Friday, April 20, 2012

Membeli Nombor

Lame blog ni tak diupdate. Ok, kali aku nak cerita pasal pengalaman aku membeli nombor. 1st sekali sila jangan kaitkan aku dengan:
ATAU...

ATAU...


ATAU seumpama dengannya!

Kesahnya aku ni sebenarnye baru nak daftar MUET. Biasa la kan dunia sekarang ni. Mane ade bende yang free.

Jadi, aku pon pegi la BSN untuk membeli nombor pin bagi membolehkan aku mendaftarkan MUET ni.

Sampai2 dekat sane, aku pon pegi la ambek borang dekat situ. Time tu memang tak ramai orang. Jadi aku akan isi borang dulu lepas tu baru ambik nombor giliran.  Aku pulak mase tu tak bawak pen. Jadi nak  isi borang tu terpaksa la guna pen bank. Tapi aku tak boleh blah betol dengan ade sorang pompuan depan aku ni.

Bapak lame die isi. Aku tengok sampai ade 3 borang yang die nak isi. Paling tak boleh lupa siap die pandang aku dan senyum kepuasan macam die sorang yang ade pen mase tu. BSN dekat Bandar Baru Ampang ni takde la besar mane pon. Mungkin sebab tu la tempat yang buat simpan borang2 tu ade satu je.

Kalau setengah bank yang besar sikit, banyak la bende tu kan. Bile ade banyak, banyak la pen yang ade kan...

Last2 aku nampak ade pen dekat kaunter. Ape lagi aku isi la dekat situ. Akak yang jage kaunter tu pon senyum je dekat aku. Peduli ape aku. Aku tengok die mase tu boleh lagi berbual dengan member2 die.

Siap isi, aku pon tekan mesin yang bagi nombor giliran tu. Dah name pon tak ramai orang, tekan je terus nombor naik. Sampai2 je dekat kaunter tu aku bagi la borang tu dan cakap yang aku nak beli nombor MUET. Akak tu cakap 101 ye dik. Tercengang aku dibuatnye.

Mane tak tercengang. Aku ingat harga die dalam puluh2 je. Puas dah aku tanye mereka2 yang dah ambik MUET ni pasal harganya. Masing2 dah tak ingat.  Dalam wallet aku ade 60 je. Nak buat camne kan. Last2 terpaksa la cancel beli kan. Aku pon keluar dari bank tu dengan rase malu yang teramat sangat.

Aku pon pegi cucuk duit dulu. Pastu balik rumah. Tak nak aku pegi balik time tu jugak. Mesti akak tu cam. Niat nak pegi balik mase petang. Tapi apekan daya, petang tu hujan disertai dengan kilat dan guruh.

Aku pon ambik keputusan untuk pegi keesokkan harinye dengan rase confident iaitu dengan bawak duit yang secukupnya dan paling penting bawak pen sendiri. Alhamdulillah, kejadian seperti sebelumnya tak berulang. Lepas tu aku terpikir, mahal jugak ek MUET ni. Kire lagi mahal la daripade denda penari tiang tu.

2 comments:

Hanis-Afiqah said...

hehe, ingtkn nk citer psl 'beli nombor' tu.. :DDD

Ridzwan Mohamed said...

kalau menang, baru boleh citer....


he3 mane ade.saje je.haram, berdosa besar!