Assalamualaikum dan
selamat sejahtera hendaknye pade yang membaca blog ini. Pade yang tak nak bace
tu sila la ke tempat lain ye. Tak paksa suruh bace pun.
Rasenye dah setengah
abad dah blog ni tak berupdate. Hehehe. Bukan ape, malas sebenarnye. Pengakuan
ikhlas ni tau. Tujuan update blog ni pun sebenarnye nak ceritakan la
sikit pasal ape yang aku dah buat seperti yang tertera pade tajuk tersebut.
Nah. Sebelum baca, aku belanja dulu. Hehehe |
Negara yang aku
maksudkan tersebut adelah dekat je….Singapore atau dalam melayunye Singapura.
Al-kisahnye, sebenarnye sepanjang 21 tahun, 11 bulan, seminggu (waktu entri ni
ditulis) aku tak pernah ke luar negara. Sadis tak bunyiknye? Orang lain sebaya
aku dah merata dah jalan. Aku baru Singapore dah kecoh masuk blog. Ye dak? Tapi
ape aku pedulik? Blog aku kan! Singapore pun Singapore la kan. Janji luar
negara; kena ade passport nak masuk ke sana.
Merilekkan diri sambil perati je makhluk singa kacuk duyung tersebut. Tu yang julur kaki ni. |
Kisahnye bermula pada
13 November yang lalu iaitu pade hari Khamis. Hasil penyelidikan (google) lebih
kurang seminggu je, maka berjalan la aku punye projek.
Hari Khamis tu aku
jalankan kehidupan seharian aku seperti biasa seperti tiada apa yang istimewa yang
akan berlaku pada hari itu. Pagi tu dari pukul 8 sampai 10, aku ade kelas. So,
aku datang je la kelas tu. Yang luar biase sikit aku cuma makan sebelum pegi
kelas. Kalau tak mane maunye aku makan pepagi. Tu je.
Belanja lagi. Pemurah pulak rasenye |
Abis kelas dalam pukul
10 camtu, maka bermula la projek aku di mana lepas bersiap-siap dekat bilik,
aku pun menempah la teksi untuk ke Sri Putri. Kalau biase nak ke Sri Putri, aku
akan mintak tolong kawan yang tolong hantarkan. Tapi dalam kes kali ni, sengaja
aku naik teksi supaya tak melibatkan sesape melainkan aku sorang dalam hal ni.
Kire projek rahsia la ni. Tambah tolak tunggu teksi, siap2 dekat bilik pukul 11
sampai la aku dekat Sri Putri untuk menunggu bas ke Larkin pulak.
Ni adelah gambar curi sewaktu aku tunggu bas dekat Sri Putri tu. Btw, tanye la student UTM. Tak UTM kalau tak tau Sri Putri ni tau |
Ni saje snap gambar mase bas tengah berhenti ambik penumpang |
Dalam pukul 11.10 gitu,
bas yang ditunggu pun sampai. Maka dengan tambang RM2.70, ke Larkin la aku.
Setibanya aku dekat Larkin, benda yang aku buat selepas isi perut lagi adelah
tukar duit Malaysia ke duit Singapore. Name pun kedekut bajet, maka aku
cuma tukar RM120 je. Dapat la dalam $46. Berbekalkan $46 je ke Singapore.
Maklum la bukan nak shopping ape pun. Just nak berjalan je.
Dekat sini la aku tukar |
Ni keadaan dalam bas SBS Transit tu. Nak snap gambar bebanyak macam segan pulak. Ditambah pulak dengan keadaan dalam bas tu yang kurang stabil. Ade mau jugak aku tergolek gara2 nak snap sangat gambar |
Dari Larkin tu, aku
ambik bas SBS Transit yang bernombor 170. Bas tu memang dari Larkin ke MRT Kranji,
Singapore. Tambang die cuma RM2.10 je. Besar dan jelas die tulis “170” kat
depan die. Plate number die plate Singapore la. So, tak payah la ikut spec
plate Malaysia rasenye. Dengan tiket RM2.10 tu, jangan la dibuang pulak
walaupun buruk rupe tiket tu sebab kite akan 2 kali turun dari bas tu untuk
urusan imigresen Malaysia (CIQ Bangunan Sultan Iskandar) dengan Singapore
(Woodlands Checkpoint). Walaupun kebarangkalian untuk dapat naik bas yang kite
naik sebelum ni kurang, tapi as long ade tiket tu, cari la bas yang bernombor
“170” tu tadi. Macam aku tak dapat bas yang same berdasarkan driver die tadi.
