Saturday, April 2, 2011

Cakap Senang La Buat Tengok

Bile bukak surat khabar,boleh kate banyak pasal citer ni.Tengok berita,pon same gak.Pasal ape lagi?Pasal Pilihan Raya Sarawak la.Aku bukan nak marah pon.Tapi bile nak pilihan raya je naik tebal surat khabar.Penuh citer pasal mende ni je.Dah tu keje wartawan tak gitu.



Ok la aku bukan nak cerita pasal kerjaya wartawan pon,tapi aku nak cakap la sikit pasal politik kat negara yang aku sayang ni,Malaysia ni.Especially time nak dekat2 pilihan raya.Nak tau ape?


Time pilihan raya la baru nak turun padang nak jumpa rakyat.Mula la janji ni la janji tu la.Tapi bile orang SPR tu umum je sape pemenang pilihan raya tu,terus hilang tak jumpe2.Bukan kate batang hidung,DNA diorang kat tempat tu terus hilang.Lenyap entah ke mana.Tapi bile ade Sultan ke orang2 VIP nak datang melawat tempat tu,dan2 datang cakap ape2 masalah yang dihadapi penduduk kat situ.Masalah yang dah setel pon bangkit balik.Pastu bile dah dapat peruntukan untuk menyetelkan masalah tu,lesap lagi sekali.Tau2 je dah ade kat luar negara la bercuti la ape la.


Tu satu.Time pilihan raya bolehla nak bermesra-mesra sikit macam nak panggil pak cik la,tok la,abang la.Makan same2 kat rumah.Bile habis pilihan raya hilang terus gelaran2 yang orang kat situ panggil dia.Kena panggil Tan Sri,Datuk.Tak boleh la nak panggil dulu lagi.Pastu bile ajak pergi kenduri ke ape2 ke tak boleh nak datang sebab sibuk la.Tapi bila bukak internet jumpa pulak gambar2 dia kat tempat2 lain.



Bile next pilihan raya kalau die masih jadi wakil dekat tempat tu,mula la meraih simpati balik.Macam2 la buat ni la buat tu la.Pendapat aku la disebabkan mende2 camni la budak2 remaja yang jadik pelapis negara cam aku ni tak berapa minat dengan politik.Cube bile orang dah bagi kepercayaan tu,buat la elok2.Ini tidak,bazir duit rakyat je.


Last sekali,entri ni tidak bertujuan untuk menghentam mana2 pihak,mana2 parti politik mahupun mana2 YB.Cuma segelintir je YB yang macam ni.So,buat YB2 yang terasa tu,saya kat sini nak mintak maaf sebab kat Malaysia ni memang ade terjadik betul2.So kalau tak nak terasa laksanakanlah tugas anda dengan baik.

0 comments: