AMARAN!
Amarannye same je macam dalam bahagian 1 dulu iaitu :Entri ni dikeluarkan hanyalah sekadar untuk hiburan sahaja.Tak ade kaitan antare yang hidup atau yang mati.Jangan lepas ni nak tuduh aku sebagai pengkhianat atau perosak bangsa,atau penyebab anak2 melayu masa kini semakin rosak akhlak atau penyebab budak2 fail Bahasa Malaysia.Kalau tak suke tutup je ok!Kepada kanak2 yang baca ni pastikan mendapat perhatian dan bimbingan orang dewasa kerana aku tak bertanggungjawab jika sekiranya mereka tersalah guna peribahsa2 ini dalam karangan kelak.
Telur dihujung tanduk
Berkemungkinan bahawa penemu peribahasa ini berada dalam keadaan yang genting dimana beliau telah dikejar penjahat sewaktu dalam perjalanan ke Genting Highlands.Beliau juga mungkin telah meletakkan sebiji telur di atas tanduk seekor lembu dengan harapan telur itu akan menjadi perangkap dengan cara telur itu akan jatuh sewaktu penjahat itu lalu di situ
Kais pagi makan pagi,kais petang makan petang
Berkemungkinan penemu peribahasa ini merupakan seorang penggali kubur yang mempunyai keistimewaan tersendiri iaitu menggali kubur dengan cara mengais.Kebetulan di kampungnya itu,kebanyakan daripada orang kampung hanya meninggal dunia pada waktu pagi dan petang.Namun hidup beliau hanya cukup-cukup makan kerana beliau tidaklah mengharapkan upah yang berlebihan atas kerjanya itu.
Kacang hantu
Berkemungkinan penemu peribahasa ini adalah seorang yang obses dengan kacang sehingga sanggup makan kacang yang terdapat di kubur yang diletakkan oleh penjudi-penjudi bagi memanggil hantu untuk aktiviti ngangkung.
Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Berkemungkinan penemu peribahasa ini merupakan seorang kanak-kanak yang bercita-cita untuk membuat rakit daripada buluh.Untuk merealisasikan cita-citanya itu,beliau menanam pokok buluh de belakang rumahnya dan selalu melentur buluh tersebut
Kalau kail panjang sejengkal,lautan dalam jangan diduga
Kemungkinan penemu peribahasa ini baru sahaja menceburi aktiviti memancing ini.Oleh sebab tidak mempunyai apa-apa ilmu berkaitan dengan aktiviti memancing ini,beliau membeli mata kail yang hanya panjangnya hanyalah sejengkal kerana harganya yang murah.Namun beliau akan menyertai kumpulan nelayan yang berada di Selat Bearing(Deadliest Catch)
Makan angin
Berkemungkinan penemu peribahasa ini adalah seorang yang bekerja mengikut waktu pejabat dan sering bersiar-siar pada hujung minggu.Oleh sebab gaji yang dapat tidak seberapa,beliau mungkin hanya makan angin setiap kali bersiar-siar.Hal ini juga adalah suatu taktik supaya beliau tidak datang kerja keesokan harinya kerana mengambil MC dari klinik yang berhampiran akibat kembung perut
Masuk kandang kambing mengembek,masuk kandang kerbau menguak
Kemungkinan penemu peribahasa ini merupakan seorang pencuri haiwan-haiwan ternakan.Bimbang dicekup ketika melakukan aktiviti haramnya itu,beliau juga turut berbunyi seperti binatang-binatang yang terdapat di dalam kandang tersebut
Mati kutu
Berkemungkinan penemu peribahasa ini telah buntu atau tiada idea dan kemudiannye menggaru-garu kepalanya dan seterusnya menyebabkan beberapa ekor kutu yang terdapat pada kepalanya itu mati di tempat kejadian
Orang mengantuk disorongkan bantal
Berkemungkinan penemu peribahasa ini sedang dalam keadaan mabuk dan tidak sedar beliau sedang tidur di atas bantal kekabu yang sedang disorong untuk ke kedai menjual bantal kekabu
Nasi sudah menjadi bubur
Berkemungkinan penemu peribahasa ini sedang mengelamun akan nasibnya yang tidak dapat diulanginya lagi.Tanpa disedari air yang digunakan untuk menanak nasi tersebut terlebih dan menjadikan nasi tersebut bubur akibat daripada lamunannya itu
Sediakan payung sebelum hujan
Berkemungkinan penemu peribahasa ini adalah seorang ceti berbangsa India yang selalu mengepit payung ke mana sahaja beliau pergi terutamanya ketika mengutip hutang.Kebetulan ketika baru sahaja selepas mengutip hutang,hujan turun dengan lebatnya.Besar kemungkinan pada waktu itu adalah musim tengkujuh
Yang bulat datang bergolek,yang pipih datang melayang
Berkemungkinan penemu peribahasa ini seorang pengadil bola sepak yang begitu komited dengan kariernya.Suatu hari,ketika mengadili perlawanan antara Chelsea menentang Pelita Jaya,sebiji bola telah digolekkan kepadanya bagi menentukan tempat untuk sepakan percuma.Pada masa yang sama ketika itu,surat tawaran mengadili perlawanan Piala Dunia beserta cek daripada FIFA telah melayang kepadanya.
Kuman diseberang nampak,gajah dihadapan tak nampak
Berkemungkinan penemu peribahasa ini adalah seorang saintis yang selalu mencari salah orang lain tanpa mengaku kesalahan diri sendiri.Suatu hari sewaktu beliau berjalan-jalan di kawasan kawanan gajah di tepi sungai sambil membawa ciptaan barunya itu iaitu ciptaan gabungan teleskop dengan mikroskop telah terjatuh tergolek di celah-celah kawanan gajah itu tadi.Disebabkan itu,matanya telah ternampak kuman di sebrang sungai itu melalui alat ciptaanya itu yang turut terjatuh
Bagai cacing kepanasan
Berkemungkinan penemu peribahasa ini seorang pelajar yang sedang gelisah dan tidak senang duduk akibat eksperimen beliau tidak berjaya.Untuk mengaburi mata pensyarahnya,beliau telah memanaskan seekor cacing yang kebetulan berada di situ dengan menggunakan penunu bunsen
Duri dalam daging
Berkemungkinan penemu peribahasa ini merupakan seorang pengembala lembu.Mungkin seekor lembunya telah cedera akibat merempuh pokok kaktus yang ditanam di situ.Oleh sebab berasa tidak senang hati dengan lembu itu,beliau akhirnya menyembelih lembu tersebut untuk dijadikan gulai kawah.Ketika daging lembu itu dilapah,kelihatan beberapa duri dalam daging tersebut
Disini tamatlah bahagian kedua ini.Kalau nak tahu bahagian satu,boleh klik sini.MUNGKIN entri ni akan bersambung.Cuma tunggu dan lihat.
0 comments:
Post a Comment