Mase dekat Larkin, driver India. Lepas Woodlands checkpoint tu, alih2 dah tukar
driver. Ingat bas SBS Transit tau. Dah jangan ngada2 tiket SBS Transit nak try
naik bas Causeway pulak.
Yang kuning tu bas Skudai (Sri Putri)-Larkin. Pergi balik la. Yang kecik tu Larkin-Kranji. Tinggal yang tu je. Yang lagi satu entah hilang ke mane entah. |
Ni gambar dekat CIQ tu. Mase nak naik bas lepas dah check passport dekat imigresen Malaysia |
Dekat CIQ Bangunan
Sultan Iskandar tu takde ape sangat la. Cuma bagi passport dekat pegawai
imigresen tu dan lemparkanlah senyuman dekat die pasal senyum tu kan sedekah. Lepas
tu, naik la bas menuju ke Singapore melalui Tambak Johor. Serius, aku macam tak
percaye yang aku dah ke seberang dah (poyo). Bile pandang belakang, bandar
Johor Bahru pulak yang ade kat seberang.
Ni semua gambar atas Tambak Johor ye. Syukur tak jem! |
Setibanya dekat
Woodlands Checkpoint tu, bende 1st yang kena buat adelah kene isi
borang. Disebabkan aku dah menjalankan sedikit research aku di google, so
memang aku dah standby dah bawak pen siap2. Memang membantu pun pasal sebatang
pen pun tak disediakan untuk isi borang tu. Lepas siap isi borang tu, maka
bawak la diri ini ke kaunter passport imigresen sane. Dekat sini la aku dipsiko
sikit oleh imigresen tersebut:
Imigresen: Nak pegi mane?
Aku: Pegi Singapore la bang (Jawab aku dengan
confidentnye)
Imigresen: Ye la, ke mane?
Aku: Merlion Park. (Tak pasti pronunciation aku betul ke tidak. Belasah je. Asal ade
bunyik kan)
Imigresen: Hah, kat mane tu? (Sambil mengerutkan dahinye
buat2 macam tak tau)
Aku:
Kat dalam sane la bang (Jawab aku sambil tunjuk ke arah berlawanan dengan arah Malaysia. Hehehehe)
Imigresen: (Diam, membisu, sambil buat macam tak tau lagi.
Mengetatkan lagi mukanya sambil masukkan passport aku dalam scanner tu)
Aku: Ala bang….tempat singa keluar air tu bang. Lagi ni
pun 1st time saye datang Singapore bang. Tengok passport saya. Kosong lagi kan.
Imigresen: (Baru muka nak senyum) Sorang je ke?
Aku: Aah. Sorang je bang. Nak explore (Jawab aku dengan
satu nada)
Imigresen: Berape lame?
Aku: Sehari je. Petang malam sikit saya balik la.
Imigresen: Ok (Sambil tick, koyakkan sikit borang yang
aku isi tadi; satu die simpan satu lagi die selitkan dalam passport. Cop
passport, terus bagi aku)
Aku: Terima kasih. (Sambil tengok die baru nak senyum)
Tu satu hal. Lagi satu
hal lepas dah check ala2 dekat airport (scan bag, scan badan), aku pun turun la ke escalator
nak ke tempat bas tadi. On the way turun tu, memang langsung aku tak nampak
sebijik pun bas melainkan sebelah sane; sebelah pagar belah berlawanan. Maka,
aku pun pegi la cari jalan untuk ke sane. Setibanya aku di sane, baru la aku
tau yang aku salah masuk; kire aku masuk balik pintu untuk balik ke Malaysia.
Lepas tu aku dah blank la nak buat camne kan. Mujur ade sorang pegawai kastam
kot tanya aku nak ke mane. Lepas tu aku explain la kan. Dalam BI la aku explain
memandangkan die pun speaking dengan aku (ape ingat aku tak pandai speaking ke?).
