Monday, September 17, 2012

Musim Haji

Hari ni 17 September 2012 merupakan cuti bagi negeri2 dekat Malaysia kecuali Kelantan, Terengganu, Kedah sebab diorang dah cuti semalam.

Pade malam tadi, kumpulan pertama jemaah Haji Malaysia telah pon berlepas ke Tanah Suci. Dalam ramai2 tu termasuklah jugak kedua ibu bapa aku, Puan Latipah Cholan dengan Encik Mohamed@Hussin Bin Abdul Manap.
inilah mereka...

Maka malam tadi aku dengan family aku telah pon menghantar mereka ke Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya. Berlaku la jugak drama sebabak. Ye la, mau tak sedih.... Tapi dalam kesedihan tu, aku bersyukur jugak yang diorang terpilih untuk menunaikan rukun Islam kelima tu.

Jeles je aku tengok ramai2 orang tu dapat pegi tahun ni. Aku? Entah bile la... Mane boleh takde niat nak pegi. Aku jamin, otai mane sekali pon, selagi die ni bergelar Islam, mesti ade kalau tak jauh, dekat, kalau tak dekat, jauh di sudut hati diorang ade niat nak pegi tempat suci ni.


Akhir kate, semoga mereka dipermudahkan segala urusan selama menjalani ibadah di Tanah Suci dan mendapat haji mabrur.

Insya-Allah

5 comments:

Mrs Velentine said...

Wah bestnye...sya teringin juga nak pg suatu hari nnt...insyaallah..cubot2 nuffnang awak

Anonymous said...

slmt pergi dan slmt balik. amin

Puan Surina Rashid said...

semoga selamat semuanyaaa

sephia sophia said...

siyes mmg sedih sgt ms nk lepaskan diorang pegi.. ms antar mak ayah sy pn mcm tu.

sentiasa doakan kesejahteraan diorang kt sane...insyaAllah.

Ridzwan Mohamed said...

Mrs Velentine :rasenye semua org ade impian camni...

Rapunzeel Cikilolo :insya-allah,amin...

Mrs Suriz:insya-allah

sephia sophia: sape pon tak sedih kan.insya-allah.tak lepas doakan diorang