Tuesday, December 11, 2012

Tragedi Di Hari Jadi

Assalamualaikum, selamat sejahtera. Kalau nak tau(kalau tak nak sudah, aku pedulik hape), semalam merupakan hari jadi aku atau bahasa mudahnya birthday aku. 10 Disember tiap2 tahun. Semalam, genaplah 20 tahun aku hidup di muka bumi ini pada pukul 9.20 pagi. Alhamdulillah.


Memandangkan aku ini hanya insan biasa yang menyambut birthday, maka sudah tentulah tiada penganugerahan pingat memandangkan aku ni bukan raja. Juga tiada parti liar yang melibatkan pergaulan bebas antara laki2 dengan pompuan beserta 'air kencing setan' yang dihidangkan memandangkan setakat ni aku mampu lagi berfikir dengan waras. Alhamdulillah.

Oleh sebab biasa je, maka aku pon menjalankan rutin harian aku dengan biasa je la. Sampai la masa nak dekat Maghrib, baru la aku nak mandi. Memang tu la dia rutin harian.


Tapi mase nak start mandi tu la berlakunya satu tragedi yang mane pusing punye pusing paip shower dekat bilik lebih la daripada 360 darjah, tetap tak keluar2 air walaupon setitik. Yang keluar hanyalah air liur daripade aku yang memaki shower tersebut.
sabarkan sajelah...

Rupe2nye roomate aku tahu lebih awal dari aku. Disebabkan aku tido sebelum tu, maka dia pon kesian nak kejutkan aku. Bila aku bangun, die pegi training pulak. Maka, menjadilah aku seperti orang yang tak tau2 ape pegi pusing shower tu tadi.


4 comments:

HanaNabihah said...

Happy belated birthday!
Err~ cerita dia sekarang ni mmg takde air la kn? bkn salah shower. hehe

Ridzwan Mohamed said...

thanks...
mmg shower yg slh.die punye dlm tu dah loose

k.nana said...

hahahahaha hadiah birthday tue.......hepi besday....

Ridzwan Mohamed said...

betul jugak tu...hahahaha
terima kasih