Rupenye bukan aku sorang; ade lagi 3 orang yang serupa macam aku salah masuk
pintu. Dah la kena escort nak ke pintu yang sepatutnye. Kena check ala2 airport
sekali lagi la. Sampaikan kastam yang jage tadi pun pelik yang die dah perasan
dah aku kene check tadi. Tetibe je ade sorang kastam kat situ kononnye cakap
ala2 Pahang, “aok nak ke mane?”. Aku senyum je la sambil mungkin die ade sedara
mara kat Pahang kot. Orang yang escort aku tadi pun cakap lepas turun escalator
tu, u-turn. Baru aku tau. Mane la aku tau kene u-turn.
Dekat sini la line celcom terus hilang dan roaming pun bermula la di sini |
Sebab tu la aku tak
dapat naik bas yang sama dari Larkin tadi atas sebab2 tersebut la. Tapi, ape
aku kesah. As long ade tiket tu, naik la bas 170 tu. Dalam bas tu, aku perati
je screen phone aku tu. Dekat Woodlands, line celcom full lagi. Tapi makin ke
dalam, makin kurang la barnye. Setibenye dekat MRT Kranji, terus line celcom tu
hilang begitu sahaja. Maka, dengan ilmu research aku di google, aku pun
memulakanlah roaming phone aku tu. Disebabkan aku gune, celcom, maka partnernye
di Singapore adelah M1. Bende 1st yang aku buat bile dah roaming
adelah aku subscribe internet. Ikutla ade RM38/sehari, RM10/3 jam, RM6/sejam.
Semua unlimited. Aku pilih yang RM10 tu je. Urus niaga dalam Ringgit Malaysia
tau bukannye Dollar Singapore. Boleh la aku check-in dekat MRT Kranji tu.
Ni keadaan dalam MRT tu. Lebih kurang same je dengan LRT Malaysia. |
Haaa yang ni saje aku snap on the way dalam MRT tu. Maklum la lebih kurang 45 minit dalam tu.... |
Dari Kranji, aku ke
Bugis sebab aku nak ke Masjid Sultan. Dengan harga tiket MRT $2.50, maka ke
Bugis la aku. Aku naik je ke platform stesen tu, MRT tu pun sampai. Bile dalam
MRT tu la projek aku ni terbongkar bile ade member aku komen dekat check-in aku
dekat Kranji tadi. Tak kisah la kan. Agak lame jugak la aku dari Kranji tu nak
ke Bugis. Siap kene tukar dekat City Hall pulak. Memang kena tahan iman je aku
dalam tren tu pasal ade awek ni boleh pulak diri sebelah aku, main2 die punye
rambut pulak kan. Agak seksi jugak la dari pandangan aku. Huhuhu. Mujur die turun awal atau
sebenarnye die merajuk sebab aku tak layan die entah la kan.
Ni gambar tiket MRT tu. Sekali beli dekat mesin tu je. Nak pegi lain2 tempat just bayar kire macam topup je la nilai dekat dalam tu. |
Dari Bugis tu, naik la
aku ke tanah pasal stesen die bawah tanah untuk mencari Masjid Sultan tu.
Berpandukan signboard yang ade dekat tepi jalan tu, aku ikut je la. Memula
macam nak hilang arah jugak sampai la aku nampak signboard Arab Street dan tak
lame lepas tu aku nampak kubah masjid tu.
Nak hilangkan peluh
sebelum ambil wuduk, aku pun sempat la call mak aku sambil suruh die teka aku
kat mane kan. Memula die jawab aku dekat Legoland. Lepas tu die surrender. Aku
cakap la aku dekat Singapore dan paling best SORANG2. Takde teman, kawan
mahupun kekasih yang ikut aku ke Singapore ni. Mak aku cakap, elok2 la jalan
sane. Jangan tak lepas balik dah la dengan nada gurau la. Lepas solat semua,
aku pun pegi la kedai2 belakang dekat situ. Memang ade kedai Melayu dekat situ.
