Tuesday, May 22, 2012

Salah Satu Cara Nak Majukan Citer Melayu!


Assalamualaikum semua. Hari ni rase terajin pulak nak update blog. Tapi macam biase la entri aku ni hanyelah pandangan daripada aku sendiri je ye.
tetiba rajin pulak nak update


Kalau entri aku sebelom2 ni banyak berkaitan dengan politik, jangan risau sebab kali ni entri aku ni tak berape sangat nak sentuh isu politik cuma sikit je ye. Diulangi tak banyak! Sikit je.

Ok, sekarang ni aku tengok industri perfileman Malaysia sudah ada  kemajuan sikit la. Sebabnye aku tengok dah ade la sikit perbezaan daripada dulu iaitu tak la asyik berkaitan dengan cinta, samseng, kongsi gelap dan hantu. Tak caye? Kan sekarang tengah tayang citer Mantera yang Tomok berlakon tu kan.

Aku pon tak la lagi tengok citer tu. Bagi aku, sekarang ni la kan, kalau nak majukan industri perfileman kite, citer tu sendiri haruslah ade memasukkan ahli politik atau bunyik yang senangnye iaitu MENTERI.

Maksod aku disini bukanla suruh Menteri2 yang sedia ade ni berlakon. Cuma pelakon yang ade sekarang ni je yang memegang watak sebagai menteri. Tak kesah la menteri ape sekali pon. Bergantung pade citer la kot. Kalau citer pasal perang, Menteri Pertahanan, kalau citer polis2, Menteri Dalam Negeri, kalau citer bisnes2 Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna. Janji ade kaitan la kan.

Lagi satu, kalau pelakon tu pegang watak sebagai Menteri, tak perlu la dia berlakon 100% sebagai Datuk, Datuk Seri, Tan Sri yang sedia ade. Karang tak pasal2 kene saman. Bagi aku, cukup la pelakon tu bawak indentiti sendiri.

Rasionalnye bagi aku kalau buat citer ade masukkan golongan sebegini, bagi aku citer tu akan nampak lebih gah dan gempak. Tak percaye? Cuba tengok citer2 Hollywood tu. Rilek je kan siap ade Presiden lagi tu. Contohnye macam citer Transformers tu, tak kesah la 1 ke, 2 ke, 3 ke. Kan ade ahli politik dalam tu kan.
dalam citer Transformers 3, kan 'die' ade yang bagi Sam pingat tu!


Lagi satu, usahkan citer Hollywood, citer Tamil pon ade kan. Siap jadik Ketua Menteri lagi tu.

Rasionalnye yang lagi satu, kalau buat macam ni, tak payah la pengarah citer tu pening kepale nak pikir buat 'negara bayangan' diorang tu macam citer Cicakman yang ade Metrofulus tu. Semua in Malaysia je.

Lagi satu, kalau la citer ni bawak ke peringkat antarabangsa, sedikit sebanyak orang luar tau la macam ni pentadbiran Malaysia.
sekadar gambar hiasan...banyak lagi kementerian lain


Kalau pasal set pulak kan, bagi aku tak perlu la tiap2 hari pergi office Menteri tu. Aku rase cukup la hantar wakil supaya pegi office Menteri tu, tengok ape yang patut, pastu buat set sendiri berdasarkan office Menteri tu. Takkan la nak kacau Menteri tu dekat office die tu kot. Buatnye die ade tugasan rasmi karang, mane tau kan.

Semua yang aku tulis ni adelah sekadar cadangan semata-mata. Bagi aku kadang2 aku dah naik bosan dengan citer2 Melayu yang lebih kurang je die punye jalan citer.


2 comments:

Anonymous said...

Aku bukan rajin tengok filem

Aimacomel said...

Ye, betul tu.. filem kita kalau ada pasal org besar pun asyik2 pasal datuk kaya, datuk skandal, datuk tu, datuk ni.. kan?