Bersambung untuk babak hari kedua. Kire dalam entri
kali ni menceritakan apa yang aku buat untuk hari kedua ni. Untuk yang pertama,
boleh ketik klik sini.
Kisahnya bermula dengan rasa culture shock kejap akibat
Subuh yang awal. Pukul 6.10 macam tu dah terang dah. Lepas sembahyang Subuh
macam tu aku tak sambung tido. Tapi aku pegi sambung makan pasal makanan malam
tadi ade yang buat tapau sebab tak habis.
Seperti yang dijanjikan, bekas jiran aku ni akan ambik
kitorang dari hotel tu dalam pukul 7.30 untuk ke rumah dia. Kan masih dalam
Syawal. So, tradisi kunjung mengunjung tu kami teruskan dekat sana. Jalan dekat
situ agak jam jugak la memandangkan orang baru nak pegi keja. Lagi satu, tu la
main road untuk ke KK. Ramai je yang duduk dekat Tuaran tapi keja dekat KK.
Ni lah dia...dia tau bukan diana! |
Lepas bersarapan semua dekat rumah dia, kitorang dibawak ke
KK. Bekas jiran aku ni jugak adalah seorang pengetua sekolah agama dekat satu
tempat dekat KK tu yang bernama Kolombong. Aku pun tergelak bila mula2 dengar
nama tempat tu. Sebenarnya, malam sebelum tu, mak aku ada call anak buah dia
merangkap sepupu aku untuk berjumpa. Deal punya deal last2 kata jumpa dekat Kolombong
tu la. Kiranya satu jalan la antara tempat keja bekas jiran aku tu dengan
tempat nak jumpa sepupu aku tu.
Menara jam dekat Tuaran... |
Mutiara naga aku tak nampak pulak... |
Mak aku usha2 dalam, aku pegi jalan2 kat luar pasar tu... |
Cuaca pada masa tu agak panas jugak sebenarnya. Mungkin faktor
dekat dengan laut jugak antara penyebab bahang dia lain macam. Sedap pekena air
kelapa la time2 macam tu. Disebabkan mak dengan ayah aku dah penat berjalan,
maka sepupu aku ni decide untuk balik je rumah dia untuk berehat, lunch. Cadang
asalnya lepas Zohor nak sambung balik berjalan. Malangnya, petang tu hujan
turun selebat lebatnya dekat KK tu. Maka kami duduk mereput je la dekat rumah. Hujan punya lama sampai la
ke malam. So, untuk aritu setakat tu je la. Benarla, kita hanya merancang,
Allah juga yang menentukan.
Maka berakhir la cerita untuk hari kedua.
Untuk yang pertama, klik la sini.
Takkan ni je, cer
baca yang ketiga pulak. Klik sini.
Ok. Ni yang keempat. Klik sini.
0 comments:
Post a Comment