Showing posts with label Tuaran. Show all posts
Showing posts with label Tuaran. Show all posts

Wednesday, August 12, 2015

Sabah Bah (Bah 2)

Bersambung untuk babak hari kedua. Kire dalam entri kali ni menceritakan apa yang aku buat untuk hari kedua ni. Untuk yang pertama, boleh ketik klik sini.

Kisahnya bermula dengan rasa culture shock kejap akibat Subuh yang awal. Pukul 6.10 macam tu dah terang dah. Lepas sembahyang Subuh macam tu aku tak sambung tido. Tapi aku pegi sambung makan pasal makanan malam tadi ade yang buat tapau sebab tak habis.
 
Dia pickup line dari sini...


Seperti yang dijanjikan, bekas jiran aku ni akan ambik kitorang dari hotel tu dalam pukul 7.30 untuk ke rumah dia. Kan masih dalam Syawal. So, tradisi kunjung mengunjung tu kami teruskan dekat sana. Jalan dekat situ agak jam jugak la memandangkan orang baru nak pegi keja. Lagi satu, tu la main road untuk ke KK. Ramai je yang duduk dekat Tuaran tapi keja dekat KK.

Ni lah dia...dia tau bukan diana!


Lepas bersarapan semua dekat rumah dia, kitorang dibawak ke KK. Bekas jiran aku ni jugak adalah seorang pengetua sekolah agama dekat satu tempat dekat KK tu yang bernama Kolombong. Aku pun tergelak bila mula2 dengar nama tempat tu. Sebenarnya, malam sebelum tu, mak aku ada call anak buah dia merangkap sepupu aku untuk berjumpa. Deal punya deal last2 kata jumpa dekat Kolombong tu la. Kiranya satu jalan la antara tempat keja bekas jiran aku tu dengan tempat nak jumpa sepupu aku tu.


Menara jam dekat Tuaran...
 Lepas dah jumpa dengan sepupu aku tu, dia offer la kitorang untuk stay dekat rumah dia. Tapi, sebelum dia bawak balik kitorang ke rumah dia, dia bawak la kitorang jalan2 pusing2 bandar KK tu dulu. Dia bawak la kitorang pegi Pasar Filipin tu. Masuk2 situ, apa lagi, mutiara la jawabnya kan. Kalau kata nak cari souvenir, situ la aku rasa tempatnye. Nak cari pasal pun boleh jugak rasanya dekat situ.



Mutiara naga aku tak nampak pulak...





Mak aku usha2 dalam, aku pegi jalan2 kat luar pasar tu...


Cuaca pada masa tu agak panas jugak sebenarnya. Mungkin faktor dekat dengan laut jugak antara penyebab bahang dia lain macam. Sedap pekena air kelapa la time2 macam tu. Disebabkan mak dengan ayah aku dah penat berjalan, maka sepupu aku ni decide untuk balik je rumah dia untuk berehat, lunch. Cadang asalnya lepas Zohor nak sambung balik berjalan. Malangnya, petang tu hujan turun selebat lebatnya dekat KK tu. Maka kami duduk mereput  je la dekat rumah. Hujan punya lama sampai la ke malam. So, untuk aritu setakat tu je la. Benarla, kita hanya merancang, Allah juga yang menentukan.
 
Makan dengan tido je la....



Maka berakhir la cerita untuk hari kedua.


Untuk yang pertama, klik la sini.
Takkan ni je, cer baca yang ketiga pulak. Klik sini.

Ok. Ni yang keempat. Klik sini.

Thursday, August 6, 2015

Pergi Ke Sabah Bah (Bah. 1)

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera semua. Terlebih dahulu, tak lambat salah rasanye aku nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada mereka yang menyambutnya walaupun 21 Syawal dah arini. Ingat! Pada mereka yang betul2 menyambutnye tau. Yang tak puasa tu, jangan ngada2 nak menyambutye!

Macam biasa, blog aku ni kan lambat seminggu. Tak caye, tengok balik entri2 aku yang terdahulu. Benda dah seminggu jadik, baru la aku nak cerita masuk dalam blog. Sampaikan ade entri yang terbengkalai lagi. Punca yang dikenalpasti setakat ni satu je; MALAS!

Kali ni, aku nak cerita la sikit pasal aku ke Sabah tempoh hari. Al-kisahnya pada minggu lepas aku pergi la ke Sabah bersama mak dengan ayah aku. Tujuannye saja2 makan angin sambil melawat la berapa kenalan kat sana.

