Friday, December 14, 2012

Kelas Tinggi

Sekarang ni aku sedang belajar pada sem yang keenam.Insya-Allah, kalau takde ape2 yang sangkut, maka ni lah sem terakhir aku dalam ambik diploma ni. Insya-Allah memang nak menyambung pon.

Tapi, walaupon dah 6 sem dah belajar dekat UTM Jalan Semarak ni, ni kali pertama belajar di tempat yang tinggi. Sebelom2 ni, paling tinggi pon tingkat 4. Paling rendah pon, tak pegi kelas langsong dekat bawah je la.
ni google je....

Tingkat yang aku maksudkan tu adelah tingkat 9. So, bayangkan kalau lif rosak, mau basah jugak ketiak nak mendaki naik atas tu. Tapi, aku rase kebarangkalian untuk lif tu rosak amatlah kurang memandangkan bangunan tu baru je digunakan.



Mase sem 1 aritu, bangunan ni masih dalam construction. Tu yang senior aku cakap yang maybe batch aku la yang sempat guna bangunan baru ni. So, kata2nye amat benar belaka.

Sebenarnye, dah 4 kali dah kelas sini walaupon dah nak masuk minggu kelima dah sem ni berjalan. Sebabnye kelas yang buat dekat bangunan baru ni hanyelah seminggu sekali memandangkan ianya hanyalah satu kredit. Tapi dalam empat2 kali tu, baru hari ni la aku berjaya bawak phone. Seperti telah disumpah, macam tau2 je phone aku ni akan lemah baterinye pade pagi Jumaat. Penyelesainnye adelah cas la phone tu waktu pegi kelas. Segan pulak nak cas dekat kelas. Memang banyak suis. Dah 3 kali Jumaat dah. Kali ni baru berjaya...

Bila dah bawak phone, lecturer tak sampi lagi, view dari kelas cantik ditambah dengan cuaca yang agak baik pada waktu pagi, maka dapat la jugak ambik berape gambar. Jakun la kejap.... Bukan tak pernah tengok bandar KL. Tapi dalam 3 tahun, ni baru merasa duduk dekat kelas tinggi.





2 comments:

Anonymous said...

best tu blaja bangunan baru :)

Ridzwan Mohamed said...

tu yg semangat tu