Aku rase sah2 la halal sebab dekat dengan masjid cuma aku rase mahal la sikit kot. Tu sebab aku dah alas
perut aku siap2 lagi sejak dari fakulti
aku pagi tu. Last2 aku cuma beli air mineral je yang berharga $1.30. Ade air
kelapa. Harga die $3 je. Kelapa Johor pak cik tu cakap. Lepas minum air,
berinstagram kejap, maka bergerak la aku meninggalkan Masjid Sultan tu untuk menuju ke Merlion
Park.
Ni la die Masjid Sultan |
Kirenye dari masjid tu
aku pun patah balik ke Bugis untuk ke Raffles iaitu stesen MRT yang terdekat
kot aku kire untuk ke Merlion Park tu. Aku tak ingat tambang dari Bugis tu ke
Raffles. Dalam $1.40 kot kalau tak silap. Keluar je dari MRT tu, aku terpegun
jugak la tengok keadaan stesen MRT
Raffles tu sebab ade 2 tingkat bawah tanah stesen tu disebabkan stesen tu
adelah intersection stesen. Ala kire macam stesen Masjid Jamek dekat KL la kan.
Bezanye Masjid Jamek satu atas tanah, satu bawah tanah. Tapi yang ni dua2 bawah
tanah. Susah benar, pegi la tengok sendiri.
Ni aku snap on the way jalan dari Masjid Sultan tu ke Bugis Station. Sambil minum air.... |
Keluar2 je dari tanah
dekat Raffles tu, sekali lagi aku terpegun bile aku dikelilingi oleh hutan2
batu. Aku pun keluarkan phone, snap gambar la kan. Pedulik ape aku ape orang
nak kate. Pastikan ingat dekat mane kite keluar dari tanah tu sebab memang
takde gaya stesen MRT pun tempat die pasal atas die terus Standard Chartered
Bank. Bile aku jalan depan sikit, maka tersergam indah la bangunan yang diberi
nama Marina Bay Sands. Dari situ, aku perati jugak mane la tempat singa keluar
air tu kan. Sungai nampak dah, Marina Bay Sands nampak dah. Cuma singa yang tak
nampak lagi.
Puas jugak aku melilau
dekat situ disebabkan takde signboard atau aku yang tak nampak kan. Nak melintas
sebarang macam dekat KL mane boleh. Teringat aku dekat Harith Iskander dalam
Lawak Ke Der yang cakap pasal Malaysian dekat Singapore tu. Maknanye memang aku
melintas hanya dekat zebra crossing dan tunggu traffic light hijau je la kalau
ade traffic light. Lagi satu yang aku sikit kagum dengan driver dekat sane
adelah walaupun aku baru berdiri dekat tepi zebra crossing dekat situ, diorang
dah berhentikan kereta masing2 bagi laluan untuk aku melintas. Errr.... Malaysia?
Sejujurnye, kalau dekat KL, memang aku melintas ikut suka hati je la kan. Tapi dekat sini, terpaksa la aku ke zebra cross macam dalam gambar ni untuk melintas |
Sewaktu keluar dari Raffles Station tu |
Ni ade rehearsal kebakaran kot aku kire. |
Jalan punye jalan baru
la nampak signboard Merlion Park tu. Memang berkejar la aku ke situ. Dan
akhirnye tibe la aku dekat tempat singa kacuk duyung keluar air tu seperti mane
yang aku nyatakan dekat imigresen mase dekat sempadan tadi. Mase sampai sini la
aku ambik gambar puas2, pastu send dekat whatsapp group adik beradik aku dengan
member2 aku. Saje bagi bakar line sikit diorang kan. Nak tau ape respon
diorang. Lagi satu saje gunekan je la internet roaming yang aku dah subscribe
tu kan.
