6.40 am, 3 Mac 2015; Sedang aku mundar mandir main phone sementara nak tunggu pegi mandi, tetiba je bilik aku jadi panas dan gelap. Rupe2nye blackout. Aku pun wasep la dekat member2 aku yang lain nak tanya yang bilik diorang pun blackout jugak ke sebab kekadang aras blok aku je yang blackout atas sebab ada beberapa engineer yang masih belum bertauliah menjalankan tanggungjawab. Rupenye memang satu UTM memang blackout.
|
Gambar google |
Blackout2 pun, aku jalankan tanggungjawab aku sebagai studet (ayat kasi poyo sikit) iaitu pegi la ke kelas. Lagi pun apa la sangat...satu kelas je aritu. Dalam kelas lecturer tanya, "awak mandi ke tak?". Aku pun jawab la dengan yakin dan tak berperasaannya; "Elektrik je yang takde, air tetap ada" walaupun masa tu peluh dah start dah membasahi belakang aku.
Maka kelas pun tetap berjalan macam biasa walaupun hanya sejam daripada 2 jam sepatutnya. Bile habis kelas, aku pun terpikir apa yang patut aku lakukan dalam situasi blackout ni; bilik panas, internet takde sebab network devices semua tu tetap perlukan elektrik untuk beroperasi kan. Sampaikan staff2 aritu pun tak boleh nak punch card.
|
Gambar google |
Nak dijadikan cerita, malam sebelum kejadian, penuh dekat group wasep aku bincang pasal nak pergi ke USS. Aku pun ada la survey2 sikit pakej2 yang murah kan. Jadi, tetiba aku dapat idea yang why not try ke USS tu tanpa menggunakan pakej; kira pakai redah je la ni. Jadi, dengan menggunakan diri sendiri sebagai bahan ujikaji, aku pun plan la ke Singapore memandangkan kalau dok UTM pun bukan boleh buat apa gara2 blackout.
|
Sampai dah aku |
Aku pun balik dari kelas, siap2 semua, aku pun bergerak la ke Larkin. Bukan ke stadium tau, tapi ke Larkin Sentral tu ha. Nak jimat punya pasal, maka aku pun makan la sekenyang yang mungkin dekat Larkin tu sebelum masuk ke Singapore. Lepas tukar duit semua, maka aku pun beratur la untuk naik bas 170 ke Kranji tu.
|
Mencekik dulu kat sini. Bagi bertenaga sikit |
So, procedure die tetap sama; turun 2 kali untuk check passport; satu kat Bangunan Sultan Iskandar, Malaysia, satu lagi dekat Woodlands, Singapore. Cuma bezanya, aku takde la kena psiko lagi dengan pegawai imigresen (
klik sini kalau nak tau cerita psiko tersebut) sane tu gara2 dah ada pengalaman. (Bongkak dan poyo sekejap).
Kalau dulu (
klik sini untuk entri dulu), dari Kranji aku menuju ke Sembawang apa semua tu kan. Tapi kali ni, aku naik MRT pegi ke arah yang berlawanan iaitu ke Jurong East. Dari Jurong East tu, kena tukar MRT lagi dekat Buona Vista untuk ke Harbour Front. Kirenye 3 kali la naik tren yang berbeza. Tambang die dari stesen Kranji tu $2.50.
Setibanya dekat Harbour Front tu, aku perati je signboard untuk ke Sentosa. Untuk makluman, stesen ni bawah tanah. Dekat atas die, ade mall nama die Vivo City. Ala, macam stesen KLCC la rupenye.
|
Ni lah rupe dalam Vivo City ni. Sekali pandang macam Alamanda pun ade jugak |
|
Ni la jarak die dari seberang sini |
Dari Vivo City tu, ade berapa cara untuk ke Sentosa Island tu. Antaranya bawak kereta sendiri, naik monorail, jalan kaki atau merangkak (aku rasa boleh je sebab takde pun peraturan yang melarang seorang individu itu untuk merangkak ke Sentosa Island tu). Disebabkan aku masih gagah, perkasa dan hensem (poyo detected), maka aku pun jalan kaki je. Jarak die lebih kurang 500m je dari situ; macam tak biasa pulak jalan kaki dari stesen Hang Tuah nak ke Times Square. Bezanya, laluan pejalan kaki die berbumbung. Siap ada nama lagi; Sentosa Boardwalk.
|
Walaupun diperbuat daripada papan, seekor anai2 pun aku tak nampak merayau kat sini nak makan. Mahal barangkali makan papan kat sini... |
Macam aku cakap tadi, situasi die lebih kurang same je macam jalan kaki dari stesen Hang Tuah ke Times Square tu sebab dalam korang berjalan tu, ade je monorail lalu dekat sebelah atas korang. Bezanya, kalau dekat KL tu kite jalan lalu depan Penjara Pudu, tapi kat Singapore ni, kite jalan atas laut.
|
Yang kapal besar tu dari Belanda sebab tertera kat tepi die perkataan "Rotterdam". Rasenye Van Gaal, Van Persie, Van Persiaran ade kot dalam tu |
|
Perlu diingatkan la ye, bahawa tiang tersebut bukan la tiang ampaian untuk menyidai pakaian. Tapi ianya adelah tiang cable car ye |
Bile dah masuk Sentosa Island ni, aku belanja je la gambar2 ni.
|
Jalan Ampang dengan Jonker Street memang sebelah menyebelah pun |
|
Sekali tengok tempat ni, saling tak tumpah mcam dekat Putrajaya |
|
Safety first! Sedangkan dalam gua ade fire extinguisher, takkan la dalam kenderaan perdagangan takde kan.... |
Hasil daripada penyelidikan aku, memang ternyata untuk ke USS ni, memang memerlukan pakej daripada pakai redah sendiri. Sebabnye, tiketnye saje untuk masuk ke dalam USS ni dah S$74/79 (tak berape pasti) kire2 dalam RM197-212. Tu bab duit. Masa lagi. Sebabnye dari Kranji nak sampai ke sini adalah dalam 45-50 minit. Kalau pakai pakej aku rasa die ade sediakan bas/van direct ke sini.
Tujuan aku memang sekadar untuk buat survey nak pegi USS je. Memang tak la aku masuk dalam tu. First, sebab duit. Second, sebab aku sorang. Kire tak fun la masuk sorang2. Paling tak pun masuk la dengan
awek kawan2.
Lepas
mengurat merayau dekat situ, aku pun bergerak ke untuk cari masjid. Sengaja aku lengah2 kan masa kat situ supaya sampai Zohor la. Lepas google, masjid yang terdekat dari lokasi aku adelah Masjid Temenggong Daeng Ibrahim. Puas jugak la aku melilau sebab langsung takde sign masjid dari situ. Rupenye memang dekat bebenor dari Vivo City tu. Seberang jalan je. Tapi ingat, nak melintas jalan dekat Singapore berbeza sikit daripada melintas jalan dekat Malaysia; memang kena ikut traffic light. Jangan pakai redah je walaupun jalan dah clear!
|
Mungkin ni la peninggalan Johor kat Singapore kan |
|
Berkibar bendera Johor kat sini |
Tapi, bile diamati suasana depan masjid ni, macam suasana dekat Klang; dekat area jalan nak ke istana tu.,.Dengan flyovernye.
|
Kan seberang jalan je kan.... |
|
Ni la depan Vivo City ni....siap ade Giant! |
0 comments:
Post a Comment