Thursday, August 13, 2015

Sabah Bah (Bah 3)

Entri ni adelah sambungan untuk entri sebelum2 ini. Kalau nak baca, boleh klik sini atau pun sini.

Disebabkan malam sebelumnya hujan agak lebat, maka aktiviti kami adelah tido je la. Bangun2 pagi, segar je la badan. Pagi2 lagi maid sepupu aku ni dah sediakan sarapan. Lepas sarapan, sepupu aku ni pegi la hantar anak dia pegi sekolah. Jadi, kami yang tinggal ni pegi la siap2 kan diri kan. Dia kata nak bawak kami berjalan lagi. Dah hari sebelum tu punya aktiviti tergendala sebab hujan kan.

Dalam pukul 9 lebuh gitu lepas jam jalan beransur pulih, maka kami pulak yang memenuhkan jalan. Disebabkan sepupu aku ni seorang lecturer dekat UMS, jadi dia bawak la kami pegi UMS tu dulu. On the way ke UMS tu, lalu la mercu tanda KK iaitu Menara Tun Mustapha tu. Yang ade Yayasan Sabah tu. Aku gelar mercu tanda KK sebab kalau tengok ramalan cuaca dekat KK, bangunan tu la yang dia tunjuk. Ala, kalau KL tunjuk Bangunan Sultan Abdul Samad/KLCC/Menara KL. Kalau JB, Bangunan Sultan Ibrahim tu.



 
Sampai dekat gate UMS tu, aku rase pintu pagar dia gah la. Macam pintu istana aku tengok. Dia bawak la masuk keliling UMS tu. Bagi aku, sesuai jugak la dia bawak masuk UMS tu pasal view dekat situ memang lawa. Tengah2 dia bukit, belakang dia pulak laut. Serius lawa. Aku rasa kalau aku masuk situ, tension2 lepas ngadap PSM, boleh terjun laut. Hehehe.



Tu la pintu pagar dia


Lepas dah pusing2 kampus UMS tu, sepupu aku ni bawak kitorang pegi merasa puding kelapa. On the way tu, lalu la 1 Borneo kan. Aku rase budak2 UMS mesti lepak situ. Ade wayang semua kan. Tempat puding kelapa tu menghala ke Teluk Sepanggar kalau tak silap aku. Lalu Politeknik sebab kalau dari UMS tu. Syok jugak la dapat kelapa panas2 macam tu kan.












Ni la sekitar dalam kampus UMS tu


Dari tempat puding kelapa tu, sepupu aku tu bawak round dekat area base navy tu. Tapi, tak la masuk. Tempat sulit kot. Dekat situ, aku sudah mula berasa satu benda yang tak kena dekat badan aku ni; nak kencing! Dah banyak sangat minum tadi.


Tu dia...makan puding kelapa tak toleh mana2 dah


Mujur jalan tak berapa jam. Destinasi kitorang kemudiannya adelah balik ke Pasar Filipin. Sebabnye mak dengan ayah aku dah penat jalan pada hari sebelumnya, jadi kitorang kembali ke situ hari tu untuk kembali bershopping. Lagi pun, baru la boleh beli makanan banyak2 sebab esok harinye kitorang nak balik dah. Aku lebihnya nak amplang je. Sabah, amplang. Amplang, Sabah. Tu je aku punye mind set. Dekat situ dah habis berapa jam sebab mak dengan ayah aku beli mutiara untuk anak2 perempuannye. Kira souvenir untuk akak2 aku la. Nak belikan mutiara untuk menantu mereka, diorang takde menantu perempuan lagi. Jadi, untuk satu2nya anak lelaki mereka, aku cuma ambik baju dengan makanan je lebih. Maklum la, makan kan best. Makanan2 semua tu dapat murah pasal sepupu aku ni ade kenal salah sorang peniaga kat situ dan ditambah pulak beliau boleh bercakap dalam loghat Sabah sedangkan lahir di Johor. Kira aku boleh belajar cakap Sabah daripada dia kot2 aku berkenan dengan orang Sabah lepas ni kan. Hehehe.



Salah satu bentuk cinta kepada-Nya boleh la mutiara tu dibuat tasbih kan. Kalau untuk cinta kepadanya, bagi je la terus kepadanya. Kan3.

Ni la dia hasil tangkapan. Semua makanan dalam tu


Lepas dah shopping, kitorang balik ke rumah untuk lunch. Lagi pun, sepupu aku ni ade program petang tu sampai la ke malam. Disebabkan dia ada program tu, dia bagi je pinjam kereta dia lagi satu tu dekat aku kalau2 aku nak berjalan lagi kan.





Tu Masjid Bandaraya...


Dalam petang2 lepas Asar gitu, maka aku pun pinjam la kereta dia pegi ronda sikit sebahagian bandar KK. Bukan seluruhnye pun. Baru dua hari duduk sana, dah boleh dah hafal jalan kat sana. Macam tu la aku berkata dalam hati dengan riaknya. Tapi serius, bagi aku bawak kereta dekat Penang lagi seram sebenarnye gara2 kebanyakan driver2nye dekat sana yang …..(Sorry orang Penang. Bukan semua ye. Segelintir je). Semacam kot kalau drive kat Penang tu. Kalau kat Sabah ni, biasa2 je la.



Puas hati dapat bergambar kat sini


Bawak kereta dia pun bukan la ke mana sangat. Takde la sampai Tamparuli, Kundasang sane tu. Ye la, kereta orang kan. Pusing sikit2 je.




Waktu dekat Sabah ni kalau nak diikutkan awal sejam dari Semenanjung. Cuma jam je yang sama. Ye la. Nak bagi selaras kan. Jadi, dalam pukul 9 lebih gitu dah macam gelap sangat dah. Lepas dinner, aku pun lepak2 je la dekat rumah kan. Main wifi. Jadik anti sosial sampai la aku terlelap. Penat ape siang tadi. Habis la ceita untuk hari ketiga tu.

Nak tau yang 1st, klik la sini.
Yang kedua kat sini pulak tau. Klik sini.
Penghabisannnye dekat sini. Klik sini.



0 comments: