Saturday, September 21, 2013

Berjalan Ke Hujung Benua

Semalam, hari Jumaat, 20 September 2013 adelah hari Jumaat. Ya, memang hari Jumaat. Tapi, pada hari semalam jugaklah aku berpeluang pergi ke penghujung benua Asia iaitu dekat Tanjung Piai. Hujung tak hujung jugaklah kan. Tapi kalau dari segi tanah besar Asianya, memang paling hujung la jawabnye.

Dengan rase malas untuk menaip lagi, ape kate korang layan je la sedikit sebanyak gambar yang dapat aku kongsikan ni ye. Kalau tak kongsi tu, maknanye ia adelah bersifat peribadi ok.

Ni tiket nak masuk sini. harganye 5 hengget je. Lepas bayar, baru perasan ade student price


Ni la tugu yang menyambut kedatangan korang bile sampai ke sini. Sape tak nampak, silalah berjumpa dengan pakar mata ya seperti Professor  Dr Muhaya

Tu namenye rangka glob. Boleh main pusing2 lagi

Tu semua kapal yang tengah 'q' masuk Singapore aku rase

Kalau nak jadi manusia paling selatan, silalah panjat pagar tersebut.  Nescaya, anda akan diingati

Aku rase aku la manusia paling hujung kot ketika gambar ni diambik

Kalau tak silap, tu stesen janakuasa. Apa yang penting, ia masih dalam Malaysia

Ucapan tahniah diutuskan

Kalau penat duduklah. Dah bayar kan...

Bukan moto Portugis ke ni?

Memang untuk duduk sambil menghirup udara segar. Takde internet/wifi kat sini ye


Agak2 nak jumpa Randy Pangalila atau Nia Ramadhani ke, pegi la sane

Memang tak la nak berenang 

Dah tau dah arah kiblat

Ni bukan kawasan banjir ye



Tanah tumpah darahku!

Ampang takde pulak dalam ni. Tak adil sungguh
Yang sebenar-benarnye memang tak plan langsung nak ke sini. Dah la hari Jumaat pulak tu kan. Tapi, itu la kehendak Allah s.w.t kan. Sampai jugak aku ke sini. Tak jauh pon dari UTM. Dalam sejam je lebih kurang.


Ke hujung mane pun kalau dah sampai, 
jangan lupa ye bertwitter @RidzwanMohamed



2 comments:

saliana said...

dekat dengan matrik ku huuuuu

Ridzwan Mohamed said...

matrik teknikal tu ek