Tuesday, March 29, 2011

Nape Tak Khabar Awal-Awal

Beberapa taon lepas Tanah Melayu diisytiharkan menjadi Malaysia dan Singapura terpisah daripada Malaysia dulu,terdapat la dua orang makcik yang hidup tidak berjiran tetapi saling mengenali disebabkan masing2 pernah membantu anggota keselamatan semasa darurat dahulu.
Bendera Malaysia



Makcik yang pertama bername Saonah dan makcik yang kedua bernama Peah.Nak dijadikan citer,Peah ni ade anak lelaki dan Saonah ni pulak ade anak perempuan.Jadi si Peah ni berkenan sangat kat anak Saonah ni untuk dijadikan menantu.Sewaktu si Peah dan suami pergi berjumpa dengan keluarga si Saonah ni,beginila ceritanyer.Berikut adelah dialog yang telah diambil dan telah dipendekkan.

Saonah:Soal tu aku tak boleh la nak kasi jawapan

  Peah:Takpe la kalau cenggitu,eden nak wat camna kan

Saonah:   Pasal tu cek kene la pi tanya tuan punye badan dulu.Sat noh....Tijah oooo tijah mai sini sat.Mak nak tanya sikit.

(Berlaku la bisikan antare dua beranak sambil Peah dan suami nya menyambung makan bihun goreng yang dihidangkan Saonah sambil minum air teh o jenama lipton)

(Kemudian Saonah kembali kepada Peah dengan muke yang agak riak)

Saonah:Anak cek nak tanya sikit,anak hang tu kerja apa?Maklumla sekarang ni kos sara diri makin naik?(sambil menayangkan gelang dan rantai beliau kepada Peah)

Peah:La....ape tu.....yang kalau cakap orang melayunye ape?Pemandu.

Tijah&Saonah:WHAT?Pemandu???(kemudian Tijah masok ke bilik dengan melulu)

Saonah:Maaf Peah,cek ni bukan nak hina ka apa ka kerja ni.Tapi camna dia nak tanggung anak cek nanti bila dah kawen?

Peah:Eden nak buat camne lagi kalau dah ekau ngan anak ekau sekali dah tak setuju dengan peminangan ni.Nanti takut tak bahagia pulak nanti.(kata Peah dengan sedikit wajah kecewa.)Tak pe la kalau cenggitu,eden mintak diri dulu la.Tu ha....kobau ngan lombu tu nak kene bagi makan petang2 cenggini.

Sampai je Peah kat pintu,tiba2 terdetik hati si Saonah ni nak tanye
Saonah:Anak hang tu keje bawak ape dan selalu pegi mane?

Peah:Ala...pemandu kapal terbang.Dio kato dalam 2 minggu sekali jugak die pegi London.MAS punye kapal terbang kalu tak salah
Subang Airport


Kemudian dengan tidak semene-mena,kedengaran tangisan dan jeritan daripada dalam rumah tersebut.



0 comments: