Tuesday, February 4, 2014

Cuti-Cuti Suku Malaysia (Part 2)

Dalam entri lepas (klik sini), aku ade ceritakan pasal perjalanan aku dari KL ke KB. So, dalam entri kali ni, aku kan ceritakan pasal hari kedua pulak iaitu bila masa kami dekat KB dan jalan2 sekitar Kelantan ni.

Ceritanya bermula pade waktu pagi tu lah. Mungkin disebabkan penat drive tak habis lagi, maka terlajak la sikit tidur tu. Lepas Subuh sambung balik. Dalam pukul 10 lebih sikit baru tersedar. Disebabkan bekalan makanan yang aku beli dekat Petronas Highway Karak yang masih ade tu, maka hanya tu je la yang menjadi sarapan kami.

Salah satu daripada sarapan kami - ihsan Google

Siap punye siap, maka pukul 11 lebih jugak la baru start gerak. Destinasi kami pade hari tu adelah ke Rantau Panjang. Memang tak sah la kalau tak pergi. Aku ni bukanlah mahir sangat jalan dekat Kelantan ni kan. Jadi, memang drive hanya ikut kata hati sahaje lah. Juga berbekalkan sedikit ilmu Geografi serta ikut signboard. Memang tak pakai GPS atas dua sebab; takde GPS dan kedua takut lagi sesat sebab pernah terkena dulu. Tu yang panggil GPS tu Guna Pasti Sesat!

Aku pergi ke Rantau Panjang ikut jalan yang lalu Pasir Mas tu. Betul la Pasir Mas ni orang2nye cun melecun termasuklah yang jaga kaunter dekat Petronas. Kebetulan pulak memang nak isi minyak sebab alang2 nampak Petronas sebelah kiri yang tak perlu melintas untuk pergi kepadanya. Neelofa pon asal sini kan.


Tak lame lepas tu, sampai la kami dekat Rantau Panjang. Memula sampai sane, jalan agas sesak. Rupa2nye kereta yang banyak2 tu semua tengah queue nak ke seberang (Sungai Golok, Thailand). Aku pon himpit kiri la sikit. Buat ape nak menempuh jam same. Tapi dalam pekan Rantau Panjang tu jugak agak sesak sebenarnye sampaikan aku pusing sampai 2 kali nak cari parking.

Last2 parking sini je




Serius, cuaca hari tu sangat panas. Dan memang air kelapa memang jadi buruan la mase tu. Peluh tak payah cakap la. Berjurai-jurai keluar. Sebelum beli barang2 dekat sane, kami makan tengah hari dulu bagi recharge tenaga la kirenye.


Selesai jalan2 sane, kami pon singgah dekat Masjid Jubli Perak Sultan Ismail dekat Rantau Panjang tu untuk melaksanakan kewajipan. Memang unik masjid ni. Bukan singgah jadinya sebab agak lame jugak la dekat masjid tu mungkin disebabkan keunikannye kot.

Kan unik kan

Dari sane, mungkin disebabkan cuaca yang panas terik tu, kami pon balik je la ke hotel. Masuk je bandar Kota Bharu, jam lagi. Maklum la time orang balik keje. Dah la panas. Masuk je hotel, aku pon melelapkan mate kejap. Letih akibat penyahhidratan kot.

Sedar daripade tidur, aku pon whatsapp la kawan baik aku ni yang belajar dekat USM Kubang Kerian ni kan kot2 die ade. Sekali, die takde sebab tengah cuti raya Cina ni la. Lagi la melahu aku duduk hotel tu. Mak dengan ayah aku dah malas jalan dah. Jadi, dengan merase forever alonenye aku pon merayau la kejap sekitar bandar KB tu termasuk la Kota Bharu Trade Center tu. Mane la tau kan kot terjumpa mek2 kelate yang berkenan kan.


Disebabkan nak simpan tenaga untuk keesokan harinye, maka memang tak gerak jauh pon kitorang malam tu. Makan pon cuma dekat kedai yang dekat je dengan hotel kitorang tu.

Letih2 pon sempat jugak bertwitter:
@RidzwanMohamed


2 comments:

zacky786 said...

nice. bro.. jln2 mlysia

Ridzwan Mohamed said...

hahaha. sape lagi kan nak meround negara sendiri