Tuesday, August 23, 2011

AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA



Entri aku tulis ni bukanla berniat nak menunjuk-nunjuk,bermegah-megah,riak,takbur dan sama waktu dengannye.Niat aku tulis entri ni adelah untuk masuk dalam contest Aku Anak Malaysia Merdeka.Jadi,kalau korang semua tak tahan sangat nak muntah sebab baca entri ni,dipersilakanlah tutup.Ok ni tak paksa pon suruh bace.

Aku Anak Malaysia Merdeka sebab aku lahir dekat Malaysia.
Tanggal 10 Disember 1992 iaitu selepas 35 tahun negare merdeka,make lahirla seorang insan yang bername Ridzwan Bin Mohamed di Segamat,Johor,MALAYSIA.

Aku Anak Malaysia Merdeka sebab aku dibesarkan di Malaysia
Alhamdulillah,sampai saat aku menulis ni,aku memang berada di Malaysia.Aku diperkenalkan dengan adat-adat dan budaya yang ada dekat MALAYSIA ni.Rumah dekat MALAYSIA,sekolah dekat MALAYSIA,universiti pun dekat MALAYSIA.

Aku Anak Malaysia Merdeka sebab aku lebih suka dengar atau menonton program-program dari Malaysia terlebih dahulu.
Ini bukan nak menunjuk-nunjuk atau nak berlagak.Kalau tak percaya,check la handphone dengan laptop aku.Jangan nak main serkap jarang je.

Aku Anak Malaysia Merdeka sebab aku banyak guna Bahasa Malaysia dalam kehidupan seharian.
Kalau aku cakap dengan keluarga,kawan,sedara,semua pakai Bahasa Malaysia.Kalau nak pergi bank dekat ATM atau CDM tu,aku pakai Bahasa Malaysia juga.Cuma aplikasi-aplikasi dalam komputer atau handphone je baru guna Bahasa Inggeris sebab lagi senang.
team yang memang aku sokong

Aku Anak Malaysia Merdeka sebab aku akan sokong Malaysia dalam pertandingan apa-apa pon.
Dulu,kalau bola sepak,aku tak la ambik tahu sangat.Tapi sekarang,dah excited dah.Lagi satu,kalau ade apa-apa update pasal Malaysia,aku akan ambik tahu.Tapi ambik tahu yang mana aku tahu je la.Tak semua.Contohnye,Slovakia dah berminat ngan berape pemain skuad Olimpik.

Aku Anak Malaysia Merdeka sebab aku seronok belajar sejarah.
Kali ni bukan nak riak atau takbur sebab aku memang rasa best belajar sejarah nak-nak sejarah mase perang dunia ke-2 sampai la Malaysia lepas merdeka.Memang tak dinafikan subjek sejarah ni memang bosan.Sebab tu kadang-kadang ada juga terlelap masa belajar ni nak-nak mase belajar bab tamadun tu.Tapi yang malas pasal sejarah ni banyak sangat yang perlu dihafal.Kalau dibuat untuk bagi fakta je kan bagos.

Aku Anak Malaysia Merdeka sebab aku rasa bengang dengan orang yang kutuk Malaysia
Sekarang ni kan banyak bende yang kutuk Malaysia.Macam dulu pasal BENDERA dekat Indon.Sekarang ni pulak,dekat YouTube dah ade macam-macam dah versi lagu Negaraku.

Aku Anak Malaysia Merdeka sebab aku rase Malaysia ni memang cantik.
Sekarang ni dah boleh kate semua negeri dalam Semenanjung aku dah jejak.Ape yang aku boleh kate memang cantik...termasuk la orang-orangnye....XD.

Aku Anak Malaysia Merdeka sebab aku selalu naik kereta buatan Malaysia.
Kalau nak tau,keluarga aku pakai kereta Saga,akak yang kedua+suami die pakai kereta Satria,akak aku yang pertama+suami pakai kereta Waja.Kalau dekat kolej,kebanyakan kawan aku pakai kereta buatan Malaysia jugak macam Myvi,Kancil ngan Kelisa.
kereta Malaysia

Sebelum habis,disini aku memang pilih untuk tulis macam ni sebab aku rase lagi senang untuk dibace.Lagi satu sesuai untuk dibaca golongan remaja dan berjiwa remaja.Kalau letak ayat yang terlalu skema,aku rase pembaca akan bosan.


Aku rase sampai sini je entri ni.Jadi kepada mereka yang tak tutup browser ni,Tahniah!Aku ucapkan.So ape tunggu lagi?Mai la join.Kalau nak join,klik dekat sini.

Merdeka!


AKHIR KATA
SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA YANG KE-54 KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA dan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SELURUH UMAT ISLAM. 



Antara blogger yang aku tag:

 

4 comments:

nadia fatihah said...

hai, i'm 1992 too. tapi sy takkkkk suka giler sejarah. selalu tido bila ade klas sej. kehkehkeh

Zul fattah said...

haha.. Slamat menyambut bulan kemerdekaan..

Nadia said...

nad anak malaysia jugak..:)

Ridzwan Mohamed said...

@Nadiah Fatihah:entah la.semua org ade mnt msg2.sy suke sejarah

@Zul Fattah:Selamat Hari Kebangsaan yang ke-54

@Miss Nadya:kite semue ank Malaysia walaupun bapa lain emak berbeza