan omputih yang aku kire tingginye dalam 180++cm kot. Hasilnye, tetap same. Problem jugak.
Kosmo.... - Gambar aku sendiri pada tarikh tersebut

Last2 aku akur, aku beratur la jugak join yang panjang2 tu. Yang memelikkan aku, memang tak bergerak langsung. Dah aku pikir takkan lame sangat mase untuk serve sorang customer. Lepas tu, aku ternampak la yang akak jage kaunter tu letak sign yang mengatakan memang ade problem pade server pade ketika itu. Garu kepala je la aku walaupun tak berape nak gatal. Bole kate habis suku la aku bace paper Kosmo yang aku beli dengan bayar 50 tadi tu. Sambil2 tu, aku berbual la jugak dengan brader yang queue belakang aku tu. Die nak belikan tiket untuk adik die untuk balik ke Jerteh. Dalam pade berbual tu, datang la adik die; pompuan, manis orangnye; lebih kurang sebaya aku kot takpun muda lagi dari aku. Orang Terengganu kan. Lagi la bertambah rancak aku berbual dengan brader tu. Wakaka. Citer pasal banjir la, ape la.

Kini TBS menyediakan tiket untuk laluan ke Pantai Timur - Google lagi

Kini, sampai la giliran aku depan kaunter tu. Aku mintak tiket dalam tengah hari sikit. Akak jage kaunter tu pun prefer kan aku bas pukul 1.30. Aku ok je. Tengah2 dalam proses tu, tetiba je berlaku lagi satu masalah. Entah kenape je komputer dekat kaunter tu je yang tak dapat connect ke server tu. Aku tengok kiri kanan lancar je. Sementara nak fix kan balik komputer tu, bas pukul 1.30 dah habis. Die naikkan balik pukul 2.00. Pun same. Last2 dapat pukul 2.15. Aku tak kire, aku nak jugak balik pasal aku dah start final keesokan harinye yakni 29 Disember.

Tengah2 menungu tu, aku rase bahu aku kene cuit dari belakang. Rupe2nye mak aku turun dari kereta jugak sebab nak cari aku sambil nak bagi phone die kalau ade ape2 pasal lame gile kot beratur tu. Aku rase adelah dalam sejam aku beratur tu. Maklum la, phone sendiri tak bawak.



Tak kisah la bas ape pun. Alhamdulillah selamat sampai


Bagi aku la, jangan dibuat lagi hal macam ni. Gara2 phone, habis huru hara hari aku. Lepas tu teruk la kene bahan dengan mak aku. Dah lupa macam2 ni. Hehehehe.


Di kesempatan ni jugak, aku berharap agar kita semua sebagai rakyat Malaysia supaya sama mendoakan kesejahteraan kepada negara kita ni agar dijauhkan dengan segala bala bencana, malapetaka dan juga mendoakan kepada mereka yang sedang menghadapi saat2 kesusahan pada ketika ini.