Kitorang gerak dari KL ari Isnin minggu lepas. Flight kitorang dalam pukul 12.50 tengah hari. Tapi pukul 11 lebih macam tu dah terpacak dekat KLIA2 sebab kan KLIA2 tu kan besar. Jauh kena menapak kan nak ke departure hall tu kan. Mak aku ni bukan la larat sangat nak jalan laju2. Pasal tu sampai la awal…

Sebelum akak aku hantar kitorang kat airport, kitorang memang dah breakfast siap2 pasal tak nak beli makanan dekat airport mahu pun dalam kapal terbang. Malangnya, dalam tempoh masa 2 jam setengah penerbangan tu, rasa lapar itu singgah juga pada perut kami. Tapi aku masih boleh menahan jugak la cuma agaknye penerbangan tengah hari masa tu, jadi rasa haus pulak duduk dalam perut besi kapal terbang tu. Aku just beli air mineral je. Mak aku siap beli maggi sekali. Ayah aku pulak pekena the tarik je. Total semua RM13.00. Dah tak kan nak beli kat luar pulak kan.

3 ringgit tau air besar tu

Gambar cliche tiap kali naik kapal terbang

Kira2 pukul 3.10 macam tu mendarat la kami kat KKIA. Masa kitorang sampai tu, ada pulak satu lagi flight yang baru sampai. Jadi, memang beratur la kat imigresen tu. Ye la, nak masuk Sabah kan memang kena lalu imigresen dulu. Kalau ada passport bagi la kat dia. Takde passport, tunjuk IC je la.
Sesampainye di sana, ada orang dah standby nak amek kitorang kat airport tu. Beliau adalah bekas jiran kitorang. Sekarang dia dah menetap kat Sabah dah. Lagi pun dia memang orang Sabah. Dari airport, dia bawakkan la kitorang pegi cari hotel. Dari satu hotel ke satu hotel la kirenye. Boleh pulak die berbahasa Sabah. Jadi, aku dok ternganga je la.


Last2 atas cadangan dia, dia pegi bawak kitorang pegi ke Tuaran. Sebabnye rumah dia memang kat sana. Ape2 hal macam senang la jugak dia nak amek ke ape kan.

Dalam 45 minit perjalanan dari Kota Kinabalu ke Tuaran tu, maka sampai la kami ke hotel yang dia suggest kan tu. Cecah 45 minit sebab masa tu time orang balik keje. Melalui pemerhatian aku, saling tak tumpah  jugak la jalan dia jem macam dekat Jalan Ampang.
 Jem kan?





Nah belanja sikit bandar KK. Abang memang tak payung pun sebab memang tak bawak payung. Tapi masa tu macam nak hujan

Lepas dah check in semua, maka kitorang pun rilek2 la dekat hotel tu. Bekas jiran aku tu cakap dia nak bawak kami keluar semula lepas Isyak. Sejujurnya, kitorang semua sedikit culture shock la pasal sana kan waktu dia awal. Pukul 7 lebih dah masuk Isyak kan.
 
Btw, aku dah pergi menggatal....


Macam yang dijanjikan, lepas Isyak pun dia pickup kitorang bawak pegi makan. Masa nak amek order dekat kedai makan tu, sekali tauke dia orang Kelantan da…Kira takde beza la pun. Isteri dia pun orang Kedah.
Inilah dia!

Lepas dah berhuhu kejap dekat kedai makan tu, bekas jiran aku ni pun bawak la kitorag pusing2 dekat Pekan Tuaran tu. Jangan la expect ada KLCC dekat situ. IPG ada la dekat situ. Agak sunyi jugak la pekan tu memalam. Aku ingat duit syiling seposen yang baru  jatuh pun boleh dengar rasenye. Apa yang pasti yang bukak sampai ke malam adalah 7-Eleven. Dari malam, membawak la ke siang esoknye. Hehehe.


Dah puas meronda dekat Pekan Tuaran tu, kitorang pun dihantar la pulang ke hotel. Bila masuk bilik je, ber-anti sosial la aku. Wifi laju kot. Mungkin sebab tak ramai orang rasenye. Jadi, tamatlah cerita untuk Bah 1 ni bah!


 Gila tak anti sosial. Nilaikanlah sendiri!




Sambungan untuk bahagian kedua kat sini ye. Klik sini.
Nak yang ketiga? Klik la sini.

Tak puas lagi? Klik sini la pulak.