Macam tak percaye je dah nampak Marina Bay Sands tu. Hanya mampu tengok je la. Nak tido sane, raseneye BELUM (belum tau, bukan tak) mampu lagi kot. |
Lepas dah puas
berjalan, bergambar, berselfie dekat situ, aku pun perlahan2 la memulakan
langkah untuk balik. On the way nak patah balik ke Raffles stesen tu aku saje
ikut jalan lain dan terjumpe la satu kedai souvenirs. Ye la, tempat bukan
selalu pegi kan. At least ade jugak la bende yang nak dikenang kan. Bile masuk
kedai tu, melilau mata aku cari bende yang agak2 murah dan berbaloi la untuk
dibeli. Last2 ternampak la key chain ni; $2 satu. Aku pun genapkanlah 5 key
chain kire $10 la kan. Tapi nak tau tak ape yang aku nampak setibanya aku dekat
stesen Raffles ni; memandangkan kali ni aku masuk ikut pintu lain daripada
pintu aku keluar tadi? Key chain yang lebih kurang same rupenye yang cuma
berharga 70sen je satu. Siap free 4 lagi kalau beli 10. Untuk menyedapkan dan
memuaskan hati aku, maka ambik je la 10 kire $7 la semua dan free 4 lagi. Kire
14 la semua sekali. Bayarkan saje.
Ni antara key chain yang aku beli tu. Dalam gambar ade 13. Tapi totalnye 19 semuanya pasal 1 aku dah bagi member (masa gambar ni dah diambik). Selebihnye aku simpan (yang $2 sebijik tu) |
Ni je la yang dapat aku belanja sikit.... |
Lepas dah siap ape yang
patut, maka aku pun memulakan perjalanan pulang aku. Perjalanan pulang aku rase
kurang bosan sikit walaupun mase tetap same dalam lebih kurang 45 minit dari
Raffles tu untuk ke Kranji gara2 melayan whatsapp daripade semua yang terlibat
tadi la. Sampaikan hujan pun aku tak sedar. Dekat Sembawang la aku ingat start
hujan. Diulang ye, Sembawang ye bukan Senawang!
Yang depan ni aku ingat anak tiri singa kacuk duyung tu la. Sian die. Jarang la orang nak bergambar dengan die |
Paling aku tak boleh
lupa mase nak balik tu adelah keadaan dekat Woodlands Checkpoint tu la pade
waktu puncak sebab majoriti start berlari start dari turun bas, nak cop
passport, sampai la nak naik bas balik. Dah macam hunger game pulak aku rase.
Disebabkan ramai orang, maka agak lambat sikit la kan. Kire matahari dah
terbenam la baru lepas menyeberang balik Tambak Johor tu. Tapi serius, view
bandar JB bile dah malam dari Tambak Johor memang lawa. Lagi satu, mase dekat
dalam MRT mase nak balik tu, aku nampak la ade satu kawasan tu macam pesat
sangat die punye bandar. Sangkaan aku kawasan tu still dalam Singapore lagi la.
Tapi bile diamati dengan betul, rupenye kawasan tersebut adelah JB sebab aku
nampak bangunan Sultan Ibrahim dari situ. Fuh, Malaysia maju!
Ni on the way balik. Hujan dari |
Bermula la vice versa dari perjalanan aku pergi tadi |
Begitu la perjalanan
balik aku, Kranji-Larkin-Sri Putri-UTM. Tambang bas 170 dari Kranji ke Larkin
tetap 2.10 tetapi dalam dollar la. Kalau dari Larkin ke Kranji dalam Ringgit
Malaysia la ye. Ape pun ia tetap 2.10. Saje jalan sorang2. Kononnye acah2
backpacker. Kalau backpacker, pakai beg besar gedabak. Tapi aku, beg bawak pegi
kelas tu je aku bawak. Ye la bukan nak isi ape sangat pun. Power bank, jaket,
barang2 souvernirs tadi, makanan sikit. Tiada chewing gum ye. Berani try la bawak
chewing gum masuk Singapore. Next time, mungkin sampai lagi ke sini atau ke tempat
lain pulak. In Shaa Allah. Jika diizinkan-Nya kan….
Di sini, aku nak
ucapkan la terima kasih kepada blogger2 ini disebabkan mereka inilah aku boleh
dapat ilham atau input untuk membuat projek ‘gila’ aku ni. Nak tau, klik la
link2 dekat bawah ni:
Klik la sini. Tak pun
klik sini pun bulih
Takkan situ je, klik la sini pulak
Tak puas? Klik sini pun
takde masalah Korang klik je la sini
Nak klik sini pun takde masalah. Sangat dialu-alukan
2 comments:
perghhh best gile projek gile kau..one day nak kena buat gak nih..
buat je. jangan tangguh2 kan...btw thanks ye sebab membaca
Post a Comment